Hafiz Ismi

Friday, June 4, 2010

Malam Bersama Search - Define

Dah 1 week aku nak post pasal entry nih.. Delay.. punya delay.. punya delay.. last2 harini aku gagahkan jugak nak menaip papan kekunci ni. Moral of the story : Jangan buat kerja bertangguh. =p

So, kembali kepada tajuk asal. Last week, aku dapat tiket ke Konsert bersama Search secara percuma!! diulangi.. secara percuma!! Special thanks to Kak Azzah(office mate) sbb mendermakan tiket ni kat aku. Actually, dia pun xtau mcm mana dia boleh dapat tiket tu by pos.. Ahhh!! Yg penting aku dapat tiket Free!! Belek2 tiket, ada gambar band Hujan & Meet Uncle Hussain as jemputan.. Perghh.. aku mmg dah lama mengidam n tgk diorg ni perform secara life.

Oh.. Lokasi Konsert ni dkt MIECC (Dkt sebelah Mines Wonderland). Aku sampai dkt situ area pukul 6.30pm. Tapi masa ni pun dah penuh gerombolan2 manusia dari segenap kawasan, gaya dan usia. Padahal konsert mula pukul 7.30pm. First2 yg aku nmpk, ada 3 jenis manusia yang hadir kt konsert ni;

Golongan Pertama : Peminat Fanatik Search (mostly otai2(tua), rambut ala2 gerbang2)

Golongan Kedua : Peminat Indie Band(Hujan & MUH) - Remaja2 dgn gaya EMO dan gaya rambut pelik dan tak diterima akal(mcm mana diorg buat rambut cacak2 mcm kaktus tu eh??)

Golongan Ketiga : Universal Listener & Dtg pun sbb Tiket FREE & Jalan2 cuci mata - (aku dalam golongan ni).. hehe~

Amoi2 Promoter dari pandangan Belakang(Pandangan Depan xdpt disiarkan atas sebab Blog in dalam Kateori Umum(U))


So sebelum masuk tu kena beratur panjang.. serius panjang.. teringat zaman2 asrama dulu masa beratur ambik makanan dkt dewa makan.. Abg2 & Kakak2 security akan check whole body sambil meraba2(siot betu) in purpose takut ada yg bawak parang, senapang mahupun lastik.

Suasana sebelum Konsert (Semua tgh takde hala tuju selain dari makan sandwich & Pepsi Lemon FREE flow!!)

So akhirnya dpt masuk dalam Hall. Sementara nk tunggu Amy Search tengah make up, Noh Hujan tengah Mandi & Black tgh minum Pati Innershine, aku menjamah juadah yang telah disediakan secara percuma - Sandwich & Pepsi Lemon. Hmm.. Not Bad!!(maybe sbb Free kot, so aku xkomen).. =p.

Oh.. Ada satu insiden memalukan dan memualkan telah berlaku. Actually sebelum konsert kena isi form survey. Dlm tu ada soalan "are u smokers or not", so utk nampak Cool(cool ke?), aku & my GF mengaku je as Smokers tegar Gudang Garam!! Rupa2nya, utk smokers ada special tag(gelang) dkt tangan yg kena pakai before masuk hall.

Masuk2 je dalam Hall, kena terjah dgn Amoi Promoter utk beli rokok. Err.. Aku tergamam seketika(poyo btul) sbb kena beli rokok eh bukan sbb tgk Amoi tu. Aku nk beli tp nk buat ape?? aku xsmiking!! Nk sedekah kat orang miskin ke? So.. Aku pun tpaksa men"cover" malu.. "Err.. Miss, sorry.. im thinking of quitting now.. So thanks".. Amoi tu gerak je, aku & my GF sepantas kilat koyakkan tag(gelang) smokers tu.. Memang memalukan!! haha~

Konsert mula around pukul 8.30 setelah aku kembung minum Pepsi Lemon. First band yang buat show is MUH + Hazama + Black Mentor. Komen aku: Memang best diorg perform, suara Hazama pun boleh tahan jugak utk ganti Lan(Typewriter) cuma last2 tu nampak mcm nk tercekik sgt dah. Tp, overall is ok. Last lagu diorg nyanyi - Drama King - Feat Black Mentor. Lagu ni yg aku nk dgr sgt2 sebenarnya.

Meet Uncle Hussain, Hazama & Black Mentor

Second Band yang perform is Hujan. Yang ni pun best!! Semua band members memang energetik, berpusing2 atas pentas(aku harap korang x amik Drug). Lagu2 diorg pun mmg dah sebati(means boleh sing along r). Overall is Superb!!

Noh nampak berisi masa konsert ni (Awak Busuk!!)

Last band yang perform is main actor yang ditunggu-tunggu. Search!! Tapi.... aku xsempat tgk, sbb nk hantar GF balik rumah.. dah lewat malam. Plus dia kena pergi Kursus PTD kt Terengganu on the next day. Mode=Pasrah. T.T

Gambar Search dari jauh (Snap sambil nangis.. T.T)

Sooo... Secara keseluruhannya.. Aku berpuas hati dgn konsert ni. Xde orang buat haruk piruk, baling botol or mercun, semuanya teratur. Plus dapat cenderahati, Lighter, Sticker and mcm2 lagi. Hadiah2 cabutan bertuah pun mantap2.. Blackberry(bkn blueberry CSL), PS3, Gitar Ibanez dan lain2, makan & minum free-flow, Amoi Promoter Cun2 & Comel(perlu mention ke?), and.. Tiket yang aku dapat ni pun FREE..

Hopefully, sape2 yang nak bagi Tiket Konsert FREE kt aku, please drop your phone number eh.. =p


6 comments:

Wan Perlis said...

bunkface la best

Hafiz Ismi said...

Bunkface pun Best jugak!! Indie Band~

Irwan Amit said...

first time aku tengok search waktu konsert kat funfair tgh top dolu2.. hahhahaha :)

PinQib said...

ak x minat sngat rock

afiq said...

best giler wehh amy!

~aSHa~ said...

bagus tidak sokong smokers...ehehehe

best nye dpt tiket free