Hafiz Ismi

Monday, July 25, 2011

Misi Mencari Air Bandung di Bandung - Part 2

Ok. Our 3rd day Activity at Bandung begin here~

Hari ke-3 di Bandung, kami semua bergegas ke "Tangkuban Parahu". Mesti ada yang tertanya2 kan, ada ke Perahu dkt sini. Cuba korang teka.. teka.. Teettt.. Jwpn anda salah, jwpnya dah tentulah takde. haha~

Sebenarnya nama ni berasal from cerita Urban Legend org Indonesia. Diceritakan yang... errr.. korang search dalam Google lah. Aku malas nak taip. Tapi dipendekkan ceritanya Tangkupan Parahu tu bermaksud ada Gunung2 yang berbentuk seakan2 Perahu yang Tertangkup. begitulah al-kisahnya.

So sesampainya kami disini, 1900m(+/-) diatas paras laut. Cuaca dekat sini memang agak sejuk ala2 Cameron Highland, kitorg datang pagi2 pulak tu, mmg layan Blues Sejuk. Dekat kawasan ni berbau Sulfur, so sesape yang xtahan bau Sulfur tu memang xdigalakkan datang sini. Kalau nak dtg jugak, bolehlah sertakan dgn tabung pernafasan oksigen sekali yer.

'Subang-West Java'. Dekat Indonesia pun ada Subang beb!


Pandangan dari atas. Cun kan?


Jenguk2 dkt bawah kot2 ada org yg jatuh tergelungsur kebawah

Model2 "Tangkuban Parahu" yang masih belum Tertangkup!


Tangkuban Band! haha~

Secara overall, tempat ni wajib.. diulangi wajib utk disinggahi kalau dah sampai dekat Bandung. Bukan senang nak tgk Kawah Gunung Berapi, walaupun dah xde Api, tapi ada jugak asap2(maybe sisa2 kot). ermm.. mungkin kena tukar nama kot-"Kawah Gunung Berasap". haha~

Btw, utk gambar bawah ni ada cerita Lucu sikit. Kitorg tangkap gambar ni atas bangunan kawalan. Disebabkan ada 3-4 kamera & tahap skill mengambil gambar, lompatan terpaksa dilakukan lebih dari 18x. The best part is, org menara kawalan ni Sound kitorg guna Sound System! Bunyinya mcm ni:

"Kepada orang yang berada diatas, jangan melompat2 diatas bangunan ini kerana struktur bangunan yang tidak Kukuh"

Kah.. Kah.. Kah..
Aku rasa kalau tambah lagi 28x lompat, maybe menara kawalan ni hanya tinggal kenangan/monumen kot. haha~

Hoyeah!!! (sebelum kena Sound)

Ok,sebelum kami meneruskan perjuangan Shopping. Kami singgah sebentar beli Nenas Madu dkt tepi Jalan. Sedap wooo Nenas dkt sini, murah pulak tu.


Bu', Ini Nenas saja, Madunya dimana dong?!


Next destination, Rumah Mode
. Dkt sini memang jual barangan2 branded. Harga? sedikit mahal, nama pun branded kan, tapi still lagi murah banding dgn Malaysia. Sape2 yang mementingkan barangan branded, boleh singgah dkt sini. Berbaloi2(kalau byk rupiahnya).

Model2 di 'Rumah Mode'. haha~


Shopping2 jugak. Perot pun dah 'Keroncong utk Ana' dah ni. Destinasi Jalan2 Cari Makan seterusnya? errr.. Apa nama kedai ni eh? hmm.. Ape2jelah..

Kedai ni sediakan Nasi Padang, sama mcm yg 1st day kitorg dtg tu. Cuma special dkt sini ada Satay Minang. Sedap wooo, 1st time aku makan. huhu~


Regangkan otot2 perot sebelum mencekik~


Mana aku? Tgh makan sehingga menjilat pinggan kot. hihi~


Perot Kenyang, Hati pun dah gembira. Next, kitorg singgah dkt Trans Studio yang sedang hangat dan hangit diperkatakan buat sekian kalinya.Kitorg singgah tengok je sbb xmasuk dalam plan asal, lagipun rugi masuk half day. So,dapat singgah pun jadilah.

So,harga dia not bad. Dalam lingkungan Rp 150K-200K sahaja(dlm RM70). Banding dengan Universal Studio Singapore dulu aku pegi dalam area RM170.

Transnasional. Eh.. Trans Studio!


Dapat bergambar dgn Roller Coaster pun jadilah~


Dah penat jalan2, Shopping2 balik ler. Destinasinya - Donatello. Butik ni jual macam2 jenis sepatu. Kasut, sandal, selipar Jamban, boot, safety shoes(ada ke?) dan lain2. Rasanya dkt sini semua org sambar sepasang kot, geram dgn harga punya pasal. Tapi memang murah beb!

Sesi mencuba Sandal, Sandal ke-88


Masing2 kepuasan dgn hasil tangkapan harini

Dah habis Donatello kitorg kerjakan, then kitorg serbu butik2 dkt sekitar tu. Ada lebih kurang 28 butik jgklah kitorg kasi gegar & ajar erti penyesalan(mcm KL Gangster plak). Aku xigt nama2 butik tu, tapi yg pastinya penat shopping ni dah macam penat Larian Merentas Desa.
Hadoilah~


Last activiti for 3rd Day(activiti yg official) adalah Dinner at Rumah Nenek. Walaupun namanya Nenek, tapi pelayan2 dan tukang masak dkt sini bukan Nenek yek~ Semuanya cucu2 Nenek yang ganteng2 belaka. haha~

Itu muka kenyang yer, bukan muka nak memerut

Thats the end of 3rd Day activity. Penat memang penat. Tapi, keseronokan mengatasi yg lain2 tu. Poket pun dah makin menipis masa ni, Jutawan2 pun dah mula jadi Ribuan sahaja. Nasib baik CIMB dkt sini xlink kan lagi dgn CIMB Malaysia, kalau x mmg langsai. haha.

Ok. Utk hari ke-4(Bandung finale), aku update later eh.

Zass~

0 comments: