Hafiz Ismi

Monday, October 14, 2013

Behind the Scene - Rayyan Mikail

My son dah almost 1 month, baru sempat nak mengadap blog yang usang bersawang ditinggalkan ni. huhu.

Orait, the story begins,
My wife(NF) telah selamat melahirkan Putera sulung kami pada tanggal 15 September 2013(1 day before Malaysia Day). POB di PPUM(Pusat Perubatan Universiti Malaya).
Nama yang terpilih/dipilih/diberi adalah Muhammad Rayyan Mikail bin Mohd Hafiz.

Sebenarnya, my wife due date adalah pada 17 September. Tapi disebabkan orang Malaysia ni mempunyai tabiat pelik untuk booking2 tarikh DOB, tarikh 16hb(hari Malaysia) & 17hb dah fully booked. Motif pilih tarikh tu? ntah.. mayb sebab nak bagi anak dia berjiwa Patriotik or nak letak nama anak Ahmad Malaysia kot. huhu.

Disebabkan hal tu, my wife diarahkan untuk menyerah diri on 15 September untuk di'induce'.. Oh, for your info, my wife ada sedikit Kencing Manis but On diet & because of that baby kena lahir on time(ikut due date) or sebelum due date.

Jadi, pagi2 buta dikala manusia semua masih diulit intan mimpi aku telah bersiap sedia dengan misi menghantar my wife & bb(dalam perot) ke PPUM. Pagi tu pecah laju (breakfast) pun tak lalu sangat. Resah, gelisah, mengelabah, labah-labah, semua perasaan ada. Sampai2 je dekat PPUM, my wife terus ditahan masuk labor room & disaat itulah segala hubungan/komunikasi telah terputus sebab masuk sehelai sepinggang sahaja. Aku dihalau diarahkan untuk tunggu di ruang menunggu. Masa tu jam menunjukkan pukul 8.00pagi.

Tak tau nak buat apa masa menunggu ni.
Nak Whatsaap, tak tau nak Whatsapp sesapa.
Nak main Candy Crush, asyik menang je(padahal baru level 3).
Nak cek facebook, semua pun tak update status lagi(semua tgh layan bantal lagi kot).
Nak makan, tengok makanan pun tak lalu.
Nak pergi toilet, tak terasa makanan nak dilawaskan pun.
Nak mengorat, takde awek cun pulak kat situ.

So, tunggu jelah tanpa buat ape2 disulami hati yang gundah gulana. Degupan jantung jangan ceritalah, masa aku main futsal 5 jam 5 minit tanpa henti dlu pun tak laju macam ni. Bibirku hanya disulami dengan selawat & doa supaya isteriku & baby selamat hendaknya.

Tepat jam 10.00pagi, aku naik atas & tanya status. Staff info that my wife dah bukak 4cm & standby mode/under monitor. Tak perlu induce pun, baby volunteer nak keluar sendiri.
Alhamdulillah, nampak jalan dipermudahkan.
Than staff tu kata, pukul 2.00 petang nnt boleh naik utk tanya status, but if ada apa2 diorang akan call me.

Jadi kembalilah aku ke ruangan menunggu dengan sedikit khabar gembira tetapi masih diulit keresahan. Sementara menunggu, Ibu & Ayah mertua aku pun dah sampai menemani aku yang keseorangan. Sampai Azan Zohor, aku tunaikan dulu kewajipan kepadanya dekat Masjid depan Hospital ni.

Tepat jam 1.59 petang, aku terus bergegas ke atas dengan Ibu & Ayah mertuaku.
Dan.. inilah scene/dialog yang terjadi:

Me: Wife saya macam mana?
Staff: Nurfarahanim ya? sebentar ye.
         (Nurse... Nurfarahanim macam mana sekarang?) tanyanya kepada nurse bertugas.
Nurse: Dia tengah menyusukan baby.
Me: What?
Staff: Hmm.. Takde orang call Encik ke tadi?
Me: WTH(belum sempat aku menyusun kata carutan 7 keturunan, baby dah keluar untuk diazankan, so aku bantutkan api kemarahan tadi)

Oh. Tuhanku. Allahuakbar.
Hanya Allah yang tahu perasaanku waktu pertama kali bertentang mata dengan my son(walaupun mata dia pejam masa tu).
Aku Azan disebelah telingan kanan & Qamat disebelah kirinya. Terasa sangat sebak sampai mengalir air mata masa tu. Tak tahu kenapa. Air mata gembira kot.


 IC sementara baby.


 Gambar beberapa jam selepas kelahiran


Hai Baby.. Hai Daddy..

Then kena halau arahkan turun balik & datang masa waktu melawat. Pukul 5.00ptg to 8.00malam.

Sementara menunggu, my Mak, Abah, Opah, Makcik, sahabat taulan dah sampai untuk serbu anak/cucu/cicit/anak buah pertama mereka.

Riak kegembiraan semua masa tu adalah saat yang sangat indah. So priceless.
Alhamdulillah my wife selamat melahirkan secara normal. Xperlu induce.
Jutaan terima kasih to my wife kerana melahirkan putera sulung kami dengan segala keperihan/kesakitan/kesusahan seorang Mak/Ibu/Mommy.
Komunikasi dengan baby masa dalam perut sangat penting, bagi dia faham & mintak tolong dia berusaha untuk keluar kedunia Allah ini.

Alhamdulillah.

Its Official




Saturday, October 12, 2013

My Little Prince

Rayyan Mikail

Wednesday, June 19, 2013

Wordless Wednesday #10



Monday, February 18, 2013

Bersantai Ditepi Pantai

Langkawi 2013

Flight - Pergi


 Hotel - Awana Porto Malai Ali


 Kereta Kuda Kami


 Around Hotel #1


 Shopping Coklat - Hj Ismail


 Pantai Cenang


 Dinner - Ape ntah nama Restoran nih


Around Hotel #2


 Around Hotel #3


 Flight - Balik

Bye-bye Langkawi


p/s: Nampak sangat dah kemalasan aku meng'update' blog ni. Hadoi. T.T

 

Wednesday, February 6, 2013

Wordless Wednesday #9



Friday, January 25, 2013

Dua Ribu Tiga Belas

Woooohhoo~~
Pejam celik.. Pejam celik.. Dah masuk tahun 2013..
Pejam celik.. Pejam celik jugak, dah beberapa belas ratus bulan blog ni terbiar tanpa entry baru.. Maaflah kepada peminat2 blog ni(bajet ada peminat), banyak faktor2 yang menyumbang kepada kekurangan entry pada tahun lepas.

Ape aku nak tulis utk entri pembuka tahun ni eh.. hmm..
Kalau tulis pasal azam tahun baru still valid kot kan?(even dah nk hujung bulan 1 dah.. hihi)

Untuk tahun 2013 ni, aku xnak buat azam2 berlebihan yang akan menyebabkan aku pressure if x achive target. So aku buat achievable & realistic azam je tahun ni. hihi.


1- To have/spend more Quality time

Majoriti mesti akan buat azam mcm "Bekerja lebih Keras", "Berusaha bersungguh2", "Bekerja dengan lebih Efisien". Tapi bagi aku, itu bukan azam, itu perkara yang wajib dilakukan selepas anda bekerja dan dibayar gaji tiap2 bulan secukupnya(salary eater only).

Quality time tu yang kita susah nak achieve, sebab kita byk habiskan masa untuk hal2/perkara2 lain, tapi bukan untuk diri sendiri.

So, bagi mereliasasikan azam itu, aku dah berjaya mencari & membeli Konsol Video Game 16bit yang dah lama aku cari ni. Kepada yang lahir era 80an dulu mesti ingat Konsol ni kan?
Game ni xlah sehebat PS3, X Box 360 mahupun PSone. Tapi game ni sangat2 memberikan sentimental value yang tinggi bagi aku.


 Video Game Console 16bit

 Katrij Game yang masih available dipasaran


 2- To have/spend more on Sport

Hmm.. Walaupun susah nak achieve azam ni, tapi tetap akan diusahakan sebaiknya.
So,bagi merealisasikanya aku dah beli Boot jenama Nike Umbro warna Hijau Daun Pisang Emas ni.



  3- To have/spend more on Love

Love. Ini mencakupi skop yang besar. Love ALLAH, Love myself, love my job, love what i have now, love my family & love my only Love(NF).


Home made Spagethi Aglio Olio from my Love 


My Love (Mrs. NF)

So, inilah sebahagian kecil(banyak lagi ke?) dari azam 2013 aku.

Hmm.. Cukuplah kot tulis banyak ni dulu. Jari pun dah terkehel dah sebab dah lama xmenaip blog. Banyak entri lagi yang nak dikongsi sbnanya, trip to Phuket-Krabi, Cameron Highland, New House-New Life dan lain2. Tapi tunggu next entry lah kot. Insyallah..

Terima Kasih kerana singgah.

=)

Wednesday, July 11, 2012

Wordless Wednesday #8