Hafiz Ismi

Sunday, November 7, 2010

LOVE = CINTA ?!


Aman sungguh suasana pagi ni, hujan dari pagi sampai saat ni. Sejuk, nyaman, damai sampai aku dah feeling2 Bukit Beruntung ni dah ala2 Bukit Bintang dah(B.Bintang nyaman ke?!).

Hmm.. akhirnya harini aku dapat bercuti sepenuhnya walaupun esok kena kerja balik(Siot!). Cuba nak berehat sebentar dengan kesibukan dunia pembuatan, berehat dari melihat banyak nombor2, berehat dari menekan kalkulator, berehat dari menghidu bahan2 kimia(of coz xwangi!), berehat daripada bercampur dgn manusia2 pelik dari segenap pelusuk umur & mentaliti.

Dan.. pada saat aku menekan butang2 dgn huruf2 pada laptop ini. Aku telah pun berehat dari Love@Cinta. Tiada banyak ayat yang perlu aku huraikan ttg itu. Apa yg aku dapat simpulkan adalah mungkin aku masih belum layak untuk memperolehi sesuatu yg dipanggil "True Love". Love@Cinta yang telah ditakdirkan olehnya kepadaku, mungkin masih belum aku dapat tahu dari mana atau ke mana hendaknya.

Untuk masa sekarang, aku tidak mahu memerah keringat otak utk memikirkan ttg itu. Biarlah ia berlalu dengan kesibukan aku melayan kerenah dunia yang lain. Mungkin juga kerana aku sudah letih dengan Love@Cinta. Kegagalan dalam cinta bukanlah sama rasanya seperti kegagalan dalam kertas Add Math semasa SPM. Ia juga tidak sama rasanya seperti gagal menyiapkan paper work yang diberikan bos. Ianya adalah kesakitan yang paling teruk selepas kematian, melahirkan anak & sakit gigi, jika tidak.. pasti tidak wujud kes bunuh diri kerana Cinta.

Tapi, aku tidaklah sampai ketahap itu. Aku masih waras & byk lagi benda yg ingin aku kecapi sebelum aku menutup mata.

Maafkan aku jika post ini sgt meleleh(mcm album New Boyz). Cuma, aku sekadar ingin menulis apa yg bermain dikotak minda dan benak hati. Jadi "Aku,Blog,Kamu" adalah mediumnya.

Sekian.

4 comments:

Amir Izzat said...

salam..aku faham..ak faham perasaan bro..hehe.. putus cinta ke apa nie? xpe.. yg hilang tumbuh berganti..kumbang bukan seekor.

hurm..

eh. bunga bukan sekuntum.aduh.

p/s: den xpandai dlm bab ini.hehe

Hafiz Ismi said...

Thanks Izzat.

Nasihat anda amat2 dihargai.
w/pun bunga nukan sekuntum, kumbang pun bukan seekor.. huhu~

nurulnaimomar said...

keep it up bro..hope u'll get through dis..dun worry..u'll find ur true luv 1 day...best of luck in whatever u do..=p~
p/s:sje nk nyebok comment kt ur blog ni..hu3~

Hafiz Ismi said...

Uih.. Sis ada blogspot ke? xpernah tau pon.. hehe~

Thanks sis for the support.

p/s: Jom, blanja bro. Baru r release skit.. hehe~