Hafiz Ismi

Sunday, June 17, 2012

Home Sweet Home #2

Aktiviti2 & langkah untuk memulakan kehidupan baru di penempatan baru diteruskan lagi. 
Sebenarnya aku xikut step pun, sepatutnya better setelkan Grill, renovation(plaster ceiling), repairing, cat & sebagainya. Tapi aku lebih kepada buat mengikut keadaan semasa, terma2 sekelilng & emosi.

So untuk kalini,disebabkan terpengaruh dek Sales & Marketing oleh Nagoya Tekstil yang disiarkan dicorong2 radio mahupun peti2 televisyen(LCD still Peti ke?), aku terpanggil untuk menjengah dan meleretkan Kad Hutang disini jika perlu.

 Gambar Snap from dalam kereta(sementara tunggu Traffic Light)


Jejak je dalam kedai, mmg penuh dengan manusia2 sejagat dari seluruh alam. Penuh 1 kedai, maknanya memang berjaya sgtlah Marketing Nagoya ni.. ke mmg Normal keadaan mcm ni? Al-maklumlah, ini 1st time kot jejak dkt kedai2 Kain ni. hihi~


So, disebabkan ini 1st time masuk kedai kain & nak kena pilih sendiri pulak tu langsir mengikut nafsu sendiri, mamang lah mata menjadi Rambang sesangat. Aku attachkan skali beberapa gambar yang aku sempat Snap dikala ke'rambang'an mata aku dikala tu. =p






Before aku pergi kedai ni, sebenarnya aku dah survey & surf internet tentang design2 & corak yang aku berkenan. So that, sampai sana aku terus grab je yang lebih kurang design dalam internet tu

Alhamdulillah dah dapat ape yang dicari. Walaupun ambik masa lebih kurang 2 jam,akhirnya dapat jugak yang bersesuaian dengan tema.


Gambar? Dah siap jahit & gantung segala baru aku attach dalam ni eh. Baru surprise skit. hihi~ 


Disebabkan sel2 otak penat bekerja masa memilih kain langsir tadi, balik terus singgah Burger Bakar Special(BBS). Dekat area Rawang ni, harga boleh tahanlah. Waiting time pun boleh tahan jugak sbb ada ramai yang org masa ni, plus diorg order banyak2, 10,15.(diorg ni nak buat jamuan ke?).

Tp disebakan nak merasa, kugagahi jua lah nampaknya. At last after 59minute, kami dapat jgklah burger yang diorder tu. Wahadoi~ hihi~

 Sesapa yg berminat, bolehlah call no tu utk Delivery(ada ke?)


 Sos sudah Banjir~~



So, isu langsir dah boleh kata setel, cuma nak jahit je lagi. After this nak buat apa plak eh?
hmm.. Banyak lagi sebenarnya dari yg minor2 sampailah yg ke major2, tapi pelan-pelan kayuhlah. Kalau rushing2 nnt, xdapat hasil yg memuaskan plak kan~

Orait~

0 comments: