Hafiz Ismi

Monday, April 2, 2012

Sentapan Rohani


Ehh? Dah Bulan April?
Rasa mcm baru je sgt masuk new year 2012. Hmm.. Akhir Zaman kan.. Masa semakin pantas berlalu meninggalkan kita.

"Demi masa, sesungguhnya manusia dalam kerugian. Melainkan yg beriman dan beramal soleh"

Wahh.. Islamic post aku kali ni. Maybe boleh try masuk Imam Muda 3 ni. haha~ =p

Hmm.. Sedar xsedar, usia semakin bertambah.
Setiap kali masuk Tahun baru, semua org berpusu2 seperti Lembu masuk Kandang pergi meraikan Tahun Baru sambil berteriak "Happy New Year!!", bertepuk tangan sambil melihat percikan Bunga Api, Mat Rempit menyajikan persembahan xberbayar tersenyum bangga bsama gadis yg dibonceng. Itukah maksudnya Tahun Baru?

Aku? Setiap masuk tahun baru, sel2 otak mula rancak bekerja memikirkan apa yang aku telah capai tahun lepas? berbaloikah? Sepadankah dgn usaha penat jerih? Aku dilandasan yg betul? Bahagiakah aku?

Hmm.. Soalan lebih banyak dari jawapan. Tdk sama dg lagu Najwa Latif "Banyak soalan banyak juga jawapannya"

Hidup xseindah lagu dan drama kan?

Aku terkesima dengan teguran dari rakanku tempoh hari. Perbualan yang pendek, dalam masa yang pendek, tapi buat aku berfikir panjang.

Tegurnya: "Aku masa mula2 nak mula hidup dulu,starting dgn gaji RM600/bulan, tp isteri & anak2 aku cukup makan & hidup bahagia.ini bukan cerita 15 tahun lepas,ini kisah 3-4 tahun yg lepas je. Jgn perkecilkan tuhan dgn mengatakan rezeki yang diberikan tidak cukup, yakinlah bahawa tuhan telah sediakan/tetapkan Rezeki utk setiap hambanya"

Serius aku tersentap dari lamunan. Sehingga kini.. ya..
~~

0 comments: