Hafiz Ismi

Showing posts with label Behind the wall. Show all posts
Showing posts with label Behind the wall. Show all posts

Friday, January 25, 2013

Dua Ribu Tiga Belas

Woooohhoo~~
Pejam celik.. Pejam celik.. Dah masuk tahun 2013..
Pejam celik.. Pejam celik jugak, dah beberapa belas ratus bulan blog ni terbiar tanpa entry baru.. Maaflah kepada peminat2 blog ni(bajet ada peminat), banyak faktor2 yang menyumbang kepada kekurangan entry pada tahun lepas.

Ape aku nak tulis utk entri pembuka tahun ni eh.. hmm..
Kalau tulis pasal azam tahun baru still valid kot kan?(even dah nk hujung bulan 1 dah.. hihi)

Untuk tahun 2013 ni, aku xnak buat azam2 berlebihan yang akan menyebabkan aku pressure if x achive target. So aku buat achievable & realistic azam je tahun ni. hihi.


1- To have/spend more Quality time

Majoriti mesti akan buat azam mcm "Bekerja lebih Keras", "Berusaha bersungguh2", "Bekerja dengan lebih Efisien". Tapi bagi aku, itu bukan azam, itu perkara yang wajib dilakukan selepas anda bekerja dan dibayar gaji tiap2 bulan secukupnya(salary eater only).

Quality time tu yang kita susah nak achieve, sebab kita byk habiskan masa untuk hal2/perkara2 lain, tapi bukan untuk diri sendiri.

So, bagi mereliasasikan azam itu, aku dah berjaya mencari & membeli Konsol Video Game 16bit yang dah lama aku cari ni. Kepada yang lahir era 80an dulu mesti ingat Konsol ni kan?
Game ni xlah sehebat PS3, X Box 360 mahupun PSone. Tapi game ni sangat2 memberikan sentimental value yang tinggi bagi aku.


 Video Game Console 16bit

 Katrij Game yang masih available dipasaran


 2- To have/spend more on Sport

Hmm.. Walaupun susah nak achieve azam ni, tapi tetap akan diusahakan sebaiknya.
So,bagi merealisasikanya aku dah beli Boot jenama Nike Umbro warna Hijau Daun Pisang Emas ni.



  3- To have/spend more on Love

Love. Ini mencakupi skop yang besar. Love ALLAH, Love myself, love my job, love what i have now, love my family & love my only Love(NF).


Home made Spagethi Aglio Olio from my Love 


My Love (Mrs. NF)

So, inilah sebahagian kecil(banyak lagi ke?) dari azam 2013 aku.

Hmm.. Cukuplah kot tulis banyak ni dulu. Jari pun dah terkehel dah sebab dah lama xmenaip blog. Banyak entri lagi yang nak dikongsi sbnanya, trip to Phuket-Krabi, Cameron Highland, New House-New Life dan lain2. Tapi tunggu next entry lah kot. Insyallah..

Terima Kasih kerana singgah.

=)

Tuesday, April 10, 2012

Dari Seberang Sana

Safee Sali bercerai??

Penuh dimuka2 akhbar terkini dengan Headline tersebut. Dari Akhbar rasmi Malaysia iaitu Berita Harian & Utusan Malaysia, sehinggalah ke Akhbar xberapa nak rasmi seperti Bacario, Metros, Kosmas(semua bukan nama sebenar).

Bila terpampang berita tersebut. Secara automatiknya otak/minda org Malaysia yang sememangnya dikenali dengan kekreatifan, kebijaksanaan, kehandalan, kegeligaan dan bermacam2 'ke' yg lain mula memproses andaian2 tersendiri.
Antara andaian paling popular(tidak disusun mengikut turutan populariti) :

i) Safee Sali mula lupa daratan sbb dah Kaya(Jutawan tu beb)
ii) Safee Sali dah jumpa Gadis Indonesia persis Dian Sastrawardoyo, Revalina, Mulan Jameela, Ahmad Dhani.. eh.. err.. dan yg sewaktu dengannyalah.
iii) Isteri Safee Sali tak berminat menetap di Indonesia(culture shock maybe)
iv) Lu pikirlah sendiri..

Ape pun yang terjadi, aku mengharapkan yang terbaik untuk Striker Kebangsaan kita ni. Semoga dia cepat recover & terus cemerlang utk membangunkan Bolasepak Malaysia.

Ok. Fullstop. Berdiri teguhnya blog post kalini(walaupun dah beberapa bulan kegersangan)
bknlah sbb nak cerita pasal Safee Sali. Tapi aku nak story mory skit tentang apa yang aku rasa menarik tentang Indonesia(Bandung secara khususnya).


1- Syurga membeli belah Fabrik & barangan Kulit

Baju segala Superhero ada. Keluang Man & Cicak Man je yg tak dijumpai


Toko Tiga. Barangan Jeans mmg murah bangat disini sih~


Pasar Baru - Ini syurga utk Kaum Ibu & Wanita. Segala jenis Kain ada,tmasuk Kain Kafan.


Terminal Tas. Barangan Kulit mmg murah bangat.


Aku grab 2 dompet Braun Buffel dkt sini =)


Donatello. Pilihan hati. hihi~


Xingat nama kedai ni. Serius murah,tp aku xbeli sbb Rp sudah kering. T.T


2- Makanan Superb Sedap. (walaupun aku ceri beri masa final day,sbb perubahan cuaca kot =p)

Nasi Padang (yeke?) Blasah jelah. Aku suka sambal yg warna hijau tu.


Satay.. hmm.. Xigt nama satay ni. Tp sedap! Dgr cerita ada dkt Kg. Baru jgk.


Buah2an memang Best kat sini. Manis, Lemak, Likat Pekat dan lain2.


Kartika Sari - Kek Cheese Pisang memang terbaeeekk!!


Nasi Goreng Kucing? errr.....


3- Theme Park!!

Trans Studio. Kitorang xsempat masuk. Ambik gambar pun jadilah~~


4- Hasil Kraf Tangan Unik, cantik, menarik & tertarik.

Roarr!! Harimau Indonesia!!


5- Kad Resepsi Perkahwinan Funky & Murah!=)


So, itulah serba sedikit yang aku dpt kongsikan. Ini just berdasarkan pengalaman on my trip last year. Ini pun hanya mencakupi area Bandung sahaja.

Jadi, secara kesimpulannya. Inikah sebabnya Safee Sali sgt sukakan Indonesia? Aku pun xtahu.
Korang buatlah andaian sendiri plak yek. =p



Monday, April 2, 2012

Sentapan Rohani


Ehh? Dah Bulan April?
Rasa mcm baru je sgt masuk new year 2012. Hmm.. Akhir Zaman kan.. Masa semakin pantas berlalu meninggalkan kita.

"Demi masa, sesungguhnya manusia dalam kerugian. Melainkan yg beriman dan beramal soleh"

Wahh.. Islamic post aku kali ni. Maybe boleh try masuk Imam Muda 3 ni. haha~ =p

Hmm.. Sedar xsedar, usia semakin bertambah.
Setiap kali masuk Tahun baru, semua org berpusu2 seperti Lembu masuk Kandang pergi meraikan Tahun Baru sambil berteriak "Happy New Year!!", bertepuk tangan sambil melihat percikan Bunga Api, Mat Rempit menyajikan persembahan xberbayar tersenyum bangga bsama gadis yg dibonceng. Itukah maksudnya Tahun Baru?

Aku? Setiap masuk tahun baru, sel2 otak mula rancak bekerja memikirkan apa yang aku telah capai tahun lepas? berbaloikah? Sepadankah dgn usaha penat jerih? Aku dilandasan yg betul? Bahagiakah aku?

Hmm.. Soalan lebih banyak dari jawapan. Tdk sama dg lagu Najwa Latif "Banyak soalan banyak juga jawapannya"

Hidup xseindah lagu dan drama kan?

Aku terkesima dengan teguran dari rakanku tempoh hari. Perbualan yang pendek, dalam masa yang pendek, tapi buat aku berfikir panjang.

Tegurnya: "Aku masa mula2 nak mula hidup dulu,starting dgn gaji RM600/bulan, tp isteri & anak2 aku cukup makan & hidup bahagia.ini bukan cerita 15 tahun lepas,ini kisah 3-4 tahun yg lepas je. Jgn perkecilkan tuhan dgn mengatakan rezeki yang diberikan tidak cukup, yakinlah bahawa tuhan telah sediakan/tetapkan Rezeki utk setiap hambanya"

Serius aku tersentap dari lamunan. Sehingga kini.. ya..
~~

Lovely Gift from My Lovely Dear

Speechless... Let's the Picture do the talk.





Thanks so much my dear <3

Monday, December 12, 2011

2011 -> 2012


Beberapa minggu sahaja lagi, kita akan menjengah/menjejak/memasuki tahun baru. Tahun 2012.
Hari berganti hari, minggu berganti minggu, bulan berganti bulan & tahun berganti tahun.


Tapi ape yang berubah pada diri sendiri selain dari bilangan Nombor pada umur yg semakin meningkat?
Tercapaikah azam tahun baru yg lepas(2011)?

Adakah 2011 ini lebih baik daripada 2010?
Sudah bersediakah untuk menjalani 2012 yang pastinya lebih mencabar?

Tiba-tiba aku bermuhasabah untuk diri sendiri.
Apa yang aku telah capai setelah 26 tahun hidup di muka bumi ini?
.......

Life is hard, but you like it or not, life must go on.

Monday, December 5, 2011

Cinta Kolestrol?!

Last 2 Weeks aku buat Medical Check-up atas tuntutan & komitmen terhadap syarikat.
Dalam hati aku, "Eleh, aku bukan ada ape sakit2 pun, mesti no problem at all".

And.. Last week, result MC pun keluar. So doctor pun 'tazkirah'kan resul
tnya :

1st - Doctor kata Hepatitis B dalam badan aku kurang. So kena injection 3x secara berjadual
(Hepatitis ni kekuatan melawan penyakit kata doctor) Patutlah aku collapse masa pergi
Bandung dulu.

2nd - Hemoglobin dalam darah kurang (Darah cair kalau x
salah aku).

3rd - Kolestrol tahap Tinggi. Yang ni mmg aku surprise!! Doctor siap ba
gi ubat utk makan setiap hari selama 6 bulan. Tapi aku xnak, sbb takut nnt dependent dengan medicine. Then doctor advise untuk banyakkan bersukan & jaga pemakanan.

Sebenarnya aku still tertanya2, tercari2, termanggu2, terkehel2 mencari konklusi sebab penyebab kadar kolestrol naik dengan jayanya dalam badan aku ni.

i - Suspek utama adalah sebab Groin Injury masa main bola yang menyebabkan aku rehat
6 bulan atas nasihat doctor.

ii - Suspek ke-2 utama ni aku baru realize last weekend. Makan tanpa kawalan
SIRIM!!

WANTED! High Colestrol

1st - Breakfast+Lunch (12.00 pm)

2nd - Luncheon


3rd - Sarapan Tgh hari/petang kot (3.00 pm)

4- Sarapan petang/malam kot (6.00 pm)

iii - Suspek ke-3 utama (Pengaruh Rakan Kekasih Sebaya)


iv - Suspek ke-4 Utama adalah Cinta Kolestrol. =p

My Love <3

P/s : Countermeasure taken, dah beli Boot Bola baru ala2 Thamil Arasu & hopefully tahap kolestrol akan turun secara berkadar terus. Tapi last previous match, baru main 10 minit dah pancit tahap kronik. T.T


Monday, August 1, 2011

Weekend Theraphy

My Weekend Theraphy (Before Ramadhan):

Pizza Milano Spagethi !!
From Left: Spagethi Aglio Olio Seafood, Spagethi Creamy Seafood



Pizza Milano : Wafer with Chocolate Ice-Cream


Movie Time! (Captain America + Flat 3A)



One Utama Tropical Side (betul ke nama tu?)



Secret Recipe!! From Left : Iced Chocolate with Whip Cream, Oreo Milkshake


One and only My Love~

Thursday, November 18, 2010

FALL & FAIL in L.O.V.E


CINTA? Rasanya, xperlu kot aku nak men'definisi'kan maksudnya berdasarkan Kamus Dewan Bahasa & Pustaka mahupun Kamus Oxford.

Sebagaimana indahnya korang FALL in L.O.V.E, sebegitu indahnya jugalah yg anda rasa
keperitan jika anda FAIL in L.O.V.E. But for me, FAIL in L.O.V.E bukanlah bermaksud anda FAIL in L.I.V.E. Whatever it is, your L.I.V.E must go on without FAIL.

Aku bukanlah sang arif yg ingin memperkatakan tentang L.O.V.E, apatah lagi aku sudah berkali-kali FAIL. Tetapi, apa yg cuba aku ingin kongsi ini adalah sekadar cebisan pemikiran
dari sel otak2ku yang masih berfungsi without FAIL oleh pencipta yg Maha Esa.

DO & DONT's after FAIL in L.O.V.E.

~DONT's~
DONT's - Jgn duduk berseorangan, menangis & mengenang Kisah lalu..


DONT's - Jgn buat benda2 yg memudaratkan diri. (Mkn Pil Tido, Tumbuk Cermin, dll)


DONT's - Ini yg paling BAHAYA! Jgn fikir singkat utk BUNUH DIRI!!



~DO~
DO - Banyakkan bergaul & buat aktiviti dgn rakan2 diluar. Bersosial-lah dgn mereka, pada saat ini anda akan dapat lihat peranan sahabat2 anda mendorong & membantu anda.


DO - Sibukkan diri dengan Kerja. (Bila dah sibuk,confirm xfikir2 sgt benda tu). Tapi jangan sampai memudaratkan.


DO - Main alat muzik. Kalau xpandai, sila-lah belajar. (Tapi jgn main lagu yg sedeh lagi sayu plak)


DO - Banyakkan membaca. Lebih Afdal jika baca buku Agama. But, avoid buku2 cinta Ahadiat Aqasha yer.. Buku Porn pun sila avoid ok!


DO - Cari-lah CINTA yang baru. Berpeganglah dgn pepatah "Kumbang bukan Seekor, Bunga bukan Sekuntum". Pastinya ada yg lebih baik utk anda diluar sana. Percayalah pada Jodoh.


Apa yg aku sampaikan ni, hanya cebisan2 shj yg terhasil dari janaan otak sdiri yg melalui & mengalami sdiri perasaan "Pelik" FAIL in L.O.V.E. Ada byk lagi step2 lain & if korang interested.. korang surf lah sendiri ok..

Adios~