Hafiz Ismi

Showing posts with label Vacation. Show all posts
Showing posts with label Vacation. Show all posts

Monday, August 1, 2011

Misi Mencari Air Bandung di Bandung - Part 3 (Finale)

Last Day at Bandung.. T_T

Misi mencari Air Bandung di Bandung masih gagal. Yang diketemukan hanyalah "Air Soda Gembira"-(Sirap+Susu+Air Fanta berkarbonat). Mee Bandung juga gagal diketemui di Bandung. Jadi dgn itu kami membuat kesimpulan bahawa, Air Bandung & Mee Bandung punya surat beranak harus ditukar kepada nama tempat2 di Malaysia. Air Kepong maybe? or Mee Batang Berjuntai? ohh tidak~~ haha~

Our last day at Bandung xbanyak menyajikan aktiviti2 berat, semuanya aktiviti 'ringan-ringan' sahaja(jgn double meaning) Memandangkan kesihatan aku pun xmemberangsangkan pada hari tersebut, 3 rakan lain turut menyertai aku secara berjemaah utk tidak sehat hari tu(Yan, Hisyam & Yasser). Dari pagi lagi aku dah start loya2, yg pastinya bukan sebab aku Pregnant. Maybe tersalah makan or member aku ckp aku ni Perot 2nd Hand. Hadoilah~

Aktiviti pertama pada hari last! Menghabiskan sisa2 ribuan & jutaan Rupiah yang kian menipis di Pasar Baru. Aku rasa, dkt Pasar Baru ni je kitorg dah repeat 3x. Kalau percutian kitorg ni 30hari 29malam. Maybe dah repeat 30x kot. haha~

Aku sempat grab Baju ala2 Yuna utk kekasih dkt sini. Aku dah usha baju tu since 1st day lagi sbnarnya. So,akhirnya dpt jugak beli setelah sesi tawar menawar selama 1 jam(penat woo)..

Model2 Pasar Baru

So,next destination kitorg bergegas ke Kartika Sari(dkt sini bukan jual Sari tau). Dkt sini jual mcm2 jenis kek & kuih, dkt Bandung ni kira mcm dah taraf2 Secret Recipe. Tapi aku xbeli ape2 pun dkt sini, sebab aku tgh loya2. So tgk makanan pun dah tak lalu. Hadoilah. Spoil2..


Say "Kek Cheese!!!"


Kek Manis2.. Cashier pun Manis2.. opss!!


Hmm.. Shedapnya!! Ruginya xbeli haritu.. T_T


Waduh2.. Kenapa kepala rasa pusing2 ni. Waduh~~

Setel je beli2 kek, kitorg terus ke Airport. Masa ni aku dah rasa xsabar sgt nak balik Malaysia(Tanah tumpahnya Darahku). Homesick kot~ haha~

Rindu dgn Makanan Malaysia, Rindu dgn Family, Rindu suasana Malaysia dan pastinya Rindu Kekasih hati yg dah 4 hari lost contact. huhu~


Atas:Dari Kiri : Rahmat,Pak Tandi(Supir),Din,Pak Barnus(Tourist Guide),Afiq Bawah:Dari Kiri : Me(Hafiz Ismi),Yan,Yasser,Hisyam


So,thats the end of our Journey. Air Bandung xjumpa, Mee Bandung pun xjumpa. =p
Apa yang aku boleh concludekan, Bandung adalah Syurga membeli belah utk Tekstil. Benda2 yang berasaskan tekstil mmg murah dkt sini, boleh dikatakan Half & above daripada harga di Malaysia.

Rating :
Harga : 5/5 (As u know)
Makanan : 4/5 (Sedap! walaupun aku collapse last day)
Travel Agency : 5/5 (Pak Barnus memang sgt Sporting! & Best!)
Penginapan : 4/5 (Selesa & Santai, cuma aku mgharapkan Bath Tub. hehe)
Traffik : 2/5 (Sini sgt Jam,aku rasa kalau aku ambik lesen dkt sini,confirm xlulus2)
Journey Member : 5/5 (Semua sgt sporting even ada yg baru 1st time jumpa)


Bye Bandung! I'm back Malaysia!!

Monday, July 25, 2011

Misi Mencari Air Bandung di Bandung - Part 2

Ok. Our 3rd day Activity at Bandung begin here~

Hari ke-3 di Bandung, kami semua bergegas ke "Tangkuban Parahu". Mesti ada yang tertanya2 kan, ada ke Perahu dkt sini. Cuba korang teka.. teka.. Teettt.. Jwpn anda salah, jwpnya dah tentulah takde. haha~

Sebenarnya nama ni berasal from cerita Urban Legend org Indonesia. Diceritakan yang... errr.. korang search dalam Google lah. Aku malas nak taip. Tapi dipendekkan ceritanya Tangkupan Parahu tu bermaksud ada Gunung2 yang berbentuk seakan2 Perahu yang Tertangkup. begitulah al-kisahnya.

So sesampainya kami disini, 1900m(+/-) diatas paras laut. Cuaca dekat sini memang agak sejuk ala2 Cameron Highland, kitorg datang pagi2 pulak tu, mmg layan Blues Sejuk. Dekat kawasan ni berbau Sulfur, so sesape yang xtahan bau Sulfur tu memang xdigalakkan datang sini. Kalau nak dtg jugak, bolehlah sertakan dgn tabung pernafasan oksigen sekali yer.

'Subang-West Java'. Dekat Indonesia pun ada Subang beb!


Pandangan dari atas. Cun kan?


Jenguk2 dkt bawah kot2 ada org yg jatuh tergelungsur kebawah

Model2 "Tangkuban Parahu" yang masih belum Tertangkup!


Tangkuban Band! haha~

Secara overall, tempat ni wajib.. diulangi wajib utk disinggahi kalau dah sampai dekat Bandung. Bukan senang nak tgk Kawah Gunung Berapi, walaupun dah xde Api, tapi ada jugak asap2(maybe sisa2 kot). ermm.. mungkin kena tukar nama kot-"Kawah Gunung Berasap". haha~

Btw, utk gambar bawah ni ada cerita Lucu sikit. Kitorg tangkap gambar ni atas bangunan kawalan. Disebabkan ada 3-4 kamera & tahap skill mengambil gambar, lompatan terpaksa dilakukan lebih dari 18x. The best part is, org menara kawalan ni Sound kitorg guna Sound System! Bunyinya mcm ni:

"Kepada orang yang berada diatas, jangan melompat2 diatas bangunan ini kerana struktur bangunan yang tidak Kukuh"

Kah.. Kah.. Kah..
Aku rasa kalau tambah lagi 28x lompat, maybe menara kawalan ni hanya tinggal kenangan/monumen kot. haha~

Hoyeah!!! (sebelum kena Sound)

Ok,sebelum kami meneruskan perjuangan Shopping. Kami singgah sebentar beli Nenas Madu dkt tepi Jalan. Sedap wooo Nenas dkt sini, murah pulak tu.


Bu', Ini Nenas saja, Madunya dimana dong?!


Next destination, Rumah Mode
. Dkt sini memang jual barangan2 branded. Harga? sedikit mahal, nama pun branded kan, tapi still lagi murah banding dgn Malaysia. Sape2 yang mementingkan barangan branded, boleh singgah dkt sini. Berbaloi2(kalau byk rupiahnya).

Model2 di 'Rumah Mode'. haha~


Shopping2 jugak. Perot pun dah 'Keroncong utk Ana' dah ni. Destinasi Jalan2 Cari Makan seterusnya? errr.. Apa nama kedai ni eh? hmm.. Ape2jelah..

Kedai ni sediakan Nasi Padang, sama mcm yg 1st day kitorg dtg tu. Cuma special dkt sini ada Satay Minang. Sedap wooo, 1st time aku makan. huhu~


Regangkan otot2 perot sebelum mencekik~


Mana aku? Tgh makan sehingga menjilat pinggan kot. hihi~


Perot Kenyang, Hati pun dah gembira. Next, kitorg singgah dkt Trans Studio yang sedang hangat dan hangit diperkatakan buat sekian kalinya.Kitorg singgah tengok je sbb xmasuk dalam plan asal, lagipun rugi masuk half day. So,dapat singgah pun jadilah.

So,harga dia not bad. Dalam lingkungan Rp 150K-200K sahaja(dlm RM70). Banding dengan Universal Studio Singapore dulu aku pegi dalam area RM170.

Transnasional. Eh.. Trans Studio!


Dapat bergambar dgn Roller Coaster pun jadilah~


Dah penat jalan2, Shopping2 balik ler. Destinasinya - Donatello. Butik ni jual macam2 jenis sepatu. Kasut, sandal, selipar Jamban, boot, safety shoes(ada ke?) dan lain2. Rasanya dkt sini semua org sambar sepasang kot, geram dgn harga punya pasal. Tapi memang murah beb!

Sesi mencuba Sandal, Sandal ke-88


Masing2 kepuasan dgn hasil tangkapan harini

Dah habis Donatello kitorg kerjakan, then kitorg serbu butik2 dkt sekitar tu. Ada lebih kurang 28 butik jgklah kitorg kasi gegar & ajar erti penyesalan(mcm KL Gangster plak). Aku xigt nama2 butik tu, tapi yg pastinya penat shopping ni dah macam penat Larian Merentas Desa.
Hadoilah~


Last activiti for 3rd Day(activiti yg official) adalah Dinner at Rumah Nenek. Walaupun namanya Nenek, tapi pelayan2 dan tukang masak dkt sini bukan Nenek yek~ Semuanya cucu2 Nenek yang ganteng2 belaka. haha~

Itu muka kenyang yer, bukan muka nak memerut

Thats the end of 3rd Day activity. Penat memang penat. Tapi, keseronokan mengatasi yg lain2 tu. Poket pun dah makin menipis masa ni, Jutawan2 pun dah mula jadi Ribuan sahaja. Nasib baik CIMB dkt sini xlink kan lagi dgn CIMB Malaysia, kalau x mmg langsai. haha.

Ok. Utk hari ke-4(Bandung finale), aku update later eh.

Zass~

Tuesday, July 19, 2011

Misi Mencari Air Bandung di Bandung - Part 1

Hoyeahh!! Lama btul rasanya since last update utk blog ni, dah bersawang2 & berhabuk dah. Xpe,right now ill clean it dgn post terbaru - "Misi Mencari Air Bandung di Bandung". Kyahaha~

Last weekend (15-18 July), aku bersama 6 rakan telah berangkat ke Bandung utk lari dari kehidupan kerja yang penuh pancaroba(ecehh). So, our trip diketuai oleh Mr.Rahmat selaku Presiden Kelab "Acara Lelaki" pada kali ini.
*"Acara Lelaki"- ni ayat yg dibagi oleh our Tourist Guide - Pak Barnus.



Ahli "Acara Lelaki" - dari kiri- Yaser, Hisyam, Rahmat, Me!(Hafiz), Din, Wan, Afiq

So, our journey start from "Pasar Baru" yg hangat/sibuk/lazat diperkatakan dari mulut2 ke cuping2 telinga. Tempat tu memang sangat-sangat-sangat crowded, daripada trafik Jam sampailah jalan kaki pun boleh Jam. Sepanjang jalan nak ke "Pasar Baru" pun penuh dgn orang2 yang beniaga, itu belum kira lagi yang jual Keychain, yang Minta Sedekah, yang bawak Gitar Nyanyi, yang jual Beg, yang Jual Diri/Maruah dan sebagainya.

Tapi dekat sini memang murah-murah barangnya(agaknya), sbb aku pun xtau sgt harga2 barang2 wanita ni. Tapi memba2 cakap murah, so thats it maybe. Dkt sini sahaja aku dah habis Rp 1Juta. hehe~


Sgt Crowded! Sampai nak jalan pun susah.

Shopping-Shopping-Shopping, perot pun dah berbunyi lagu ST12. So,kami semua decide nak makan dkt kedai Nasi Padang.. ehh.. Ke Nasi Minang? ntahlah..
Yang pastinya dkt sini, dia akan hidangkan semua jenis lauk depan kita, so kita akan bayar mana yang kita ambik sahaja. Terasa cool plak konsep mcm ni kan. Dkt Malaysia xde nih.


Muka Konfius! "Aku ada order ke semua lauk pauk ni?!"

Ok, the next day baru bermula "Acara Lelaki" yang sebenar, membeli baju/seluar/s**d**r yang khas utk lelaki. So we start at Kedai Underground(Aku xigt nama kedai ni), tapi kedai ni yang supply baju2 ke Butik2. So, price dkt sini sangat murah. Aku beli T-Shirt ZARA dalam Rp65K bersamaan RM18 sahaja! Mana nak dapat dkt Malaysia beb? hehe.
Tapi kelemahan tempat ni, banyak baju yang xde saiz sbb dah hantar ke Butik2. huhu.. Oh,kedai ni lah yang supply baju2 Hard Rock Cafe satu dunia.


Bakul dah xmuat! Kena cari bakul baru nih~


Lunch Time! So kitorg semua pergi makan di Restoran Ampera. Dkt sini konsep dia makanan xde kuah plak, semuanya goreng sahaja eg: Ayam Goreng, Tempe Goreng, Belut Goreng, Usus Goreng, Lidah Goreng, Torpedo Goreng, dan lain2. Vavi goreng je yg xde. =p

Searching for Kuah utk nasik.Mana nih? tercekik makan nanti!


Repeat "Pasar Baru" utk kali ke-2 sbb ada barang yang drop from shortlist.


Dah start Pancit Shopping,lagi penat dari Main Futsal 2 Jam nih!
Btw, Kasut biru tu Hisyam dah beli, hehe~

Banyak tempat lagi yang kitorg shopping sebenarnya- Jalan Riau, Champelas, Jalan Dago, Summit, Stamp,Secret dan lain2. Aku still xigt nama tempat dkt situ.

So, sebagai penutup acara lelaki pada hari kedua, kami decide nak makan Bakso. Bakso dkt sini lain sikit cara hidanganya banding dgn Malaysia. Dkt sini kuah/sup diasingkan dari Mee. And Mee tu kita bole pilih nak yang Manis, Asin, Sederhana or Pedas. Tapi memang sgt Sedap Bakso dkt sini! Tapi, bila tgk dkt menu dia, ada pulak tulis mcm ni :

Mee Goreng (Ayam/Babi)
Nasi Goreng (Ayam/Babi)

Hadoilahhh~~~~~~

Ada yang baru belajar2 guna Chop Stick. Lapar punya pasal,trus pandai guna~

Thats the end of 2nd Day, so utk hari ketiga & hari keempat aku akan update kemudian ye~

Nantikan - "Misi Mencari Air Bandung di Bandung-Part 2"

Zass~~

Sunday, February 27, 2011

Kota Singa

Actually, aku dah lama nak tulis pasal Vacation Destinasi Bajet aku ni. Tapi tangguh.. punya tangguh.. punya tangguh.. punya tangguh.. Sampai sekarang baru nak buat.

Singapura

Marina Bay Sands (bangunan yg kapal tersangkut tu)


Tapi dikala dah dapat 'mood' menulis ni, Internet pulak slow tahap Chimpanzi terkehel. Wahadoi~~

So, Inilah je yang termampu~ T.T