Hafiz Ismi

Monday, May 31, 2010

Pool Survey V.S Comment

Salam all blogger'z,

Dah naik bersawang blog ni sbb x ber"update".. Busy sikit weekend lepas(padahal org lain yang sambut Hari Wesak). =p

Actually aku nk buat posting pasal Konsert yg aku pergi last week, tapi kabel handphone tertinggal dkt office plak. Gambar2 ada dalam phone. Nnt xberseri plak blog ni without pictures..

Ni tiket VIP utk konsert tu(Aku xfaham knape VIP, sbb semua org dpt tiket sama)=p

Last weekend aku pergi konsert Define( Search, Hujan & Meet Uncle Hussain). Secara keseluruhannya aku memang berpuas hati dengan konsert tu. Selain dari dapat makan & minum unlimited masa konsert, band2 pun perform in a superb level. Amoi2 promoter pun antara penyeri konsert tu(nak tgk konsert ke, nk tgk amoi?!).. xnk cerita byk kt sini
,esok aku buat entry baru utk konsert ni!! hehe~

Bila lama dah xupdate blog ni, aku terjeling survey pool yang ditaja oleh Nuffnang ni. Based on survey ni, bloggers xprefer aku post pasal Filem/Drama preview. hmm.. padahal aku dah buat 3-4 post dah pasal filem/drama preview nih.

0% utk Filem/Drama Preview. Adakah ini benar?!

hmmm... aku cuba berpandangan positif.. Maybe aku xpandai mengolah "Sinopsis" cerita kot.. tapi, utk post filem/drama preview ni yg dapat byk feedback.. Mcm xberkadar terus pulak..

hmmm.. cuba berfikiran positif sekali lagi.. Maybe, bloggers sampai hati nak komen kot.. so, semua disuarakan pakai Pool Survey ni..
Xpun, bloggers malas nk jawab pool survey aku yg ntah hape2 nih.. hehe~

Xpelah.. kalau mcm tu. After this aku xbuat post pasal Filem/Drama Preview dah lps nih(merajuk!!).. wuu~~~ =p

So, aku nk minta jasa baik all bloggers yang saya hormati, kalau anda free.. diulangi.. kalau anda free.. tolong bagi feedback, komen, cadangan, kutukan, kritikan, cemuhan, duit(kalau yg sudi) utk saya baiki blog ni. Terima Kasih diucapkan kepada yg sudi membantu(mcm ayat mangsa bencana plak!)..

P/S: Kepala still terngiang2 dgn konsert, xkosentret update blog. =p

Thursday, May 27, 2010

Creative Blogger Award!! Yeay!!

Creative Blogger Award?
Kreatif ke blog ni, mcm simple(pemalas!) sgt je aku tgk..

Btw, thanks to Syazana sbb sudi berkongsi award ni..
Actually, ni first time aku dpt award2 mcm nih, al maklumlah.. aku ni masih amatur lagi..

So, lepas ni kena buat ape eh? kena bagi award ni ke blogger2 yg lebih kreatif kan?

Pening plak aku tgk Award ni bergerak2..

sempena dapat Creative Award ni, aku dgn bangga & syok sendirinya nk melampirkan karya kreatif aku. Please refer pictures dibawah ;

Hafiz Ismi - (Jgn terpengaruh,byk kesan grafik telah digunakan)


Hehe.. Kreatif x? So, skrg ni aku nak habiskan job nih. Dengan ini aku ingin menganugerahkan Creative Award ini kepada Insan-Insan Kreatif ini ;

Fieqa

Niesa

Ery Farieha

Hanakira

MyraArshad


All For ya!!! Creative Award!!

Wednesday, May 26, 2010

Gokusen.. bukan Son Goku

Sempena Hari Guru yang baru(mcm dah lama jek) saja berlalu, kali ni aku nak preview J-Drama yang berkonsepkan Guru.

Tapi sebelum tu, rasanya xterlambat lagi aku nk ucapkan "Selamat Hari Guru" kepada bekas2 guru yg pernah mengajar aku selama ni, dari Tadika sehinggalah ke Universiti. Walaupun aku sedar, yang aku ni bukanlah pelajar faveret, pelajar harapan, pelajar kesayangan bucuk2 dan yg sewaktu dgnnya. Aku hanyalah pelajar Wanted, pelajar yg mencatatkan rekod libasan rotan ke punggung terbanyak, pelajar yg selalu kena jemur dkt luar kelas... Tapi.. Jasamu tetap akan dikenang.. sob.. sob..(buat2 sedih).. Xde hadiah nk bagi, anggaplah post ini sebagai hadiah..(yeay!! jimat xpyh beli hadiah!!).. hehe~

Ok. kembali ke pangkal jalan. So, J-Drama yang akan di preview kali ni ialah Gokusen! bukan Son Goku dalam Dragon Ball tu yer.. Actually, cerita ni dah ada 3 season. Starting masa aku 2nd year dulu(2006 kot).. And sekarang ni dah season ke-3 dah.. Aku dah khatam semua season, and jalan cerita setiap season lebih kurang sama. Cuma pertukaran pelakon2 Handsome bersilih ganti as student..(gurl2 mesti suka nih..) Watak Cikgu & Family Yakuza je remain setiap season.

Season 1 : Watak Utama-Matsumoto Jun yg iras2 aku(Perasan!!)


Season 2: Watak Utama from Kumpulan Kat-Tun(Mcm Gurl plak diorg ni)


Season 3 : Pelakon2 dia aku xkenal sgt. Model underwear rasanya.(aku bantai jek!!)

Ok. Sinopsis cerita ni mengisahkan tentang seorang Yakuza(Yankumi namanya) yang bakal mewarisi bapaknya as ketua Yakuza. Tapi, Yankumi(watak utama) x berminat nak mewarisi takhta bapak dia, dia lagi prefer jadi Cikgu(berjiwa pendidik ler kononnya).

Masalahnya, Yankumi ni selalu kena jaga kelas2 bermasalah(mcm kelas aku masa dulu2 r). Semua student mmg tahap extreme r, ada yg kaki pukul, mat rempit, kaki perempuan, kaki berkudis(opss!!). Senang cerita semuanya stok Gangster Kampung Dusun r, mmg xdgr cakap punya. Yankumi ni memang selalu kena buli, tapi dia xguna kekerasan nk balas balik. Tapi dia guna cara tersendiri utk masuk(join) dgn student2 bermasalah ni. Apa caranya?? haa... kena tgk sendiri.. hehe~ Oh,some info.. Yankumi ni mmg kuat ler sesangat, kalau setakat gangster dk chow kit tu, dia pakai sebelah tgn jek.. hehe~

Kesimpulannya bagi aku.. cerita ni memang sgt best!! Mcm2 elemen ada.. Kelakar, Sedih, Loving2, Gaduh2. Sesuai ditonton oleh semua lapisan masyarakat, kategori Umum.

So, apa tunggu lagi?? Cepat dapatkanya di pasaran. X kisah ler Ori ataupun Cetak Rompak. Kalau download pun lebih Afdal. Mcm aku, aku beli je yg pirate, RM5 je(kalau sesape berminat, next post aku buat preview pasal company pirate nih).. Sokong Cetak Rompak!!

Ok..itu saje.. Selamat menonton~~ Hait!!

P/S: Sondtrack Season 1 & 2 best!! Terutama Kizuna from Kat-Tun.


Tuesday, May 25, 2010

Aku Tanpa Cintamu (GB)

Menggigil kesejukan, hati xtenteram, gundah gulana, adrenalin(apa maksud ni ntah), Trauma, Seriau..

Inilah perkataan2 yang boleh menggambarkan hati & perasaan aku semalam masa GB(Geng Blogger) under Maintenance(Update). Sampai2 je dkt rumah semalam, terus online sbb dkt officeku yg durjana tu xboleh online(kedek btul..).. Open GB, terus terpapar skrin dibwh(sila rujuk gambar 1.0)-mcm tesis r plak.. =p

Gambar 1.0 - Hampa hatiku terlihat skrin ini.(Terasa nk nyayi lagu Ungu)


Tapi harini dah OK mcm biasa.. Yeay!! Thanks Admin GB. I love u too!! Boleh melepaskan gian(mcm penagih r plak) blogwalking rakan2 semua.

So, all bloggers.. Sedia utk diterjah!! =)


P/S: GB dah ok, tapi connection plak xbrape ok.. T.T

Sunday, May 23, 2010

My Boss My Hero

Aku rasa bahang AF8 still xhabis lagi skrg ni.. Peminat & Pengundi mesti tgh menghafal lagu2 baru Student2 AF. Sbnanya aku pun xterkecuali.. tapi minat lagu je r(ayat cover).. Aku minat lagu Shahir tu.. Ape tajuk dia ntah(kata minat?!).. Confirm boleh pergi jauh & masuk Carta Era(itu je?).. hehe~

Tapi posting ni xkan crita pasal AF lagi r, aku rasa dah ramai sgt bloggers yang buat posting pasal AF ni.. So aku mengalah r(ecehh..) hehe..Before ni aku ada buat preview utk J-Drama; Kurosagi(kalo xbaca lg, sila baca ya.. =p). So kali ni aku still nk preiew J-Drama tapi yang versi kelakar punya. My Bos My Hero, cerita ni dah lama dah, last 2 years kot.. tapi pada sesape yg still xtgk, aku memerintahkan korg utk tgk sbb mmg sgt2 Best & Kelakar.. di ulagi.. sgt2 Best & Kelakar..

Sakaki Makio(Watak Utama) yg dkt tgh2 tu.. Nmpk mcm Yakuza x?

Sinopsis cerita mengisahkan tentang seorang Yakuza-Sakaki Makio(watak utama cerita ni) yang bakal menggantikan bapanya utk jadi Ketua Yakuza. Tapi, even dia ni mmg kuat berlawan, byk pengaruh, byk awek, byk duit tapi dia ni Sengal & Lembab bila bab2 berfikir. Dia xboleh berfikir lebih dari 5saat(sengal kan?).. hehe..

So,bapak dia ni ambik keputusan utk hantar balik dia ni pergi sekolah(high school) dgn deal bila dia dah graduate nnt dia akan ambik alih as Ketua Yakuza r.. bila dia masuk balik as Student ni, mmg mcm2 benda klaka yg jadi r.. Korang bygkan seorg Yakuza kena buli dgn Gangster sekolah, jatuh cinta dgn budak sekolah menengah, berebut Caramel Puding, kena masuk kelas tambahan, kena buat persembahan kelas and mcm2 lagi r.

Kiri : Masa sekolah, Kanan : Masa bekerja (Yakuza)

So, kepada sesiapa yang tgh jiwa lara, jiwa kacau, xde duit nk tgk wayang, takde awek/bf nk teman tgk wayang, mmg xde awek/bf dan yg sewaktu dengannya.. Aku strongly suggest utk korang tg cerita ni. Mmg xrugi masa korang..

Kalau korg xgelak tgk cerita ni, korang memang xnormal (Alien!!).. haha~ joking~

P/s: Soundtrack Drama ni pun best - Sorafune by Tokio Band(bukan Tokio Hotel yer!)

Aku Seorang Blogger yg "Friendly"?!

Seperti biasa, before tido.. aku menjengah sekejap dkt GB(spatutnya sblm tido basuh kaki!).. And ada 1 benda yang menarik perhatian aku...

Refer dkt Pict yg aku Print Screen ni. Aku adalah blogger paling Friendly harini?! haha~ Nampak sangat aku dok mengadap & blogwalking dkt GB je hari ni.. Kantoi disitu.. hehe~

Hafiz Ismi yang Friendly.. Haha~

Actually, harini mmg aku xkemana2 pun.. Kaki injured last week still x elok lagi..Selain tu, duit pun xbrape nak ada dah.. standard r hujung bulan.. Poket sudah kekeringan sumber.. tapi kalau ada sesapa yang sudi nk belanja, silalah tinggalkan no telefon ya.. =p

Ok lah.. Itu je sbnanya.. saje je nk canang2 satu kampung.. Hafiz Ismi blogger yg Friendly.. hehe~

p/s: Congratz to Shahir AF8. Lagu tu mmg Best r, suara pun best jugak(cover blk).

Saturday, May 22, 2010

Kurosagi - Black Swindler

Finally!! Aku dah Khatam J-drama Kurosagi, 10 Episod. Komen aku? Cerita ni memang sarat dgn mesej(bg aku r) & Superb! Bila dah habis tgk cerita ni, korang akan terfikir yang dalam dunia ni, ada macam2 golongan2 manusia yang sanggup buat apa sahaja untuk dptkan duit. And of coz dengan cara menipu.. So dari 5 Bintang, Aku bg 5 Bintang(bukan Pasaraya Bintang yer)..

Ni Watak Utama J-Drama ni. (hmm.. tgk lama2.. mcm ada iras2 aku plak).. haha~

Sinopsis cerita ni mengisahkan seorg anak(watak utama) kepada keluarga yang telah ditipu oleh Syarikat2 Skim Cepat Kaya. Disebbkan frust menonggeng sbb kena tipu, bapa kpd anak(watak utama) ni dah bunuh semua family members except watak utama ni(tp dlm crita ni xjelas mcm mana dia boleh xterbunuh). And Lastly, bapa dia ni pun bunuh diri sekali. So, disebabkan tu lah si anak(watak utama) ni berdendam dengan semua Swindler dkt dunia ni & dia berazam utk hapuskan semua Swindler dalam dunia ni. After that, dia jumpa mcm2 jenis Swindler yg guna mcm2 method utk menipu.

So, bila aku relatekan balik drama ni dgn Reality Life, ianya memang ada je dkt sekeliling kita. Orang yang baik & jujur adalah golongan yang selalu jadi mangsa, orang yang licik & pandai cari peluang kelemahan org lain akan sentiasa berada dia atas. Kadang2, aku terfikir jugak.. Life is always Unfair... orang yang berkuasa boleh gunakan kuasa dgn cara yang salah, tapi xde siapa pun yang boleh tegur(style pemerintahan Kuku Besi & Kesultanan Melayu Melaka)..

But for me, it's simple.. Hidup ni mcm RODA. Berputar.. Kadang2 di atas... kadang2 di bawah.. we'll wait and see..

Eh.. aku rasa aku dah tersasul dari topik asal... Aku rasa aku nk promote J-Drama ni je tadi sbnanya, tp dah termasukkan emosi semasa plak.. hehe..

So, lastly.. Sesiapa yang berkelapangan(yg xde aktiviti masa weekend, yg xde awek/bf, yg ada awek/bf tapi jauh diperantauan, yg born loser,yang tengah sengkek).. bolehlah luangkan masa tgk cerita ni..
Gerenti Best!! Kalau xbest.. itu masalah korang.. haha~

P/S: Aku suka soundtrack J-Drama ni. (Daite Senorita)

Tuesday, May 18, 2010

World Cup di Malaysia?!

Hehe.. Ramai dah tertipu dgn title tu? Sori2.. btw, utk tidak menghampakan anda, post kali ni memang berkaitan dengan Bola Sepak.. Terasa bahangnya!! World Cup!!

Last Sunday, Perusahaan Otomobil Kedua telah menganjurkan "Kejohanan Bola Sepak 9 Sebelah Tertutup", bertempat di Stadium Perodua(feeling2 je ada stadium). So, atas sogokan & bayaran gaji yg lumayan drpd member2, aku join Tournament ni. Dalam hati aku fikir, "bole lah main suka2 sambil membakar lemak dan kulit muka".. hehe~

Honestly, mmg tak terfikir pun nak menang sbb majoriti team mate aku dah berusia 30 tahun ke atas(Kuda Tua), and yg sebaya dgn aku dlm 3-4 org je. So, what can i expect right?!. Aku boleh expect utk tambahkan budget utk beli Krim Pemutih Kulit, Yoko-Yoko, Handsplast, Tongkat Ali(oppss!!) dan tidak ketinggalan cuba cari M.C utk keesokan hari. =p

Inilah suasana semasa perlawanan. Suhu dianggarkan 38' Celcius(Sama dgn Afrika dah ni!!)

Ohh!! Utk pengetahuan, Team kami diberikan nama "1 CMK".. ala2 mcm "1 Malaysia".. hehe~ & setelah undian dilakukan, Team kami ditempatkan di Group B bersama2 dgn Team Pilihan(majoriti players dlm team ni adalah player Perodua). Masa ni aku dah terasa badi2 "bungkus" awal akan berulang lagi. Tapi.. Layan aje r.. Stick dgn nawaitu awal tadi -
"bole lah main suka2 sambil membakar lemak dan kulit muka".. hehe~

Kenderaan2 Players dari serata dunia.. errr.. serata Rawang.. =p

But Guess what!! Kami jadi Juara Peringkat Kumpulan. And "Pasukan Pilihan" pun kami kalahkan!! Kyahaha!! Tiba2 aku faham perasaan Pasukan Greece masa menang Euro dulu.. Kegembiraan tu xberhenti setakat tu sahaja.. Kami mara ke Suku Akhir, Sepa
ruh Akhir & Final!!!? Adakah aku bermimpi?! And Final Game kitorg menang 1-0. We are The Champion!!! Hoorayy!!! Serius aku xpernah bermimpi, apatah lagi berangan2 nak jadi Juara.. Btul lah kata org2 tua.. Dimana ada kemahuan, disitu ada Highway!!

Inilah Piala yg kami dapat. Even aku tahu harga benda ni(paling mahal RM15), tapi ia mmg amat berharga bila dapat dengan bersusah payah!!

Tapi perjalanan team kami nk menang bukan mudah. Saat akhir perlawanan, 3 players injured(al-maklumlah Kuda Tua), so yang tinggal ni 'nak tak nak' kena main jugak walaupun muntah hijau, gusi bengkak, kulit lutut tercabut, urat saraf berpintal dan lain2. Plus Padang Perodua mmg terkenal dgn gelaran "Padang Sawah Bendang", memburukkan lagi keadaan. Cuaca pun mengingatkan aku pada suhu Afrika Selatan(mcm pernah pergi sana jek).

Kasut yg banjir akibat Padang Sawah Bendang - Perodua

Satu benda yang aku suka tentang team ni. Hubungan antara players sangat2 akrab.. Mcm adik beradik dah, saling support each others, xpressure team mate,happy go lucky. And aku rasa itulah the main reason team kitorg Juara. Kalau nk kata skill & fitness.. Memang jauh sgt nk banding dgn team2 lain..


Anyway, aku sangat berbangga dgn kejayaan ni. Walaupun xseberapa.. tapi aku rasa berharga sangat bila berjuang bersama rakan2 utk dapatkan sesuatu. To all my team mate's, thanks because invite me to play with your team. It is very2 sweet(sweet ke?) memory for me.

Special Thanks to : Jay(Pengurus), Taib(Captain), Zamzalee, Salehuddin, Mat Noor, Hafiszan, Hafis, Amri, Madi(dR Rozmey) & Buduk(Keeper)


Arigatou Gozaimas!!

Monday, May 17, 2010

Nak Tambah Trafik Blog Dengan Cepat?

Aku pun sebenarnya bukan pakar dalam bidang mendapatkan trafik yang tinggi ke blog. Lihatlah trafik blog aku sederhana saja. Tapi apabila menjengah ke blog saudara matdin, tetiba aku ternampak posting beliau mengenai bab-bab trafik ini. Memang bagus untuk mencuba kaedah ini apatah lagi tidak perlu mengeluarkan sebarang kos. Jom kita lihat macamana langkah-langkah yang perlu dibuat:

1. Tulis posting artikel seperti posting ini, atau copy-paste artikel ini. Kemudian beri tajuk yang menarik.

2. Anda hanya cuma meletakkan Link URL di bawah ini untuk artikel yang anda tuliskan dalam blog / web anda.

1. Igauan
2. Ad-dai'
3. kakngah
4. zIlh@n
5. LYAfrina
6. download mp3 percuma
7. bℓog buðak χ-nakaℓ ♂
8.Cara hidup baru abad 21
9.Bila Aku Menulis Blog
10.~ApekpunyaBlog~
11: My Big Family & Friends
12. ABCMILO
13. matdin (orang paling terkenal hehe...)
14. MSR @Blogger
15. Aku.Blog.Kamu

PERATURAN!!!

1. Sebelum anda meletakkan web-web di atas di komuniti Link URL ke posting web / blog anda, sila hapuskan link nombor 1.

2. Selepas itu pindahkan Link no.2 menjadi no.1, yang No.3 jadi No.2, yang No.4 jadi No.3 dan seterusnya.

3. Setelah itu masukkan link anda di urutan bawah (No.15).



4. Ingat! Jangan Ubah urutan daftar link itu. Jika setiap blogger mengikuti formula tersebut, maka bakal menghasilkan backlink seperti berikut:

Bila posisi anda pada no.15, jumlah backlink = 1
Posisi no.14, Jumlah backlink = 5
Posisi no.13, Jumlah backlink = 25
Posisi no.12, Jumlah backlink = 125
Posisi no.11, Jumlah backlink = 625
Posisi no.10, Jumlah backlink = 3,125
Posisi no.9, Jumlah backlink = 15,625
Posisi no.8, Jumlah backlink = 78,125
Posisi no.7, Jumlah backlink = 390,625
Posisi no.6, Jumlah backlink = 1,953,125
Posisi no.5, Jumlah backlink = 9,765,625
Posisi no.4, Jumlah backlink = 48,828,125
Posisi no.3, Jumlah backlink = 244,140,625
Posisi no.2, Jumlah backlink = 1,220,703,125
Posisi no.1, Jumlah backlink = 6,103,515,625

Kita sama-sama cuba jaya okk....
Selamat mencuba!!!

Saturday, May 15, 2010

Warkah Berlagu Pilu dari Captain

From: Taib Nusir B Mohamad
Sent: Friday, May 14, 2010 3:05 PM
To: Taib Nusir B Mohamad; Mohd Hafiz Bin Ismi; Mohd Fadzly Bin Sulaiman; Zamzalee B Osman; Mohd Zaini Bin Salimun; Asmadi Bin Zainal Abidin; Noor Hisyam Bin Awang; Faizal Amri B. Mohd Sani; Mohd Hafis Bin Abd Rahman; Shamsul Izwan Bin Mohd Napiah; Ahmad Salehuddin Bin Bukhari; Muhamad Nor B Abdul Rahim; Abd Aziz Tamat; Mohd Hafiszan Bin Ab Manan; Mohd Fauzi Bin Ismail; Luqman Bin Daim; Hasnizam Bin Sabudin; Mohd Zakaria Bin Mukri; Zakaria B.Mamat; Salimi Muhamad Halil; Zulkaple B Mahadi
Subject: FW: Results: CMK FC

Salam Players,

Alhamdulillah, semalam kita berjaya mengikat kedudukan 1-1 walaupun pd mulanya kita hamper mengalami kekalahan memalukan.

Berkat kerjasama dan taktikal yg mantap, kita dapat menyamakan kedudukan pada masa kecederaan, hasil jaringan cantik Amri.

Dari segi keseluruhannya, permainan pasukan kita semakin tampak kematangannya. Walaupun pasukan lawan dibarisi oleh pemain2 muda

dan laju serta berstamina, tetapi jelas pengalaman pasukan kita yg bermain week in week out stiap mggu dapat mengawal rentak permainan.

NEXT GAME vs Body Shop (20 May 2010). Diharap semua dapat hadirkan diri.

Aksi semalam:

1. Agak mengecewakan apabila striker utama, En Salimi telah tersilap membawa kasut dan skaligus bermain sambil drift sepanjang perlawanan.

2. Zamzalee bermain agak hebat apabila tackle beliau 98% mengenai kaki pemain lawan, mujur tidak dikenakan tindakan oleh linesman bertugas..

3. Poji keeper bermain dg cemerlang menangkis segala serangan dgn menangkap bola dan mengangkang.

4. Tontong, dgn boot copa kainnya aggressively manjadi benteng terakhir. Tetapi pd hujung perlawanan menjadi top striker plak..secara tiba2.

5. Jay spt biasa, cool di atas dan menangguk di air yg keruh setiap peluang yg ada.

6. Md Nor, pd mula nya bermain mantap di bawah, menerajang bola yg datang pd beliau tanpa memikirkan akibat. 2nd half dinaikkan gred kepada striker (G15), tapi tak membantu utk score..lgsg..

7. Hafiz – seperti biasa, hampir bergaduh disetiap perlawanan, bermain dgn tangkas di sayap kanan. Kelihatan agak sukar melepasi benteng air. - ( Ini komen Captain pd aku)

8. Izwan, main dgn baik walaupun muka beliau jelas keresahan sbb nak masuk ofis semula selepas perlawanan.

9. Luqman – pemain lincah ini bermain dgn gangguan air dikaki beliau,byk mengambil masa utk keluarkan bola dari becak..

10. Amri – goalscorer. Cedera di beting/keting kerana tackle keras di bahagian dada kiri pemain lawan menyebabkan pemain lawan tpaksa di rawat di klinik perodua..

11. Otak2. Linesman pd 1st half yg berat sebelah. Bermain diseparuh masa kedua pun berat sebelah jugak. Tetapi hantaran2 beliau cantik melepasi rakan sepasukan.

12. Hisyam, gagal mendapatkan kad merah semalam. Tetapi permainnan beliau semakin meningkat. Sentiasa berada di setiap posisi sehingga lupa posisi asal beliau.

13. Anas – byk kali merampas bola dr pihak lawan hanya utk pass kepada mereka semula.

14. Asmadi. Lewat sampai kerana tertidur. Tetapi main dgn baik. Di letakkan di posisi bek kiri, tetapi asik nak kekanan je..

15. Taib – bermain seperti Nadal yg menewaskan John Isner malam tadi pada pusingan ke 3 di Madrid Masters malam tadi.

Tahniah semua.

CMK past record (2010)

Date

Results

Scorer

7 Jan

CMK (W)

2

1

Assembly

Md Nor, Taib

21 Jan

CMK (W)

4

2

ME/OMS

Saleh (3), Zamzalee

29 Jan

CMK (L)

2

3

QA/QC

Luqman, Sapak

4 Feb

CMK (W)

4

2

PVD

Jay, Md Nor, Hafiz, Zamzalee

11 Feb

CMK (D)

1

1

Logistic

Zamzalee

26 Feb

CMK (W)

3

0

FFC

Pijan, Taib (2)

11 Mar

CMK (D)

4

4

Body

Jay, Zamzalee (2), Wan

18 Mar

CMK (W)

2

0

PE

Aziz, Hafiz

25 Mar

CMK (D)

2

2

PPC

Salimi, Taib

1 Apr

CMK (L)

0

1

PPC

-

16 Apr

CMK (L)

1

2

QA/QC

Jay

27 Apr

CMK (L)

1

5

RND

Zamzalee

6 May

CMK (W)

2

0

Sales

Pijan, Md Nor

13 May

CMK (D)

1

1

CMK 2

Amri







Statistics

Perlawanan : 14

Menang : 6

Seri : 4

Kalah : 4

Jaringan : 29

Bolos : 24

Mata : 22

Senarai Penjaring

6 gol – Zamzalee

4 gol – Taib

3 Gol – Saleh, Jay, Md Nor

2 Gol – Hafiz, Pijan

1 Gol – Luqman, Sapak, Wan, Aziz, Salimi, Amri

Friday, May 14, 2010

I Hate Double Park

Harini adalah hari Jumaat, Penghulu kpd segala hari. Hari dimana seluruh umat Islam(lelaki mostly) berkumpul utk menunaikan Solat Jumaat di Masjid2 berdekatan.(islamik sungguh intro aku kali ni).

Aku mcm biasa, turut bersama menunaikan kewajipan sebagai umat Islam. Dulu masa time2 study, selalu ponteng Jumaat ni. Ada sekali tu, pernah kena libas dgn Felo masa tgh syiook tido meniarap atas katil. Last2, pergi Solat Jumaat dalam keadaan Sengal2 Punggung & Berbirat. haha~ Tapi tu dulu, zaman2 muda remaja. Skrg ni dah x miss.(alim r kononya)

Bila dah kerja ni, time solat pun fix. Around 12.45pm - 2.30pm(bergantung pada waktu Zohor). So, bila dah 12.45pm, semua memang bergegas ke Masjid.. Aku mmg selalunya sampai awal dkt Masjid, bukan sebab nk bentang sejadah or dgr Khutbah penuh.. tapi sbb nk menjamu selera dulu dkt luar Masjid, kalau ramai takut xde tmpt makan(niat dah terpesong nih). hehe~

So nak dijadikan cerita, time balik after settle Solat Jumaat. Disbbkan aku datang awal, so aku dapat ler Park dkt bahagian best(bawah pokok tepi jalan). So, kpd manusia2 yang datang lambat ni, terpaksalah parking blakang aku(Double Park). Bila aku sampai dkt kereta, ada bas dkt belakang kereta aku. Maknanya aku xboleh keluar selagi Driver ni xdtg.. Dalam hati aku fikir "Mesti dia datang awal punya, sbb dia double park", so aku pun tunggu..


Pandangan Sisi - Masa ni student2 dah menunggu. Driver xabis lipat sejadah lagi(agaknya).. Habis Pahala aku!


Pandangan Hadapan. Tiba aku teringat Telematch - "Bolos Saja Dinding Itu!!!"


Sambil tunggu terpaksa beli Nenas. Aku nk claim dgn Pak Cik Driver nih!!


Last2 sampai Imam pun dah lipat sejadah, Khatib dah mula prepare Khutbah next week.. driver ni xsampai2 lagi.. Masa ni kepanasan dah menyelubungi diri aku, ikut hati rasa nak bakar je bas nih!!(tapi ada polis kt jalan seberang, kena tembak plak aku nnt)..

Last2 around 2.15pm, baru Pak Cik Driver tu sampai sambil2 buat muka Blushing2 plak. Tension betul aku, ni terpaksa r aku Rushing balik office ni sbb dah lambat. Tp, luckily bos aku pun tgh bercuti di Bandung skarang ni.. Kalo tak,mesti aku dah "Pau" Pak Cik Driver Sirap Bandung secawan.. Geram mmg geram!!!, tapi walaupun muka aku ni ganas, aku xsampai hati(sbnanya takut) nak marah/sound2 org yang lebih tua. Apa yg aku boleh buat just bagi senyuman Sinis(kalau pak cik tu paham)..

Sebenarnya, apa yg aku cuba sampaikan kt sini. Kalau nak Solat Jumaat + Doa ikut Imam + Salam2 Imam + Solat Sunat + Bertayamum + Lipat sejadah dan lain2, silalah datang awal dan parking di tempat yang sesuai. Kalau2 rasa dah terlambat, and dah Double Park, lepas Solat, Doa2 sendiri then bangun ke kereta terus. Takde r org caci maki dkt luar Masjid, kesian kt diorg punya pahala habis mcm tu je.

So, kepada semua. "Tepuk dada, Tanya hati & Perasaan" ..
Daripada korang Double Park, lagi baik korang layan Double Cheese Burger. Lagi Syioook!!!


Tuesday, May 11, 2010

My 2nd Girlfriend.. Vending Machine

Macam Loser lah pulak tajuk Posting nih.. hihi~

Aku just nak share some piece of my life di Perusahaan Otomobil Kedua ni. Seperti yang korang tahu(kalau xtahu,buat2 tahu), company tempat aku bekerja ni mmg berorientasikan Jepon!! Nippon!! So, semua aspek kerja mmg diselitkan dgn term2 jepun mcm Pokayoke(bkn Pokemon), Kanban, Jundate, Hikarimono(bkn kari ayam.. mahupun kari daging) & byk lagi r.. Tapi satu benda aku mmg salute dkt Jepon nih, diorg memang sgt teratur & bersopan santun(tapi masa marah kena maki jugak!!)..

Ok, berbalik pada tajuk tadi.. Aku nk bercerita pasal Vending Machine yang mmg amat2 penting dalam kehidupan seharian aku dkt office. Kalau xde, mmg rasa hilang arah & punca r(over r plak). Tapi memang pun, dari pagi, sampai ke petang, memang banyak jugak aku menderma dalam Vending Machine nih. Kalau kumpul2 semua duit tu, cukup jugak lah nak bayar down payment Toyota Vios. =pOk, cakap banyak xguna. Aku tunjuk gambar kt korang;

Ni mesin Air, average harga 50sen -70sen. Tongkat Ali pun ada pada yg memerlukan.. hehe =p

Masuk duit, tekan2, dah siap Air Milo. 70 sen.


Yg ni plak mesin makanan. Mesin ni aku plg byk derma nih!! (nampak sgt aku selalu kebulur)


Ni mesin faveret aku!! mcm2 ada.. Nasi Lemak, Bihun Goreng, Mee Goreng, Hot Dog, Karipap, Roti Bakar.. next week mungkin masuk KFC plak..(Kelantan Fried Chicken).. haha~


3 Vending Machine ni antara yang paling banyak aku dermakan pendapatan aku. Tapi, yang paling penting utk guna mesin ni, korang kena prepare duit Syiling dulu r.. Duit kertas kadang xditerima.. worst condition kena telan terus duit tu(aku pernah terkena).. Pulangkan Wang Kami!!!

Tapi satu hari nnt, aku harap akan ada Vending Machine yang akan jual ;

TAKOYAKI!!! haha~

Joking! tapi kalau betul ada, confirm aku dah masuk lokap dah.. sbb ape? disabitkan kesalahan "Memecahkan Vending Machine & mencuri makanan"..

Tapi sebenarnya sama je, beli kat Vending Machine or dkt Cafe, cuma benda ni memudahkan sbb senang nak akses, murah & kadang2 nampak bergaya & cool(yeke?).

Ape2 pun.. Bacalah bismillah sebelum makan..(err.. ada kaitan ke dgn post ni?)

Monday, May 10, 2010

Student Life V.S Working Life

8.00 Pagi Slot Masuk.. 5.45 Ptg Slot Keluar.. (mungkin perlu extend jika bos tgh buat2 busy)
Isnin sehingga Jumaat.. (mungkin Sabtu & Ahad juga jika dipaksa dan terpaksa)
Diulangi setiap minggu dan kadang diselangi dgn cuti2 Perayaan.. (mungkin cuti perayaan pun kena kerja)

Inilah "Tipikal" working life selepas aku tamatkan dengan titik noktah pada Student Life. Bila dah kerja ni,teringat balik zaman2 study dulu..

1- Student Life ;
Tak perlu bangun awal2 pagi.. Even ada kelas pagi pun, kena bangun sekejap je utk capai telefon, then mesej dekat member.. suruh "Sign"kan attendance & roger kalau tiba2 ada kuiz mengezut.
Working Life ;Berani korang nak datang lambat?! Silap2 boleh kena "Tiket Displin" or worst condition kena potong gaji terus.. Hujung bulan cucuk duit dkt ATM, "Separuh Gajiku Pergi".. sbb dtg lambat.. hehe..

2- Student Life ;
Even ada kelas, tapi ada banyak "gap" antara subjek2 lain. So waktu2 "gap" ni sempat r jugak menenangkan fikiran. Bole r pegi cek Friendster & MySpace(zaman aku dulu facebook tak lahir lagi), bole pergi kacau2 gadis dkt kafe makan, bole pergi singgah karaoke Jamban. mcm2 lagilah..
Working Life ;
Nak cek facebook? friendster? Nak surfing guna Yahoo! utk tujuan kerja pun kena mintak izin dengan bos. Kalau tertangkap guna internet tanpa kebenaran, email(internal) kena blocked terus. Kejam x? (So aku harap korang paham kalo aku lambat reply komen korg =p)

3- Student Life ;
Xperlu nak over2 menyerlah dalam kelas, nak tunjuk pandai, nak jadi "desicion maker", nak mencapub, (kecuali korg nk impress awek's2). Korang just perlu study smart, pandai korek soalan2 last year, pandai goreng(xperlu pakai kuali ya) dalam dewan exam, pandai tiru2 org sebelah(jangan amalkan).. Insyaallah korang Graduate jugak in the end.
Working Life
;
Kalau korang amalkan aktiviti student life tu.. alamatnya.. sampai pencen nnt pun korang xnaik pangkat lagi.. Xnaik pangkat ok lagi, buatnya xnaik gaji?! Apa mahu bicara?? Working life memang memerlukan politik(bukan jadi ahli politik), kena pandai approach komuniti, kena mencapub, kena buat2 pandai(even xtau), kena pandai bodek bos(ini yg paling penting sbnanya, tp aku xamalkan), kena pandai buat2 sibuk(kalo x,korang dapat byk lagi kerja).. huhu~

Dimanakah anda? hehe~


Makin kebawah, makin banyaklah "Tahi" yang terpalit. Busuk wooo~~

Tapi, Working Life tetap ada satu speciality berbanding Student Life.. Hujung bulan, cucuk duit dkt ATM.. Masyuuukk~~(sebelum bayar hutang piutang r).. Student Life ada PTPTPu or JPA or biasiswa jek.. kalau tak pandai saving.. silap2 hujung bulan nak makan megi pun atas belas ehsan kawan2 jek(aku pernah lalui).. hehe~

Sebenarnya.. bergantung pada individu.. Yang penting pandai bawak diri.. Bak kata pepatah..

Masuk kandang Kambing Mengembek... Masuk kandang Harimau... lari r!! xtakut ke??!