Hafiz Ismi

Monday, October 14, 2013

Behind the Scene - Rayyan Mikail

My son dah almost 1 month, baru sempat nak mengadap blog yang usang bersawang ditinggalkan ni. huhu.

Orait, the story begins,
My wife(NF) telah selamat melahirkan Putera sulung kami pada tanggal 15 September 2013(1 day before Malaysia Day). POB di PPUM(Pusat Perubatan Universiti Malaya).
Nama yang terpilih/dipilih/diberi adalah Muhammad Rayyan Mikail bin Mohd Hafiz.

Sebenarnya, my wife due date adalah pada 17 September. Tapi disebabkan orang Malaysia ni mempunyai tabiat pelik untuk booking2 tarikh DOB, tarikh 16hb(hari Malaysia) & 17hb dah fully booked. Motif pilih tarikh tu? ntah.. mayb sebab nak bagi anak dia berjiwa Patriotik or nak letak nama anak Ahmad Malaysia kot. huhu.

Disebabkan hal tu, my wife diarahkan untuk menyerah diri on 15 September untuk di'induce'.. Oh, for your info, my wife ada sedikit Kencing Manis but On diet & because of that baby kena lahir on time(ikut due date) or sebelum due date.

Jadi, pagi2 buta dikala manusia semua masih diulit intan mimpi aku telah bersiap sedia dengan misi menghantar my wife & bb(dalam perot) ke PPUM. Pagi tu pecah laju (breakfast) pun tak lalu sangat. Resah, gelisah, mengelabah, labah-labah, semua perasaan ada. Sampai2 je dekat PPUM, my wife terus ditahan masuk labor room & disaat itulah segala hubungan/komunikasi telah terputus sebab masuk sehelai sepinggang sahaja. Aku dihalau diarahkan untuk tunggu di ruang menunggu. Masa tu jam menunjukkan pukul 8.00pagi.

Tak tau nak buat apa masa menunggu ni.
Nak Whatsaap, tak tau nak Whatsapp sesapa.
Nak main Candy Crush, asyik menang je(padahal baru level 3).
Nak cek facebook, semua pun tak update status lagi(semua tgh layan bantal lagi kot).
Nak makan, tengok makanan pun tak lalu.
Nak pergi toilet, tak terasa makanan nak dilawaskan pun.
Nak mengorat, takde awek cun pulak kat situ.

So, tunggu jelah tanpa buat ape2 disulami hati yang gundah gulana. Degupan jantung jangan ceritalah, masa aku main futsal 5 jam 5 minit tanpa henti dlu pun tak laju macam ni. Bibirku hanya disulami dengan selawat & doa supaya isteriku & baby selamat hendaknya.

Tepat jam 10.00pagi, aku naik atas & tanya status. Staff info that my wife dah bukak 4cm & standby mode/under monitor. Tak perlu induce pun, baby volunteer nak keluar sendiri.
Alhamdulillah, nampak jalan dipermudahkan.
Than staff tu kata, pukul 2.00 petang nnt boleh naik utk tanya status, but if ada apa2 diorang akan call me.

Jadi kembalilah aku ke ruangan menunggu dengan sedikit khabar gembira tetapi masih diulit keresahan. Sementara menunggu, Ibu & Ayah mertua aku pun dah sampai menemani aku yang keseorangan. Sampai Azan Zohor, aku tunaikan dulu kewajipan kepadanya dekat Masjid depan Hospital ni.

Tepat jam 1.59 petang, aku terus bergegas ke atas dengan Ibu & Ayah mertuaku.
Dan.. inilah scene/dialog yang terjadi:

Me: Wife saya macam mana?
Staff: Nurfarahanim ya? sebentar ye.
         (Nurse... Nurfarahanim macam mana sekarang?) tanyanya kepada nurse bertugas.
Nurse: Dia tengah menyusukan baby.
Me: What?
Staff: Hmm.. Takde orang call Encik ke tadi?
Me: WTH(belum sempat aku menyusun kata carutan 7 keturunan, baby dah keluar untuk diazankan, so aku bantutkan api kemarahan tadi)

Oh. Tuhanku. Allahuakbar.
Hanya Allah yang tahu perasaanku waktu pertama kali bertentang mata dengan my son(walaupun mata dia pejam masa tu).
Aku Azan disebelah telingan kanan & Qamat disebelah kirinya. Terasa sangat sebak sampai mengalir air mata masa tu. Tak tahu kenapa. Air mata gembira kot.


 IC sementara baby.


 Gambar beberapa jam selepas kelahiran


Hai Baby.. Hai Daddy..

Then kena halau arahkan turun balik & datang masa waktu melawat. Pukul 5.00ptg to 8.00malam.

Sementara menunggu, my Mak, Abah, Opah, Makcik, sahabat taulan dah sampai untuk serbu anak/cucu/cicit/anak buah pertama mereka.

Riak kegembiraan semua masa tu adalah saat yang sangat indah. So priceless.
Alhamdulillah my wife selamat melahirkan secara normal. Xperlu induce.
Jutaan terima kasih to my wife kerana melahirkan putera sulung kami dengan segala keperihan/kesakitan/kesusahan seorang Mak/Ibu/Mommy.
Komunikasi dengan baby masa dalam perut sangat penting, bagi dia faham & mintak tolong dia berusaha untuk keluar kedunia Allah ini.

Alhamdulillah.

Its Official




2 comments:

sheequeenzz said...

Tahniah bro...welcome to the club...
Lagi 'best' kalau ko masuk sekali time dis deliver tu tau

Hafiz Ismi said...

Thanks. hihi.
Next time maybe akan masuk skali.
PPUM xboleh masuk, next time nak masuk Prvate. Inshaallah.