Hafiz Ismi

Tuesday, October 11, 2011

Weekend Theraphy - II

From Left: Iejan, Ikhwan, Rafi, Adham Mama, Bob & Me
Photographer : Alipz


Karok layan lagu sedih lepas tgk Bil dkt tangan


Mama dah High(ke down?)!!


Rafi xnak Kalah! High jugak!!


Alip dengan penampilan sulungnya~


Bob dengan Handphone terbarunya. Blackberry Bold 5's


Ikhwan dgn Pose menggoda~ (tgn didada, mata keatas)


Bob & Mama @ SEED Cafe. Perbincangan Belanjawan Malaysia.


Rafi yang xpeduli sape2 lepas dapat Angry Bird @ I-Pad 2


P/s: Hmm.. Memang terserlah ke'malas'an aku utk Entry kali ni. Hadoilah~

Thursday, October 6, 2011

Tolong! Awek aku Pontianak!

Dikala kehangatan cuaca yang me-nyahidratkan molekul2 air dalam badan aku ni, aku terpanggil(ada panggilan ke?) utk tgk cerita ni. "Tolong! Awek aku Pontianak". Dengan harapan dapat melangkaui detik2 masa dengan cepat supaya boleh cepat "Berbuka Puasa"(mcm budak2 puasa plak aku nih). haha~

So,mcm biasalah. Kalau dah cerita Melayu, mesti akan timbul pandangan skeptikal & sinis terhadap Filem Melayu walaupun oleh org Melayu sendiri. Kalau xbanyak, mesti ada sikit2 kan? kan? korang yg Melayu2 tu jangan tipu eh.. sbb aku pun xterkecuali.. hehe..

This is official Poster utk Filem ni!

Cerita ni sebenarnya mengisahkan tentang sorg Mamat Loser iaitu Bob(lakonan Zahiril) yang lembab,slow,selalu kena buli,selalu kena tindas,selalu kena tipu & mcm2 selalu lagilah. Kenal x Zahiril ni? lor.. yang berlakon jadi Daim mamat sayur dalam Juvana tu? Kenal kan? kan? hihi.. Actually, aku pun xfaham kenapa si Zahiril ni asyik berlakon jadi Loser jek. Sbb jambu sgt kot~

So, nak dijadikan cerita, si bob sama2 dgn housemate dia(Pian) menginap dekat Apartment yang xramai penghuni. Kalau ada pun just mamat2 international (Negro,Nepal,Bangla,Myanmar dan Indonesia). Then,kebetulan diorg ni berjiran dgn Maya(Sazzy Falak) & Liyana(Liyana Jasmay). Kawan punya kawan punya kawan, then tiba2 timbul rasa cinta antara Bob & Maya ni.

Babak2 Sweet 1st date. (Even date dgn Pontianak)

Padahal, Maya & Liyana ni sebenarnya Pontianak. Tapi dah pencen dari minum darah manusia lah. Thats why diorg boleh bergaul sama2 manusia biasa. So, konflik bermula bila Maya nak berterus terang dgn Bob ttg sape diri dia sebenarnya, sbb masa ni Maya mmg dah "Fall in Love" kaw.. kaw.. dgn Bob.

Ending dia? hmm.. aku rasa better korg tgk sendiri kot.. Xbestlah kalau dah tau Ending kan? huhu~

Wujud lagi motor mcm ni eh?


Costume Party! (err.. siapa yg pontianak sbnanya nih?)

Kesimpulannya cerita ni Best! Cerita ni ringan & santai, sesuai utk ditonton dikala perot2 tgh keroncong sbb xmemerlukan korg utk memerah keringat & otak utk faham jalan cerita. Banyak elemen2 lawak yang diselitkan dalam cerita ni sbb diserikan oleh Harun Salim Bachik(Aaron Slam Bach) & Bell. Pelakon2 yang lain pun berlakon dgn santai & berkesan(termasuk mamat Negro yang buat cameo).

Lakonan Sazzy & Zahiril pun sangat sweet. Sazzy macam sangat comel/cute plak dalam cerita ni(walaupun jd Pontianak). Aku 1st time tgk Sazzy berlakon sbnanya. huhu~ Watak Zahiril aku xperlu komen kot, sama je mcm watak2 yg dia lakonkan dalam Juvana tu.


Dracula & Avatar yang Sengal

Aku rekomen cerita ni utk korang tgk. Boleh ke Pawagam or langgan Astro First! atau download je~
Sambil2 tunggu time berbuka tu, bolehlah layan cerita ni utk buy the time. Tapi, dont expect to much, just expect hiburan ringan. Dont expect cerita seram pulak ye? mmg xseram langsung tau! haha~

Rating:
Jalan Cerita : 3/5
Aksi: 3/5
Komedi: 4/5
Pelakon: 5/5
Sazzy Falak: 10/10! haha~

Ok. Enjoy~