Hafiz Ismi

Showing posts with label Special Event. Show all posts
Showing posts with label Special Event. Show all posts

Monday, February 18, 2013

Bersantai Ditepi Pantai

Langkawi 2013

Flight - Pergi


 Hotel - Awana Porto Malai Ali


 Kereta Kuda Kami


 Around Hotel #1


 Shopping Coklat - Hj Ismail


 Pantai Cenang


 Dinner - Ape ntah nama Restoran nih


Around Hotel #2


 Around Hotel #3


 Flight - Balik

Bye-bye Langkawi


p/s: Nampak sangat dah kemalasan aku meng'update' blog ni. Hadoi. T.T

 

Tuesday, October 11, 2011

Weekend Theraphy - II

From Left: Iejan, Ikhwan, Rafi, Adham Mama, Bob & Me
Photographer : Alipz


Karok layan lagu sedih lepas tgk Bil dkt tangan


Mama dah High(ke down?)!!


Rafi xnak Kalah! High jugak!!


Alip dengan penampilan sulungnya~


Bob dengan Handphone terbarunya. Blackberry Bold 5's


Ikhwan dgn Pose menggoda~ (tgn didada, mata keatas)


Bob & Mama @ SEED Cafe. Perbincangan Belanjawan Malaysia.


Rafi yang xpeduli sape2 lepas dapat Angry Bird @ I-Pad 2


P/s: Hmm.. Memang terserlah ke'malas'an aku utk Entry kali ni. Hadoilah~

Thursday, June 17, 2010

Blog V.S World Cup

Blog kembali bersawang.. Hadoilah~~

To all my beloved followers & bloggers, sorry kalau aku xsempat reply komen2 yang korang jatuhkan(drop) dkt page aku ni. Aku amat2 menghargai komen2 yang korang berikan..

Lately, aku mungkin teralu addicted dgn World Cup. Balik je rumah, makan2+mandi2+lepakz, terus ke kaca tv. Al-maklumlah, 4 tahun sekali. Plus, aku baru melanggan pakej "Astro Beyond", memang layan beb!! Kepuasan tak terhingga, sehingga menjilat skrin tv. hehe~

Actually, aku bukan die-hard fans mana2 negara pun. Tak macam EPL, aku mmg die-hard fans Manchester United. Tapi layan jugak tgk team2 dari Asia mcm Jepun, Korea Selatan & Korea Utara. Kalaulah Malaysia layak ke World Cup.. Lagu Negaraku berkumandang di Afrika Selatan.. Indahnya~~ Aku harap, aku sempat tgk Malaysia masuk World Cup before aku kiok! =p

Ohh.. btw.. aku sangat tertarik dengan Jersi New Zealand. Simple, Kemas, Suci, Bersih, Wangi(ada bau ke?). Sekali tgk terus berkenan. Aku rasa xramai lagi rakyat Malaysia yg beli Jersi ni kot. Sooo... Aku akan segera dapatkanya di pasaran..

Stylo mylo cool!!!


P/s: Ada sesiapa yang ada no kontek/link/kabel/kedai upown yang bole dapat jersi Gred 4A ni? Pm aku pliz~~ tq~~

Friday, June 4, 2010

Malam Bersama Search - Define

Dah 1 week aku nak post pasal entry nih.. Delay.. punya delay.. punya delay.. last2 harini aku gagahkan jugak nak menaip papan kekunci ni. Moral of the story : Jangan buat kerja bertangguh. =p

So, kembali kepada tajuk asal. Last week, aku dapat tiket ke Konsert bersama Search secara percuma!! diulangi.. secara percuma!! Special thanks to Kak Azzah(office mate) sbb mendermakan tiket ni kat aku. Actually, dia pun xtau mcm mana dia boleh dapat tiket tu by pos.. Ahhh!! Yg penting aku dapat tiket Free!! Belek2 tiket, ada gambar band Hujan & Meet Uncle Hussain as jemputan.. Perghh.. aku mmg dah lama mengidam n tgk diorg ni perform secara life.

Oh.. Lokasi Konsert ni dkt MIECC (Dkt sebelah Mines Wonderland). Aku sampai dkt situ area pukul 6.30pm. Tapi masa ni pun dah penuh gerombolan2 manusia dari segenap kawasan, gaya dan usia. Padahal konsert mula pukul 7.30pm. First2 yg aku nmpk, ada 3 jenis manusia yang hadir kt konsert ni;

Golongan Pertama : Peminat Fanatik Search (mostly otai2(tua), rambut ala2 gerbang2)

Golongan Kedua : Peminat Indie Band(Hujan & MUH) - Remaja2 dgn gaya EMO dan gaya rambut pelik dan tak diterima akal(mcm mana diorg buat rambut cacak2 mcm kaktus tu eh??)

Golongan Ketiga : Universal Listener & Dtg pun sbb Tiket FREE & Jalan2 cuci mata - (aku dalam golongan ni).. hehe~

Amoi2 Promoter dari pandangan Belakang(Pandangan Depan xdpt disiarkan atas sebab Blog in dalam Kateori Umum(U))


So sebelum masuk tu kena beratur panjang.. serius panjang.. teringat zaman2 asrama dulu masa beratur ambik makanan dkt dewa makan.. Abg2 & Kakak2 security akan check whole body sambil meraba2(siot betu) in purpose takut ada yg bawak parang, senapang mahupun lastik.

Suasana sebelum Konsert (Semua tgh takde hala tuju selain dari makan sandwich & Pepsi Lemon FREE flow!!)

So akhirnya dpt masuk dalam Hall. Sementara nk tunggu Amy Search tengah make up, Noh Hujan tengah Mandi & Black tgh minum Pati Innershine, aku menjamah juadah yang telah disediakan secara percuma - Sandwich & Pepsi Lemon. Hmm.. Not Bad!!(maybe sbb Free kot, so aku xkomen).. =p.

Oh.. Ada satu insiden memalukan dan memualkan telah berlaku. Actually sebelum konsert kena isi form survey. Dlm tu ada soalan "are u smokers or not", so utk nampak Cool(cool ke?), aku & my GF mengaku je as Smokers tegar Gudang Garam!! Rupa2nya, utk smokers ada special tag(gelang) dkt tangan yg kena pakai before masuk hall.

Masuk2 je dalam Hall, kena terjah dgn Amoi Promoter utk beli rokok. Err.. Aku tergamam seketika(poyo btul) sbb kena beli rokok eh bukan sbb tgk Amoi tu. Aku nk beli tp nk buat ape?? aku xsmiking!! Nk sedekah kat orang miskin ke? So.. Aku pun tpaksa men"cover" malu.. "Err.. Miss, sorry.. im thinking of quitting now.. So thanks".. Amoi tu gerak je, aku & my GF sepantas kilat koyakkan tag(gelang) smokers tu.. Memang memalukan!! haha~

Konsert mula around pukul 8.30 setelah aku kembung minum Pepsi Lemon. First band yang buat show is MUH + Hazama + Black Mentor. Komen aku: Memang best diorg perform, suara Hazama pun boleh tahan jugak utk ganti Lan(Typewriter) cuma last2 tu nampak mcm nk tercekik sgt dah. Tp, overall is ok. Last lagu diorg nyanyi - Drama King - Feat Black Mentor. Lagu ni yg aku nk dgr sgt2 sebenarnya.

Meet Uncle Hussain, Hazama & Black Mentor

Second Band yang perform is Hujan. Yang ni pun best!! Semua band members memang energetik, berpusing2 atas pentas(aku harap korang x amik Drug). Lagu2 diorg pun mmg dah sebati(means boleh sing along r). Overall is Superb!!

Noh nampak berisi masa konsert ni (Awak Busuk!!)

Last band yang perform is main actor yang ditunggu-tunggu. Search!! Tapi.... aku xsempat tgk, sbb nk hantar GF balik rumah.. dah lewat malam. Plus dia kena pergi Kursus PTD kt Terengganu on the next day. Mode=Pasrah. T.T

Gambar Search dari jauh (Snap sambil nangis.. T.T)

Sooo... Secara keseluruhannya.. Aku berpuas hati dgn konsert ni. Xde orang buat haruk piruk, baling botol or mercun, semuanya teratur. Plus dapat cenderahati, Lighter, Sticker and mcm2 lagi. Hadiah2 cabutan bertuah pun mantap2.. Blackberry(bkn blueberry CSL), PS3, Gitar Ibanez dan lain2, makan & minum free-flow, Amoi Promoter Cun2 & Comel(perlu mention ke?), and.. Tiket yang aku dapat ni pun FREE..

Hopefully, sape2 yang nak bagi Tiket Konsert FREE kt aku, please drop your phone number eh.. =p


Sunday, April 25, 2010

Konserto Terakhir

Pertembungan 3 Konsert Terbesar akan berlangsung di Malaysia 1hb May 2010 ini~

i- Mega Konsert UNGU - by Digi
ii- Double Trouble (Search & Wings)
iii- Tokio Hotel - feat Bunkface & Pop Shuvit - by TM
Aku pun xtahu kenapa semua konsert nk buat dkt tarikh tu. Sempena Labor Day ke?(Apakah kaitan?!) hehe?

By the way, aku dah berjaya mendapatkan 2+1 tiket ke Konsert UNGU.. Disebabkan ada promotion Buy 2 Free 1 khas utk Digi customer, kelam kabut jugak r aku melilau pegi cari starter pack Digi & H/phone second hand semata2 nk dapat promotion tu.Nak dijadikan cerita, sampai2 je dkt Rock Corner, The Gardens. H/phone second hand tu "Kong" terus.. Siot btul r.. Mcm mana aku nk buktikan aku pelanggan DIgi yg Loyal nih??! Nasib baik Staff dia nmpk sinar2 keikhlasan di mata aku, so then dia bagi jugak promotion 2+1 tu.. Fyuuhh.. Lega, kalo x.. mana plak nk melilau cari h/phone second hand dkt Gardens nih.. hehe..


Actualy, last 3 weeks dh ada member aku ajak pergi konsert Double Troube -Wings & Search tu, tapi aku xbrape minat r Rock Kapak nih.. Hati aku xbrape Kapak kot, ada Taman jek.. Lagipun aku xhafal lagu2 diorg ni, xkan aku nk "miming" je kot..

Tapi utk kes Tokio Hotel ni, teringin gak nk pergi sbnanya lps terdengar lagu2 diorg. Syiok jugak lagu2 diorg nih - "Automatic", "World behind My Wall", plus utk konsert tu ada Bunkface & Pop Shuvit(antara band2 Malaysia yg aku minat).. Tapi apa bole buat, hatiku dah lama bertaut pada UNGU, lagipun my GF pun beriya2 nk tgk UNGU(GF perlu diutamakan maa..), So, later r Tokio Hotel, semoga kita berjumpa dia lain masa.

So, for those yg still xde aktiviti on Labor Day ni, pilih r salah satu yg berkenan dihati sempena hadiah utk diri sendiri kepada Pekerja2 mcm kita ni. Sekali sekala kan.. hehe~

Ok, that's all, aku nk try hafal lagu2 UNGU before konsert dia nih. So that, boleh sing along skali bila dia mtk nnt(kalo xmintak jgn pandai2 nk nyanyi, xpasal2 kena hempuk nnt)..

Orait, see u there~~