Hafiz Ismi

Friday, December 31, 2010

Harimau Malaya kembali Mengaum!!

Auuuummmmmmmm!!!!!! Harimau Malaya kembali MENGAUM setelah beberapa belas tahun sakit gigi.


Rasanya.. Mungkin dah terlambat utk aku menulis tentang kegemilangan yang sedang dikecapi Skuad Harimau Malaya. Tapi, aku nak ulas jugak, sebab after this belum tentu lagi kita dapat menang lagi(takut jadi fenomena Hafiz Hashim).


Piala AFF Suzuki 2010 (formerly known as 'Piala Tiger')


Skuad EMAS Harimau Malaya


Para Penyokong Malaysia - Tanah tumpahnya Darahku

Secara keseluruhannya, aku berpuas hati dengan corak permainan skuad kebangsaan. Sebenarnya, aku dah lama mengikuti skuad MUDA kebangsaan ni(skuad TUA aku xambik tau!). First game aku tgk diorg main masa lawan MyTeam(Musim 1st). Masa tu aku pergi stadium dgn harapan MyTeam akan kalahkan Skuad Kebangsaan sbb dah Fed-Up dgn aksi lemah gemalai diorg(skuad TUA).

Tapi, last2 xjadi lawan skuad TUA atas alasan ada game dekat Singapore(sengaja cari alasan & dkt Singapore pun kalah jugak!). LOSER!!

Guess what, aku macam terkejut tgk performance skuad MUDA(bwh 23). And start from that date, aku follow perkembangan player2 ni. Antara yang popular dah tentulah adik beradik kembar (Aidil & Zakuan)


And utk Piala Suzuki AFF kali ni.. Ada beberapa player & coach yang mencuri tumpuan.

Coach - K.Rajagopal : Masa mula2 perlantikan dia ni, aku xyakin langsung prospek Skuad Kebangsaan. Maybe sebab aku dah 'tawar hati' dgn Coach Local. Semuanya xkemana, contoh terbaik : Norizan Bakar-> Skuad Malaysia paling Longlai yg pernah dibentuk.

Rajagopal bijak mengatur strategi & memilih pemain. Aku kagum dgn abiliti dia utk pupuk skuad muda. Maybe sbb sebelum ni dia latih Skuad U-23. Plus dia sgt tenang bila bila berdepan dgn press conference.



Forward - Norshahrul Idlan Talaha : Mmg tidak dinafikan, skill individu dia ni sgt tinggi. Rasanya tak keterlaluan kalau aku cakap dia adalah Arkitek serangan Skuad Harimau Malaya. Masa Sukan Sea yg lepas aku dah nampak skill dia ni, tapi maybe masa tu dia ditenggelami oleh Zaquan Adha yang lebih kacak. ehh.. lebih Popular.



Striker - Safee Saali : Abang gagah ni memang dah terkenal sejak dulu. Selalu jaringkan gol tahap2 EPL. Tapi dia ni selalu pasang surut, thats why xberapa popular. Walaubagaimanapun, gol Safee Saali memang WORLD CLASS terutamanya Gol masa 2nd Leg dkt Stadium Bung Karno. Mcm Gol Rooney beb!! Tahniah sbb dapat Kasut Emas(Penjaring Terbanyak).



Goalkeeper - Khairul Fahmi: Aku xsangka Malaysia ada keeper sehebat dia ni. Walaupun dia xbrape tinggi utk pakej seorang Goalkeeper yg ideal. Tapi speciality dia ni adalah dia sangat Tenang! Sgt Cool! Plus reflexes dia sgt laju. Aku boleh bagi 19/20 utk reflexes. Aku berharap sangat dia ni boleh kekalkan prestasi dia, sbb takut dia hanyut lepas ni sbb nama dia dah bermain2 dibibir2 wanita Malaya skrg ni. Twitter dia tempat ke-5 dalam dunia skrg. Artis beb!!


Rio Ferdinand - Man Utd/England Captain turut memuji Malaysia!! Thanks Abg Rio!!


Last but not least, aku berharap sangat sangat sangat.. yang Skuad yang ada sekarang ni boleh maintain performance macam ni & kalau boleh pertingkatkan lagi. Semua player dalam lingkungan 19-23 tahun secara average. So, kalau dipupuk dengan cara/method yang betul, tak mustahil Malaysia tersenarai utk World Cup di Qatar nanti.

Aku harap, aku sempat tgk Malaysia di World Cup sebelum aku menghembuskan nafas terakhir.


MALAYSIA BOLEH!!! MALAYSIA BOLEH!! MALAYSIA BOLEH!!


3 comments:

Syeeda Sobbihi said...

malaysia boleh!! yeayy!

nur aisya humaira said...

giler kentang dieorg ni...
nme terus naik kn...??:)

Hafiz Ismi said...

Malaysia Boleh!!!

Diorg ni pun mmg boleh!! Gilaa KEntang!! haha~