Hafiz Ismi

Wednesday, April 25, 2012

Wordless Wednesday #7

Tuesday, April 10, 2012

Dari Seberang Sana

Safee Sali bercerai??

Penuh dimuka2 akhbar terkini dengan Headline tersebut. Dari Akhbar rasmi Malaysia iaitu Berita Harian & Utusan Malaysia, sehinggalah ke Akhbar xberapa nak rasmi seperti Bacario, Metros, Kosmas(semua bukan nama sebenar).

Bila terpampang berita tersebut. Secara automatiknya otak/minda org Malaysia yang sememangnya dikenali dengan kekreatifan, kebijaksanaan, kehandalan, kegeligaan dan bermacam2 'ke' yg lain mula memproses andaian2 tersendiri.
Antara andaian paling popular(tidak disusun mengikut turutan populariti) :

i) Safee Sali mula lupa daratan sbb dah Kaya(Jutawan tu beb)
ii) Safee Sali dah jumpa Gadis Indonesia persis Dian Sastrawardoyo, Revalina, Mulan Jameela, Ahmad Dhani.. eh.. err.. dan yg sewaktu dengannyalah.
iii) Isteri Safee Sali tak berminat menetap di Indonesia(culture shock maybe)
iv) Lu pikirlah sendiri..

Ape pun yang terjadi, aku mengharapkan yang terbaik untuk Striker Kebangsaan kita ni. Semoga dia cepat recover & terus cemerlang utk membangunkan Bolasepak Malaysia.

Ok. Fullstop. Berdiri teguhnya blog post kalini(walaupun dah beberapa bulan kegersangan)
bknlah sbb nak cerita pasal Safee Sali. Tapi aku nak story mory skit tentang apa yang aku rasa menarik tentang Indonesia(Bandung secara khususnya).


1- Syurga membeli belah Fabrik & barangan Kulit

Baju segala Superhero ada. Keluang Man & Cicak Man je yg tak dijumpai


Toko Tiga. Barangan Jeans mmg murah bangat disini sih~


Pasar Baru - Ini syurga utk Kaum Ibu & Wanita. Segala jenis Kain ada,tmasuk Kain Kafan.


Terminal Tas. Barangan Kulit mmg murah bangat.


Aku grab 2 dompet Braun Buffel dkt sini =)


Donatello. Pilihan hati. hihi~


Xingat nama kedai ni. Serius murah,tp aku xbeli sbb Rp sudah kering. T.T


2- Makanan Superb Sedap. (walaupun aku ceri beri masa final day,sbb perubahan cuaca kot =p)

Nasi Padang (yeke?) Blasah jelah. Aku suka sambal yg warna hijau tu.


Satay.. hmm.. Xigt nama satay ni. Tp sedap! Dgr cerita ada dkt Kg. Baru jgk.


Buah2an memang Best kat sini. Manis, Lemak, Likat Pekat dan lain2.


Kartika Sari - Kek Cheese Pisang memang terbaeeekk!!


Nasi Goreng Kucing? errr.....


3- Theme Park!!

Trans Studio. Kitorang xsempat masuk. Ambik gambar pun jadilah~~


4- Hasil Kraf Tangan Unik, cantik, menarik & tertarik.

Roarr!! Harimau Indonesia!!


5- Kad Resepsi Perkahwinan Funky & Murah!=)


So, itulah serba sedikit yang aku dpt kongsikan. Ini just berdasarkan pengalaman on my trip last year. Ini pun hanya mencakupi area Bandung sahaja.

Jadi, secara kesimpulannya. Inikah sebabnya Safee Sali sgt sukakan Indonesia? Aku pun xtahu.
Korang buatlah andaian sendiri plak yek. =p



Wednesday, April 4, 2012

Wordless Wednesday #6

Monday, April 2, 2012

Sentapan Rohani


Ehh? Dah Bulan April?
Rasa mcm baru je sgt masuk new year 2012. Hmm.. Akhir Zaman kan.. Masa semakin pantas berlalu meninggalkan kita.

"Demi masa, sesungguhnya manusia dalam kerugian. Melainkan yg beriman dan beramal soleh"

Wahh.. Islamic post aku kali ni. Maybe boleh try masuk Imam Muda 3 ni. haha~ =p

Hmm.. Sedar xsedar, usia semakin bertambah.
Setiap kali masuk Tahun baru, semua org berpusu2 seperti Lembu masuk Kandang pergi meraikan Tahun Baru sambil berteriak "Happy New Year!!", bertepuk tangan sambil melihat percikan Bunga Api, Mat Rempit menyajikan persembahan xberbayar tersenyum bangga bsama gadis yg dibonceng. Itukah maksudnya Tahun Baru?

Aku? Setiap masuk tahun baru, sel2 otak mula rancak bekerja memikirkan apa yang aku telah capai tahun lepas? berbaloikah? Sepadankah dgn usaha penat jerih? Aku dilandasan yg betul? Bahagiakah aku?

Hmm.. Soalan lebih banyak dari jawapan. Tdk sama dg lagu Najwa Latif "Banyak soalan banyak juga jawapannya"

Hidup xseindah lagu dan drama kan?

Aku terkesima dengan teguran dari rakanku tempoh hari. Perbualan yang pendek, dalam masa yang pendek, tapi buat aku berfikir panjang.

Tegurnya: "Aku masa mula2 nak mula hidup dulu,starting dgn gaji RM600/bulan, tp isteri & anak2 aku cukup makan & hidup bahagia.ini bukan cerita 15 tahun lepas,ini kisah 3-4 tahun yg lepas je. Jgn perkecilkan tuhan dgn mengatakan rezeki yang diberikan tidak cukup, yakinlah bahawa tuhan telah sediakan/tetapkan Rezeki utk setiap hambanya"

Serius aku tersentap dari lamunan. Sehingga kini.. ya..
~~

Lovely Gift from My Lovely Dear

Speechless... Let's the Picture do the talk.





Thanks so much my dear <3