Hafiz Ismi

Sunday, June 10, 2012

Home Sweet Home #1

Alhamdulillah...
Setelah sekian lama penantian yang penuh dengan rintangan, dugaan, emosi dan yang sewaktu dengannya, Kunci Rumah yang ditunggu2 telah sampai dalam dakapan.

Actualy, last week dah dapat kunci ni. Tp disebabkan banyak agenda yang telah dirancang & tidak dirancang, this week baru berkesempatan nak menjengah tgk keadaan rumah.

Rumah Teres setingkat je sebenarnya, ini je yang termampu nak dibeli oleh seorang 'Salary Eater'(makan gaji) macam aku ni didalam arus pemodenan & ke'apung'an harga hartanah yang melampaui batas pemikian manusia normal. Tapi aku tetap bersyukur sebab inilah Rezeki yang Tuhan beri pada aku dengan titik peluh sendiri buat masa ni. Alhamdulillah.
So, berbalik pada lawatan & inspection terhadap rumah tadi. Masuk2 je rumah, memang rasa teruja lah then terus check semua sudut, siling rumah, lantai, toilet, master bedroom, pintu & lain. Semua ni kena check siap2 so that boleh claim balik dengan pemaju untuk segala defect

Oh, for your info, rumah ni 1st hand(rumah baru), tapi disebabkan ada beberapa masalah dengan pemaju sebelum ni, rumah ni dah terbiar agak lama & makan tahun jgklah. So,thats why aku kena check segalanya, takut ada masalah dikemudian hari. Yelah, rumah nak pakai lama kan, hutang pun sampai pencen baru habis bayar. hehe~
So far, xde major defect. Cuma ada sikit defect at siling toilet, siling belakang rumah & ada beberapa ekor lipas mati dalam toilet. haha~


Inilah keadaan Hall yang penuh kekotoran

So, slps habis sesi inspection, sekarang tibalah masa untuk sel2 otak berfikir untuk proses2 renovasi & inovasi bagi mencantikkan rumah. Disebabkan rumah teres setingkat ni 'Ruang Tamu'nya kecil dan memanjang, so kena pandai main dengan pencahayaan, pemilihan perabot, warna & pembahagian ruang bagi memastikan rumah xserabut & nampak sempit.

Macam2 Idea dah bermain & berlegar dalam Minda ni, cuma kena selaraskan dengan Budget la pulak. Almaklumlah, budget ciput je. So, kena bijak berbelanja secara berhemahlah nampaknya. huhu~

My 1st step is nak buat Plaster Ceiling dulu. Ada beberapa design yang aku dah shortlist & bersesuaian dengan saiz & ruang hall yang memanjang. Kontraktor pun dah ada beberapa yang di'shortlisted'kan, keutamaan diberikan pada yang hasil buatannya kemas dan pastinya masih dalam Budget lah kan. hihi.

Balik dari inspection tu, terus bergerak pegi Kedai Lampu(punyalah xmenyempat kan). Aku lukis design yang aku nak buat tu pada Tokey kedai Lampu tu, then dia ada suggest idea yang agak menarik untuk aku praktikkan. Sbb selama ni aku asyik fikir the best colour of light dalam rumah, bagi aku colour ni mainkan peranan mengikut emosi2 tertentu. Kadang2 aku suka duduk dalam keadaan lampu Kuning malap, kadang2 suka lampu Putih terang, kadang2 suka xde lampu. Haha~

Tp, dengan idea & suggestion dari Tokey kedai tu, semua kekusutan dah dah terlerai & terburai dari fikiran. Yeay!


Inilah sebahagian dari lampu2 yang dibeli.(sila abaikan kotak dapur tu). =p

So, setakat ni sampai sinilah dulu. Kalau dah siap segala nnt, aku attachkan gambarnya sekali. Harini maybe nak pergi Nagoya Textiles plak, nak beli Langsir. Next entry, bercerita pasal langsir pulak ok. hihi.

Orait.


9 comments:

sheequeenzz said...

hafiz..selamat menempuh fasa-fasa yang memeningkan minda especially bab-bab budget and kerenah si tukang buat umah...slow-slow beb...beli umah kat mana ni?

Hafiz Ismi said...

Tq Sheequeen~

Hehe. Tulah, sekarang ni dah mula terasa bahangnya. Banyak bermain dengan emosi ni nanti. huhu.

Rumah Area2 BB ni je yg aku mampu, dkt Exit Tol BB. Area2 Sukho Thai tu.

FaRah k'dEeN said...

untung lah awak kan..hehe~

FaRah k'dEeN said...

untung lah kamu..hehe~

Hafiz Ismi said...

Untunglah kamu jgk kan~ =)

sheequeenzz said...

oh bro, umah dekat adenium tu ka? aku pernah pergi rumah akak logistic tu, rosmawati tue..rsnya umah dia kat sana...eloklah, ko dah ada umah before nak kawen...

sheequeenzz said...

adenium eik? oklah tue..dah ada umah before kawen..slow2 deco..

Hafiz Ismi said...

Aah. Rumah mcm Kak Watie tu. Sejibik. hihi.
Tulah. Alhamdulillah. Ada rezeki aku utk ada Rumah sendiri. huhu~

FaRah k'dEeN said...

untunglah ada umah sendiri sebelum kawin :P