Hafiz Ismi

Saturday, June 26, 2010

U like it or not.. This is Life~

Dah 2 weeks xupdate Blog.. Hadoilah.. Susahnya nk maintain momentum blog ni kan..

Lately byk sgt berfikir.. berfikir utk masa depan, kehidupan, muhasabah diri sendiri, kepuasan diri, matlamat hidup dll. Semakin meningkat Angka yang mewakili Umur kita, semakin byk & berat benda/item yg kita kena fikir.

Tiba2 rindu zaman2 "Makan Tanggung, Berak Cangkung" dulu.. Masa tu perlu fikir utk belajar.. belajar.. & belajar je(even byk gak fikir benda2 lagha yg lain).. But, i think this is Life!! & kita perlu hadapinya dengan bijak & sabar.

Actualy, aku xnk ,masukkan posting2 emosi cmni dalam blog. Tapi kali ni terlepas plak. Sori r to my beloved follower & bloggers yg melawat kalau xsuka/xberkenan posting ni.


Oh.. Meter kereta aku dah mencecah ke angka 50'000 KM dalam masa 2 Tahun. Bole dibanggakan or x nih? hehe

KM ke 50'000, Syabas!! Syabas!!


P/S: Aku pun xpasti apa moral of story posting kali ni.. =p

Thursday, June 17, 2010

Blog V.S World Cup

Blog kembali bersawang.. Hadoilah~~

To all my beloved followers & bloggers, sorry kalau aku xsempat reply komen2 yang korang jatuhkan(drop) dkt page aku ni. Aku amat2 menghargai komen2 yang korang berikan..

Lately, aku mungkin teralu addicted dgn World Cup. Balik je rumah, makan2+mandi2+lepakz, terus ke kaca tv. Al-maklumlah, 4 tahun sekali. Plus, aku baru melanggan pakej "Astro Beyond", memang layan beb!! Kepuasan tak terhingga, sehingga menjilat skrin tv. hehe~

Actually, aku bukan die-hard fans mana2 negara pun. Tak macam EPL, aku mmg die-hard fans Manchester United. Tapi layan jugak tgk team2 dari Asia mcm Jepun, Korea Selatan & Korea Utara. Kalaulah Malaysia layak ke World Cup.. Lagu Negaraku berkumandang di Afrika Selatan.. Indahnya~~ Aku harap, aku sempat tgk Malaysia masuk World Cup before aku kiok! =p

Ohh.. btw.. aku sangat tertarik dengan Jersi New Zealand. Simple, Kemas, Suci, Bersih, Wangi(ada bau ke?). Sekali tgk terus berkenan. Aku rasa xramai lagi rakyat Malaysia yg beli Jersi ni kot. Sooo... Aku akan segera dapatkanya di pasaran..

Stylo mylo cool!!!


P/s: Ada sesiapa yang ada no kontek/link/kabel/kedai upown yang bole dapat jersi Gred 4A ni? Pm aku pliz~~ tq~~

Tuesday, June 8, 2010

Worst Movie of 2010

Salam All bloggers~

Dah naik bersawang blog ni, lately aku sibuk sikit dgn aktiviti2 duniawi ni. Al maklumlah, dekat Office xde internet connection, then bila balik rumah dah flat(bukan rumah flat yer). So, hari ni aku nk buat posting pasal Movie paling Sampah Sarap yang aku pernah tgk setakat 2010 ni.

Tajuk : Vanquisher (Made in Thailand)

Actually aku tgk movie ni last weekend dgn member2 ex-UKM dulu. Xpernah terlintas pun nk tgk movie ni walaupun, tp disebabkan semua member2 aku ni mmg Kaki Wayang ERA, so semua movie latest & best2 dah tgk. Yang tinggal just Andartu Terlampau & Vanquisher nih. Disebabkan majoritinya anti movie buatan Malaysia. Vanquisher menjadi pilihan hati(masa ni still xtau sinopsis cerita ni). Bila tgk poster, first impression; nampak macam mantap!(cerita, bkn pelakon tu =p), plus cerita ni 18SG(Confirm byk gaduh2 & ganas2 nih)

So, kitorg masuk panggung dgn harapan menggunung(high expectation).

10 minit pertama : Hmm..Ok, permulaan yg menarik tp xberapa faham(mcm ada misteri)

20 minit kemudian : Hmm.. Still xfaham.. Kejap lagi faham kot. Maybe cerita ni tahap M.Night.Shyamalan. Kena byk berfikir.

30 minit kemudian : Cerita apa nih!! Berapa ramai pelakon dia?! Jalan cerita xfaham lagi!!

35 minit kemudian : Panggung dah bising + Ramai dah keluar dari panggung + Tido beramai-ramai + Pengkritik tetap yg terkumat kamit(tmasuk aku) + Dah ada yg buat wayang sendiri

45 minit kemudian : Give up!!!!(Disertakan dgn maki hamun sampai 7 keturunan)

Sampai sekarang, aku still xfaham mcm mana cerita ni layak masuk ke Malaysia?!
Knapa aku cakap movie ni sampah? ;

1) Jalan cerita memang out of mind(bukan out of box)

2) Aku still konfius. Sapa watak utama? Perempuan dlm poster tu punya dialog ada 4 baris je kot. Selain dari tu, just bergaduh sambil tayang body. Aku bukan nk tgk PORNO!!

3) Secara kiraan kasar(tanpa guna kalkulator saintifik), aku rasa ada 100 org pelakon yang ada dialog dlm movie nih(x campur yg xde dialog)

4) Masa tgh fighting2 tu xnampak apa pun, kamera mcm kelam kabut jek(pening kepala tgk). Plus, darah keluar macam air kencing(aku xpasti plak kalo dia kencing berdarah masa tu). Penonton boleh gelak2 masa diorg ni berlawan.

5) Byk watak yang xtau apa statusnya. Mati ke? Hidup ke? Apa kaitan? Dari mana? Kenapa? Mengapa? arghhh!!

6) Pulangkan duit aku!! RM12.00(exclude Popcorn + Soft drink)

Ohh.. The best part. Utk orang Kelantan. Ada satu watak dlm movie ni gecek kelate. Mula2 x cam sgt, dgr lama2 baru cam. Dialog yg aku plg ingat ialah ; "Nate Babi!!". hahahaha~

Ini watak utama yg ada 4 baris je dialog sepanjang 1.30 hour movie

Lepas aku tgk cerita ni, aku terasa macam Filem Malaysia yang org kutuk2 selama ni jauh lebih bagus dari cerita Thailand nih!! Menyesal xtgk Andartu Terlampau. Aku memang minat Haliza Misbun masa kecik2 dulu(tiba2 jek).. =p

So, to all bloggerz yg nak pergi menonton wayang. Aku nasihatkan utk hindarkan & jauhkan diri anda dari movie nih. Jika tidak, aku bimbang korang akan hilang kawalan dan akan membakar pawagam tersebut. Nnt susah pulak filem lain nak cari makan.

P/s: Support industri filem tanah air(tiba2 je support). hehe~


Friday, June 4, 2010

Malam Bersama Search - Define

Dah 1 week aku nak post pasal entry nih.. Delay.. punya delay.. punya delay.. last2 harini aku gagahkan jugak nak menaip papan kekunci ni. Moral of the story : Jangan buat kerja bertangguh. =p

So, kembali kepada tajuk asal. Last week, aku dapat tiket ke Konsert bersama Search secara percuma!! diulangi.. secara percuma!! Special thanks to Kak Azzah(office mate) sbb mendermakan tiket ni kat aku. Actually, dia pun xtau mcm mana dia boleh dapat tiket tu by pos.. Ahhh!! Yg penting aku dapat tiket Free!! Belek2 tiket, ada gambar band Hujan & Meet Uncle Hussain as jemputan.. Perghh.. aku mmg dah lama mengidam n tgk diorg ni perform secara life.

Oh.. Lokasi Konsert ni dkt MIECC (Dkt sebelah Mines Wonderland). Aku sampai dkt situ area pukul 6.30pm. Tapi masa ni pun dah penuh gerombolan2 manusia dari segenap kawasan, gaya dan usia. Padahal konsert mula pukul 7.30pm. First2 yg aku nmpk, ada 3 jenis manusia yang hadir kt konsert ni;

Golongan Pertama : Peminat Fanatik Search (mostly otai2(tua), rambut ala2 gerbang2)

Golongan Kedua : Peminat Indie Band(Hujan & MUH) - Remaja2 dgn gaya EMO dan gaya rambut pelik dan tak diterima akal(mcm mana diorg buat rambut cacak2 mcm kaktus tu eh??)

Golongan Ketiga : Universal Listener & Dtg pun sbb Tiket FREE & Jalan2 cuci mata - (aku dalam golongan ni).. hehe~

Amoi2 Promoter dari pandangan Belakang(Pandangan Depan xdpt disiarkan atas sebab Blog in dalam Kateori Umum(U))


So sebelum masuk tu kena beratur panjang.. serius panjang.. teringat zaman2 asrama dulu masa beratur ambik makanan dkt dewa makan.. Abg2 & Kakak2 security akan check whole body sambil meraba2(siot betu) in purpose takut ada yg bawak parang, senapang mahupun lastik.

Suasana sebelum Konsert (Semua tgh takde hala tuju selain dari makan sandwich & Pepsi Lemon FREE flow!!)

So akhirnya dpt masuk dalam Hall. Sementara nk tunggu Amy Search tengah make up, Noh Hujan tengah Mandi & Black tgh minum Pati Innershine, aku menjamah juadah yang telah disediakan secara percuma - Sandwich & Pepsi Lemon. Hmm.. Not Bad!!(maybe sbb Free kot, so aku xkomen).. =p.

Oh.. Ada satu insiden memalukan dan memualkan telah berlaku. Actually sebelum konsert kena isi form survey. Dlm tu ada soalan "are u smokers or not", so utk nampak Cool(cool ke?), aku & my GF mengaku je as Smokers tegar Gudang Garam!! Rupa2nya, utk smokers ada special tag(gelang) dkt tangan yg kena pakai before masuk hall.

Masuk2 je dalam Hall, kena terjah dgn Amoi Promoter utk beli rokok. Err.. Aku tergamam seketika(poyo btul) sbb kena beli rokok eh bukan sbb tgk Amoi tu. Aku nk beli tp nk buat ape?? aku xsmiking!! Nk sedekah kat orang miskin ke? So.. Aku pun tpaksa men"cover" malu.. "Err.. Miss, sorry.. im thinking of quitting now.. So thanks".. Amoi tu gerak je, aku & my GF sepantas kilat koyakkan tag(gelang) smokers tu.. Memang memalukan!! haha~

Konsert mula around pukul 8.30 setelah aku kembung minum Pepsi Lemon. First band yang buat show is MUH + Hazama + Black Mentor. Komen aku: Memang best diorg perform, suara Hazama pun boleh tahan jugak utk ganti Lan(Typewriter) cuma last2 tu nampak mcm nk tercekik sgt dah. Tp, overall is ok. Last lagu diorg nyanyi - Drama King - Feat Black Mentor. Lagu ni yg aku nk dgr sgt2 sebenarnya.

Meet Uncle Hussain, Hazama & Black Mentor

Second Band yang perform is Hujan. Yang ni pun best!! Semua band members memang energetik, berpusing2 atas pentas(aku harap korang x amik Drug). Lagu2 diorg pun mmg dah sebati(means boleh sing along r). Overall is Superb!!

Noh nampak berisi masa konsert ni (Awak Busuk!!)

Last band yang perform is main actor yang ditunggu-tunggu. Search!! Tapi.... aku xsempat tgk, sbb nk hantar GF balik rumah.. dah lewat malam. Plus dia kena pergi Kursus PTD kt Terengganu on the next day. Mode=Pasrah. T.T

Gambar Search dari jauh (Snap sambil nangis.. T.T)

Sooo... Secara keseluruhannya.. Aku berpuas hati dgn konsert ni. Xde orang buat haruk piruk, baling botol or mercun, semuanya teratur. Plus dapat cenderahati, Lighter, Sticker and mcm2 lagi. Hadiah2 cabutan bertuah pun mantap2.. Blackberry(bkn blueberry CSL), PS3, Gitar Ibanez dan lain2, makan & minum free-flow, Amoi Promoter Cun2 & Comel(perlu mention ke?), and.. Tiket yang aku dapat ni pun FREE..

Hopefully, sape2 yang nak bagi Tiket Konsert FREE kt aku, please drop your phone number eh.. =p


Thursday, June 3, 2010

Motorsikal yang Di"Haramkan" oleh JPJ!!

Kesian pada pembonceng motor ni, setiap kali bawak motor kena "Samak" satu badan. Haha~ Enjoy~~

Pandangan Hadapan (Bajet Macho je Ba Alif Ba Ya nih) =p


Pandangan Sisi Belakang (kalau tergelincir,mmg sangkut dkt ekor).. hehe~


P/S: Jauhilah yang Haram~ cari yang Halal & Suci.. haha~

Wednesday, June 2, 2010

Kreativiti disebalik Duit Kertas

Orang2 Malaysia ni memang kreatif dalam bab-bab nak mengenakan orang. Enjoy~~


Mungkin inilah saudara "bau-bau bacang" kepada watak sebenar yang tertera pada duit kertas tu. Hehe.. =p

Tuesday, June 1, 2010

Lori Yang Paling Banyak Tayar?!

Panas betul cuaca sekarang ni.. Rasa mcm terbakar ubun-ubun rambut & sel-sel otak aku. That's why aku suka lunch dkt Cafe Office or guna Vending Machine je. Tapi hari ni, sel-sel otak aku memberikan reaksi kpd badan utk makan outside of Office. So terpaksalah mengharungi kepanasan tahap Afrika Selatan yg nk World Cup nih.

Aku bukan xsuka nak lunch dkt luar office, tapi selain drpd kepanasan global yg boleh memberi pigmen2 gelap(sunburn) pada kulit aku, harga makanan dkt luar lebih mahal kalau nk dibandingkan dgn Cafe Office. Bukan kedekut, tapi mempergunakan sepenuhnya subsidi yg ada sebelum kena tarik balik(ayat cover kedekut!!)

So, nak dijadikan cerita, masa on the way nk balik dari lunch tadi, member aku nih bagi soalan teka-teki dekat aku. Apalah sangat tahap teka-teki nak dibandingkan dgn tahap IQ yg setanding dgn Sherlock Holmes & Hajimie Kindaichi nih(bapak perasan!!)

Soalannya berbunyi begini ;
Dalam banyak-banyak Lori, Lori apa yg paling banyak Tayar?

Jawapan aku;
hmm.. Treller?.. err.. Lori Hantu?.. Err.. Lori yang bwk Kereta Perodua?.. err.. Hugo Loris?(eh, ni football player).. err.. Lori Transformers?.. Teeeettttt...(Masa Tamat!!)

So, aku pun Give Up~~
"Nak tahu apa jawapan dia?", kata memberku itu. "Cuba ko tengok lori yang kt depan nih.."


Lori Bawak Tayar!! Memang ler banyak Tayar!!!

Hadoilah.. Kenapa aku tak terfikir.. Hampeh btul!! Habis reputasi Hajime Kindaichi aku(bila masa ada?).. Ni semua mesti sbb sel2 otak aku dah terbakar dek kepanasan global!!

Hentikan Pembakaran Terbuka!! Hentikan Pemansan Global!! (Tiba2 emo sbb xdpt jwb teka-teki tu).. huhu~


P/S: Aku try tanya soalan tu dkt Mak Cik Cleaner, dia pun jwab selamba jek.. "Lori bawak tayar da anee~~, itu pun takda tau ka?" Malu siot!! =p