Hafiz Ismi

Tuesday, May 18, 2010

World Cup di Malaysia?!

Hehe.. Ramai dah tertipu dgn title tu? Sori2.. btw, utk tidak menghampakan anda, post kali ni memang berkaitan dengan Bola Sepak.. Terasa bahangnya!! World Cup!!

Last Sunday, Perusahaan Otomobil Kedua telah menganjurkan "Kejohanan Bola Sepak 9 Sebelah Tertutup", bertempat di Stadium Perodua(feeling2 je ada stadium). So, atas sogokan & bayaran gaji yg lumayan drpd member2, aku join Tournament ni. Dalam hati aku fikir, "bole lah main suka2 sambil membakar lemak dan kulit muka".. hehe~

Honestly, mmg tak terfikir pun nak menang sbb majoriti team mate aku dah berusia 30 tahun ke atas(Kuda Tua), and yg sebaya dgn aku dlm 3-4 org je. So, what can i expect right?!. Aku boleh expect utk tambahkan budget utk beli Krim Pemutih Kulit, Yoko-Yoko, Handsplast, Tongkat Ali(oppss!!) dan tidak ketinggalan cuba cari M.C utk keesokan hari. =p

Inilah suasana semasa perlawanan. Suhu dianggarkan 38' Celcius(Sama dgn Afrika dah ni!!)

Ohh!! Utk pengetahuan, Team kami diberikan nama "1 CMK".. ala2 mcm "1 Malaysia".. hehe~ & setelah undian dilakukan, Team kami ditempatkan di Group B bersama2 dgn Team Pilihan(majoriti players dlm team ni adalah player Perodua). Masa ni aku dah terasa badi2 "bungkus" awal akan berulang lagi. Tapi.. Layan aje r.. Stick dgn nawaitu awal tadi -
"bole lah main suka2 sambil membakar lemak dan kulit muka".. hehe~

Kenderaan2 Players dari serata dunia.. errr.. serata Rawang.. =p

But Guess what!! Kami jadi Juara Peringkat Kumpulan. And "Pasukan Pilihan" pun kami kalahkan!! Kyahaha!! Tiba2 aku faham perasaan Pasukan Greece masa menang Euro dulu.. Kegembiraan tu xberhenti setakat tu sahaja.. Kami mara ke Suku Akhir, Sepa
ruh Akhir & Final!!!? Adakah aku bermimpi?! And Final Game kitorg menang 1-0. We are The Champion!!! Hoorayy!!! Serius aku xpernah bermimpi, apatah lagi berangan2 nak jadi Juara.. Btul lah kata org2 tua.. Dimana ada kemahuan, disitu ada Highway!!

Inilah Piala yg kami dapat. Even aku tahu harga benda ni(paling mahal RM15), tapi ia mmg amat berharga bila dapat dengan bersusah payah!!

Tapi perjalanan team kami nk menang bukan mudah. Saat akhir perlawanan, 3 players injured(al-maklumlah Kuda Tua), so yang tinggal ni 'nak tak nak' kena main jugak walaupun muntah hijau, gusi bengkak, kulit lutut tercabut, urat saraf berpintal dan lain2. Plus Padang Perodua mmg terkenal dgn gelaran "Padang Sawah Bendang", memburukkan lagi keadaan. Cuaca pun mengingatkan aku pada suhu Afrika Selatan(mcm pernah pergi sana jek).

Kasut yg banjir akibat Padang Sawah Bendang - Perodua

Satu benda yang aku suka tentang team ni. Hubungan antara players sangat2 akrab.. Mcm adik beradik dah, saling support each others, xpressure team mate,happy go lucky. And aku rasa itulah the main reason team kitorg Juara. Kalau nk kata skill & fitness.. Memang jauh sgt nk banding dgn team2 lain..


Anyway, aku sangat berbangga dgn kejayaan ni. Walaupun xseberapa.. tapi aku rasa berharga sangat bila berjuang bersama rakan2 utk dapatkan sesuatu. To all my team mate's, thanks because invite me to play with your team. It is very2 sweet(sweet ke?) memory for me.

Special Thanks to : Jay(Pengurus), Taib(Captain), Zamzalee, Salehuddin, Mat Noor, Hafiszan, Hafis, Amri, Madi(dR Rozmey) & Buduk(Keeper)


Arigatou Gozaimas!!

4 comments:

Rina Rossoneri said...

hahaha kuda tua,sian mereka...kuda tua pun ada yang superb okey..

Hafiz Ismi said...

Kuda Tua memang Superb!!.. utk 2-3 perlawanan pertama.. lps tu, kuda muda tpaksa cover.. huhu~

djambu puadovich said...

syabas a diucapkan. dah veteran pun semangat waja lg tu~~

Hafiz Ismi said...

hehe~ Veteran hanya pada umur~~