Hafiz Ismi

Tuesday, June 8, 2010

Worst Movie of 2010

Salam All bloggers~

Dah naik bersawang blog ni, lately aku sibuk sikit dgn aktiviti2 duniawi ni. Al maklumlah, dekat Office xde internet connection, then bila balik rumah dah flat(bukan rumah flat yer). So, hari ni aku nk buat posting pasal Movie paling Sampah Sarap yang aku pernah tgk setakat 2010 ni.

Tajuk : Vanquisher (Made in Thailand)

Actually aku tgk movie ni last weekend dgn member2 ex-UKM dulu. Xpernah terlintas pun nk tgk movie ni walaupun, tp disebabkan semua member2 aku ni mmg Kaki Wayang ERA, so semua movie latest & best2 dah tgk. Yang tinggal just Andartu Terlampau & Vanquisher nih. Disebabkan majoritinya anti movie buatan Malaysia. Vanquisher menjadi pilihan hati(masa ni still xtau sinopsis cerita ni). Bila tgk poster, first impression; nampak macam mantap!(cerita, bkn pelakon tu =p), plus cerita ni 18SG(Confirm byk gaduh2 & ganas2 nih)

So, kitorg masuk panggung dgn harapan menggunung(high expectation).

10 minit pertama : Hmm..Ok, permulaan yg menarik tp xberapa faham(mcm ada misteri)

20 minit kemudian : Hmm.. Still xfaham.. Kejap lagi faham kot. Maybe cerita ni tahap M.Night.Shyamalan. Kena byk berfikir.

30 minit kemudian : Cerita apa nih!! Berapa ramai pelakon dia?! Jalan cerita xfaham lagi!!

35 minit kemudian : Panggung dah bising + Ramai dah keluar dari panggung + Tido beramai-ramai + Pengkritik tetap yg terkumat kamit(tmasuk aku) + Dah ada yg buat wayang sendiri

45 minit kemudian : Give up!!!!(Disertakan dgn maki hamun sampai 7 keturunan)

Sampai sekarang, aku still xfaham mcm mana cerita ni layak masuk ke Malaysia?!
Knapa aku cakap movie ni sampah? ;

1) Jalan cerita memang out of mind(bukan out of box)

2) Aku still konfius. Sapa watak utama? Perempuan dlm poster tu punya dialog ada 4 baris je kot. Selain dari tu, just bergaduh sambil tayang body. Aku bukan nk tgk PORNO!!

3) Secara kiraan kasar(tanpa guna kalkulator saintifik), aku rasa ada 100 org pelakon yang ada dialog dlm movie nih(x campur yg xde dialog)

4) Masa tgh fighting2 tu xnampak apa pun, kamera mcm kelam kabut jek(pening kepala tgk). Plus, darah keluar macam air kencing(aku xpasti plak kalo dia kencing berdarah masa tu). Penonton boleh gelak2 masa diorg ni berlawan.

5) Byk watak yang xtau apa statusnya. Mati ke? Hidup ke? Apa kaitan? Dari mana? Kenapa? Mengapa? arghhh!!

6) Pulangkan duit aku!! RM12.00(exclude Popcorn + Soft drink)

Ohh.. The best part. Utk orang Kelantan. Ada satu watak dlm movie ni gecek kelate. Mula2 x cam sgt, dgr lama2 baru cam. Dialog yg aku plg ingat ialah ; "Nate Babi!!". hahahaha~

Ini watak utama yg ada 4 baris je dialog sepanjang 1.30 hour movie

Lepas aku tgk cerita ni, aku terasa macam Filem Malaysia yang org kutuk2 selama ni jauh lebih bagus dari cerita Thailand nih!! Menyesal xtgk Andartu Terlampau. Aku memang minat Haliza Misbun masa kecik2 dulu(tiba2 jek).. =p

So, to all bloggerz yg nak pergi menonton wayang. Aku nasihatkan utk hindarkan & jauhkan diri anda dari movie nih. Jika tidak, aku bimbang korang akan hilang kawalan dan akan membakar pawagam tersebut. Nnt susah pulak filem lain nak cari makan.

P/s: Support industri filem tanah air(tiba2 je support). hehe~


17 comments:

peaNut said...

rasa lucu pun ada..kesian pon ada gak kat awak ni..rm12 tu..rugi besar..hikhik

amin said...

trimas britau movie sampah ni

senandung semalam said...

mmg marah kalu cm ni je hslnye byr rm 12.. sbaw ek.....

APAN said...

niat lain la tu...
tu pasal jadi cmtu ma...
haha...
dan aku xtau lak pasal movie thai ni...
mungkin penghayatan seni mereka terlalu tinggi...
sampai sukar utk difahami ma...
haha...

MY said...

haha.. ak ader baca dah review pasal vanquisher nie.. mcm yg ko blogkan lah.. btw.. ak rasa andartu terlampau tue mcm menarik ja... haha

Hafiz Ismi said...

Peanut: Mmg rugi besar.. Tolong byrkan ganti rugi for me bole? =p

r-mean: Sama2..

Senandung Semalam: Tgh buat2 sabar ni.. Stress!!

Apan: Maybe r bro. Org thailand punya penghayatan filem menjangkaui sel2 otak manusia kini. haha~

My: Oh.. dah ader yg kutuk eh? Sokong Andartu Terlampau.. huhu~

Masturah Idrus said...

benci kan masuk wayang yg cite nye hampeh?? dush3!!

Anonymous said...

itu la...xsemua cite buatan malaysia xbest...xsemua juga xbgus...

ADAM SCOFIELD said...

AKU BR NAK WAT BLOG SEMATA-MATA NAK KUTUK CITER NIE.... EEE...NGERI R...HAHA

Wan Perlis said...

mana layan cita siam
ahaha

en_me said...

dorang cakap siam kott.. uhuhu

fyzul MP said...

Ada subtitle tak? kalo xda lagi la terbakar rasa..hehehe..
Bdw thanks atas info nie..=)

Mommyyus said...

modal dia cume pompuan seksi.....kesian movie ni

The Extendables said...

haha..bgusla post.x la org len tekene.

fndrocka said...

hahah..hari tu aku kena buat pilihan nak tgk cerita thai ni atau cerita kecoh betul..pastu aku pilih kecoh betul..bagi aku film kcoh btul tu adalah worst movie aku pernah tgk kat wayg sepnjg hidup aku.


filem ni...tgk gambar atas tu...pelakon yg ada 4 dialog tu..nmacam mantap!

Latest Entri : Peluk Cium Romantiklah sangat

Syoknye FINGO said...

poster dier menarik org mau tgk tp cite dier mmg pening n xphm btoi pe yg dorg nk cite..aduiihh~
kbanyakan tgk pon pak cik2 tua hehe sory tp mmg btoi

Hanys Najib said...

mesti chaos dlm cinema tu skjp kan?
haha
xley byg~
:D