Hafiz Ismi

Tuesday, August 9, 2011

The Real Manchester is United!

Glory glory Man United.. Glory glory Man United..

Hoyeah!! Manchester Utd berjaya menundukkan dan memijak2 jiran Manchester mereka iaitu Manchester City.

Final Result :

Manchester United ( 3 - 2 ) Manchester City

Gol2 dijaringkan : Man Utd - Smalling & Nani(2 Gol). Man City - Lescott, Dzeko.



Perlawanan dimulakan dengan penuh debaran. 1st Half je, MU dah kena titik dengan MC (0-2). Nasib baik match ni malam, kalau siang confirm batal puasa aku sbb banyak sgt menghamburkan kata2 kesat/pesat/sesat sambil meminum Air Coca-Cola 125ml.

2nd Half, Alex Ferguson masukkan semua player Youngster menggantikan player Senior. Masa ni aku fikir "Habislah,org tua ni dah buat dah perangai dia dah". Tapi tanggapanku tidak benar belaka(eceh).. Player2 Youngster ni yang memang Perform on that 2nd Half.
3 Gol dijaringkan tanpa belas kasihan pada 2nd Half menyebabkan Roberto Mancini mengomel2 berseorangan sambil menggaru2 kepala lututnya.


We are The Champions!!

Disebalik kemenangan psikologi terhadap team2 lain(Chelsea,Liverpool,Arsenal) yang sangat2 bermakna tu. Aku nak review beberapa freshies(muka baru) & player yang perform habes dalam match tu.

1-David de Gea. (GK)
Goalkeeper yang baru dibawa masuk dari Atletico Madrid(Spain) bagi menggantikan Edwin Van Der Sar ni bermula dgn agak goyah dalam game tersebut. 1st half memang nampak nervous dia ni, 1st goal tu maybe boleh diterima sbb maybe keliru. Tapi yang 2nd goal tu nampak mcm shooting biasa je,bukan bucu pun,just nampak dia ni lambat dive. Tapi, on 2nd half dah nampak improve a lot, maybe baru lepas kena Teow baek punya dgn Ferguson kot. haha~

Nama saya "David de Gea"

2-Phil Jones (CB)
Defender ni didatangkan khas dari Blackburn Rovers sebagai long term replacement kepada Vidic. So far rasanya ok kot sbb dia main 2nd half je, tapi nampak rajin & keras. Ada ala2 gaya permainan John Terry(Chelsea). The Plus point is dia ni baru 19 tahun. Perghh.. Badan dah besar mcm tu eh? Makan Gajah ke? haha~

Saya baru 19 tahun taw! Xpercaya?

3-Ashley Young(ML/MR)
Winger yang dibeli dari Aston Villa ni xmenghampakan dalam gametu walaupun aku expect more dari dia. Memiliki larian yang pantas, crossing yang tepat, set pieces taker yang konsisten & sgt rajin. Dalam game tu dia assist utk 1st goal tu. Good impression utk first debut of season!
Eh! Mana bola ni? Tendang Rumput jek?

4- Tom Cleverly (MC)
Ini player from Akademi Manchester United. Last season dia loan dkt Wigan & nampak sgt promising. So far so good, dia masuk 2nd half dalam game tu & assist utk 2nd goal. Maybe masih perlukan masa utk matured sbb nampak kurang tenang bila dkt depan goal. Tapi this player is better then Darron Gibson tu. So,hopefully player ni akan teruskan momentum dia utk season ni.

Nama saya Tom Cleverly. Bukan Tom & Jerry ye!

5-Chris Smalling(DC/DR)
Player ni baru dibeli last season & memang nampak sgt mantap dalam game tu walaupun diletakkan bukan posisi utama dia(DR). Semalam dia score 1 goal,waahhh.. defender pun boleh score, cantik pulak tu. Memang bestlah dia ni! Nampak sgt agresif & sgt rajin. Dikatakan akan menggantikan Rio Ferdinand kelak.

Walaupun nama aku Smalling, tapi aku x small tau!


6-Luiz Nani(ML/MR)
Last but not least! Nani!!! Man of the Match game tu. Nampak Nani sgt2 improve & sgt2 perform. Nampak semakin matured & xmcm dulu lagi(suka buat skill sorg2 then kantoi). Score 2 goal dalam match tu & nampak ada kilasan Cristiano Ronaldo dalam dirinya. Syabas Nani! Hopefully you will maintain that performance sampai hujung musim.

Handsome mcm Ronaldo x saya ni?

Ok. Thats all utk ulasan game tersebut. Hopefully Manchester United akan terus menerus mengekalkan rekod kemenangan ni utk merangkul kejuaraan yg ke-20 dalam sejarah kelab.

Lupakan kelab2 lain yang masih mencari2 rentak kemenangan, yang masih mencungkil bakat striker yang bernilai 50pound sterling, yang masih mengekalkan muka2 muda yg semakin tua, yang xlayak masuk Champions League pun dan yang masih perlu mengeluarkan duit dalam ASB utk beli player2 bintang tahap Pasaraya Bintang.

Glory Glory Manchester United!!!!!!!!


Monday, August 1, 2011

Weekend Theraphy

My Weekend Theraphy (Before Ramadhan):

Pizza Milano Spagethi !!
From Left: Spagethi Aglio Olio Seafood, Spagethi Creamy Seafood



Pizza Milano : Wafer with Chocolate Ice-Cream


Movie Time! (Captain America + Flat 3A)



One Utama Tropical Side (betul ke nama tu?)



Secret Recipe!! From Left : Iced Chocolate with Whip Cream, Oreo Milkshake


One and only My Love~

Misi Mencari Air Bandung di Bandung - Part 3 (Finale)

Last Day at Bandung.. T_T

Misi mencari Air Bandung di Bandung masih gagal. Yang diketemukan hanyalah "Air Soda Gembira"-(Sirap+Susu+Air Fanta berkarbonat). Mee Bandung juga gagal diketemui di Bandung. Jadi dgn itu kami membuat kesimpulan bahawa, Air Bandung & Mee Bandung punya surat beranak harus ditukar kepada nama tempat2 di Malaysia. Air Kepong maybe? or Mee Batang Berjuntai? ohh tidak~~ haha~

Our last day at Bandung xbanyak menyajikan aktiviti2 berat, semuanya aktiviti 'ringan-ringan' sahaja(jgn double meaning) Memandangkan kesihatan aku pun xmemberangsangkan pada hari tersebut, 3 rakan lain turut menyertai aku secara berjemaah utk tidak sehat hari tu(Yan, Hisyam & Yasser). Dari pagi lagi aku dah start loya2, yg pastinya bukan sebab aku Pregnant. Maybe tersalah makan or member aku ckp aku ni Perot 2nd Hand. Hadoilah~

Aktiviti pertama pada hari last! Menghabiskan sisa2 ribuan & jutaan Rupiah yang kian menipis di Pasar Baru. Aku rasa, dkt Pasar Baru ni je kitorg dah repeat 3x. Kalau percutian kitorg ni 30hari 29malam. Maybe dah repeat 30x kot. haha~

Aku sempat grab Baju ala2 Yuna utk kekasih dkt sini. Aku dah usha baju tu since 1st day lagi sbnarnya. So,akhirnya dpt jugak beli setelah sesi tawar menawar selama 1 jam(penat woo)..

Model2 Pasar Baru

So,next destination kitorg bergegas ke Kartika Sari(dkt sini bukan jual Sari tau). Dkt sini jual mcm2 jenis kek & kuih, dkt Bandung ni kira mcm dah taraf2 Secret Recipe. Tapi aku xbeli ape2 pun dkt sini, sebab aku tgh loya2. So tgk makanan pun dah tak lalu. Hadoilah. Spoil2..


Say "Kek Cheese!!!"


Kek Manis2.. Cashier pun Manis2.. opss!!


Hmm.. Shedapnya!! Ruginya xbeli haritu.. T_T


Waduh2.. Kenapa kepala rasa pusing2 ni. Waduh~~

Setel je beli2 kek, kitorg terus ke Airport. Masa ni aku dah rasa xsabar sgt nak balik Malaysia(Tanah tumpahnya Darahku). Homesick kot~ haha~

Rindu dgn Makanan Malaysia, Rindu dgn Family, Rindu suasana Malaysia dan pastinya Rindu Kekasih hati yg dah 4 hari lost contact. huhu~


Atas:Dari Kiri : Rahmat,Pak Tandi(Supir),Din,Pak Barnus(Tourist Guide),Afiq Bawah:Dari Kiri : Me(Hafiz Ismi),Yan,Yasser,Hisyam


So,thats the end of our Journey. Air Bandung xjumpa, Mee Bandung pun xjumpa. =p
Apa yang aku boleh concludekan, Bandung adalah Syurga membeli belah utk Tekstil. Benda2 yang berasaskan tekstil mmg murah dkt sini, boleh dikatakan Half & above daripada harga di Malaysia.

Rating :
Harga : 5/5 (As u know)
Makanan : 4/5 (Sedap! walaupun aku collapse last day)
Travel Agency : 5/5 (Pak Barnus memang sgt Sporting! & Best!)
Penginapan : 4/5 (Selesa & Santai, cuma aku mgharapkan Bath Tub. hehe)
Traffik : 2/5 (Sini sgt Jam,aku rasa kalau aku ambik lesen dkt sini,confirm xlulus2)
Journey Member : 5/5 (Semua sgt sporting even ada yg baru 1st time jumpa)


Bye Bandung! I'm back Malaysia!!