Hafiz Ismi

Saturday, May 15, 2010

Warkah Berlagu Pilu dari Captain

From: Taib Nusir B Mohamad
Sent: Friday, May 14, 2010 3:05 PM
To: Taib Nusir B Mohamad; Mohd Hafiz Bin Ismi; Mohd Fadzly Bin Sulaiman; Zamzalee B Osman; Mohd Zaini Bin Salimun; Asmadi Bin Zainal Abidin; Noor Hisyam Bin Awang; Faizal Amri B. Mohd Sani; Mohd Hafis Bin Abd Rahman; Shamsul Izwan Bin Mohd Napiah; Ahmad Salehuddin Bin Bukhari; Muhamad Nor B Abdul Rahim; Abd Aziz Tamat; Mohd Hafiszan Bin Ab Manan; Mohd Fauzi Bin Ismail; Luqman Bin Daim; Hasnizam Bin Sabudin; Mohd Zakaria Bin Mukri; Zakaria B.Mamat; Salimi Muhamad Halil; Zulkaple B Mahadi
Subject: FW: Results: CMK FC

Salam Players,

Alhamdulillah, semalam kita berjaya mengikat kedudukan 1-1 walaupun pd mulanya kita hamper mengalami kekalahan memalukan.

Berkat kerjasama dan taktikal yg mantap, kita dapat menyamakan kedudukan pada masa kecederaan, hasil jaringan cantik Amri.

Dari segi keseluruhannya, permainan pasukan kita semakin tampak kematangannya. Walaupun pasukan lawan dibarisi oleh pemain2 muda

dan laju serta berstamina, tetapi jelas pengalaman pasukan kita yg bermain week in week out stiap mggu dapat mengawal rentak permainan.

NEXT GAME vs Body Shop (20 May 2010). Diharap semua dapat hadirkan diri.

Aksi semalam:

1. Agak mengecewakan apabila striker utama, En Salimi telah tersilap membawa kasut dan skaligus bermain sambil drift sepanjang perlawanan.

2. Zamzalee bermain agak hebat apabila tackle beliau 98% mengenai kaki pemain lawan, mujur tidak dikenakan tindakan oleh linesman bertugas..

3. Poji keeper bermain dg cemerlang menangkis segala serangan dgn menangkap bola dan mengangkang.

4. Tontong, dgn boot copa kainnya aggressively manjadi benteng terakhir. Tetapi pd hujung perlawanan menjadi top striker plak..secara tiba2.

5. Jay spt biasa, cool di atas dan menangguk di air yg keruh setiap peluang yg ada.

6. Md Nor, pd mula nya bermain mantap di bawah, menerajang bola yg datang pd beliau tanpa memikirkan akibat. 2nd half dinaikkan gred kepada striker (G15), tapi tak membantu utk score..lgsg..

7. Hafiz – seperti biasa, hampir bergaduh disetiap perlawanan, bermain dgn tangkas di sayap kanan. Kelihatan agak sukar melepasi benteng air. - ( Ini komen Captain pd aku)

8. Izwan, main dgn baik walaupun muka beliau jelas keresahan sbb nak masuk ofis semula selepas perlawanan.

9. Luqman – pemain lincah ini bermain dgn gangguan air dikaki beliau,byk mengambil masa utk keluarkan bola dari becak..

10. Amri – goalscorer. Cedera di beting/keting kerana tackle keras di bahagian dada kiri pemain lawan menyebabkan pemain lawan tpaksa di rawat di klinik perodua..

11. Otak2. Linesman pd 1st half yg berat sebelah. Bermain diseparuh masa kedua pun berat sebelah jugak. Tetapi hantaran2 beliau cantik melepasi rakan sepasukan.

12. Hisyam, gagal mendapatkan kad merah semalam. Tetapi permainnan beliau semakin meningkat. Sentiasa berada di setiap posisi sehingga lupa posisi asal beliau.

13. Anas – byk kali merampas bola dr pihak lawan hanya utk pass kepada mereka semula.

14. Asmadi. Lewat sampai kerana tertidur. Tetapi main dgn baik. Di letakkan di posisi bek kiri, tetapi asik nak kekanan je..

15. Taib – bermain seperti Nadal yg menewaskan John Isner malam tadi pada pusingan ke 3 di Madrid Masters malam tadi.

Tahniah semua.

CMK past record (2010)

Date

Results

Scorer

7 Jan

CMK (W)

2

1

Assembly

Md Nor, Taib

21 Jan

CMK (W)

4

2

ME/OMS

Saleh (3), Zamzalee

29 Jan

CMK (L)

2

3

QA/QC

Luqman, Sapak

4 Feb

CMK (W)

4

2

PVD

Jay, Md Nor, Hafiz, Zamzalee

11 Feb

CMK (D)

1

1

Logistic

Zamzalee

26 Feb

CMK (W)

3

0

FFC

Pijan, Taib (2)

11 Mar

CMK (D)

4

4

Body

Jay, Zamzalee (2), Wan

18 Mar

CMK (W)

2

0

PE

Aziz, Hafiz

25 Mar

CMK (D)

2

2

PPC

Salimi, Taib

1 Apr

CMK (L)

0

1

PPC

-

16 Apr

CMK (L)

1

2

QA/QC

Jay

27 Apr

CMK (L)

1

5

RND

Zamzalee

6 May

CMK (W)

2

0

Sales

Pijan, Md Nor

13 May

CMK (D)

1

1

CMK 2

Amri







Statistics

Perlawanan : 14

Menang : 6

Seri : 4

Kalah : 4

Jaringan : 29

Bolos : 24

Mata : 22

Senarai Penjaring

6 gol – Zamzalee

4 gol – Taib

3 Gol – Saleh, Jay, Md Nor

2 Gol – Hafiz, Pijan

1 Gol – Luqman, Sapak, Wan, Aziz, Salimi, Amri

Friday, May 14, 2010

I Hate Double Park

Harini adalah hari Jumaat, Penghulu kpd segala hari. Hari dimana seluruh umat Islam(lelaki mostly) berkumpul utk menunaikan Solat Jumaat di Masjid2 berdekatan.(islamik sungguh intro aku kali ni).

Aku mcm biasa, turut bersama menunaikan kewajipan sebagai umat Islam. Dulu masa time2 study, selalu ponteng Jumaat ni. Ada sekali tu, pernah kena libas dgn Felo masa tgh syiook tido meniarap atas katil. Last2, pergi Solat Jumaat dalam keadaan Sengal2 Punggung & Berbirat. haha~ Tapi tu dulu, zaman2 muda remaja. Skrg ni dah x miss.(alim r kononya)

Bila dah kerja ni, time solat pun fix. Around 12.45pm - 2.30pm(bergantung pada waktu Zohor). So, bila dah 12.45pm, semua memang bergegas ke Masjid.. Aku mmg selalunya sampai awal dkt Masjid, bukan sebab nk bentang sejadah or dgr Khutbah penuh.. tapi sbb nk menjamu selera dulu dkt luar Masjid, kalau ramai takut xde tmpt makan(niat dah terpesong nih). hehe~

So nak dijadikan cerita, time balik after settle Solat Jumaat. Disbbkan aku datang awal, so aku dapat ler Park dkt bahagian best(bawah pokok tepi jalan). So, kpd manusia2 yang datang lambat ni, terpaksalah parking blakang aku(Double Park). Bila aku sampai dkt kereta, ada bas dkt belakang kereta aku. Maknanya aku xboleh keluar selagi Driver ni xdtg.. Dalam hati aku fikir "Mesti dia datang awal punya, sbb dia double park", so aku pun tunggu..


Pandangan Sisi - Masa ni student2 dah menunggu. Driver xabis lipat sejadah lagi(agaknya).. Habis Pahala aku!


Pandangan Hadapan. Tiba aku teringat Telematch - "Bolos Saja Dinding Itu!!!"


Sambil tunggu terpaksa beli Nenas. Aku nk claim dgn Pak Cik Driver nih!!


Last2 sampai Imam pun dah lipat sejadah, Khatib dah mula prepare Khutbah next week.. driver ni xsampai2 lagi.. Masa ni kepanasan dah menyelubungi diri aku, ikut hati rasa nak bakar je bas nih!!(tapi ada polis kt jalan seberang, kena tembak plak aku nnt)..

Last2 around 2.15pm, baru Pak Cik Driver tu sampai sambil2 buat muka Blushing2 plak. Tension betul aku, ni terpaksa r aku Rushing balik office ni sbb dah lambat. Tp, luckily bos aku pun tgh bercuti di Bandung skarang ni.. Kalo tak,mesti aku dah "Pau" Pak Cik Driver Sirap Bandung secawan.. Geram mmg geram!!!, tapi walaupun muka aku ni ganas, aku xsampai hati(sbnanya takut) nak marah/sound2 org yang lebih tua. Apa yg aku boleh buat just bagi senyuman Sinis(kalau pak cik tu paham)..

Sebenarnya, apa yg aku cuba sampaikan kt sini. Kalau nak Solat Jumaat + Doa ikut Imam + Salam2 Imam + Solat Sunat + Bertayamum + Lipat sejadah dan lain2, silalah datang awal dan parking di tempat yang sesuai. Kalau2 rasa dah terlambat, and dah Double Park, lepas Solat, Doa2 sendiri then bangun ke kereta terus. Takde r org caci maki dkt luar Masjid, kesian kt diorg punya pahala habis mcm tu je.

So, kepada semua. "Tepuk dada, Tanya hati & Perasaan" ..
Daripada korang Double Park, lagi baik korang layan Double Cheese Burger. Lagi Syioook!!!


Tuesday, May 11, 2010

My 2nd Girlfriend.. Vending Machine

Macam Loser lah pulak tajuk Posting nih.. hihi~

Aku just nak share some piece of my life di Perusahaan Otomobil Kedua ni. Seperti yang korang tahu(kalau xtahu,buat2 tahu), company tempat aku bekerja ni mmg berorientasikan Jepon!! Nippon!! So, semua aspek kerja mmg diselitkan dgn term2 jepun mcm Pokayoke(bkn Pokemon), Kanban, Jundate, Hikarimono(bkn kari ayam.. mahupun kari daging) & byk lagi r.. Tapi satu benda aku mmg salute dkt Jepon nih, diorg memang sgt teratur & bersopan santun(tapi masa marah kena maki jugak!!)..

Ok, berbalik pada tajuk tadi.. Aku nk bercerita pasal Vending Machine yang mmg amat2 penting dalam kehidupan seharian aku dkt office. Kalau xde, mmg rasa hilang arah & punca r(over r plak). Tapi memang pun, dari pagi, sampai ke petang, memang banyak jugak aku menderma dalam Vending Machine nih. Kalau kumpul2 semua duit tu, cukup jugak lah nak bayar down payment Toyota Vios. =pOk, cakap banyak xguna. Aku tunjuk gambar kt korang;

Ni mesin Air, average harga 50sen -70sen. Tongkat Ali pun ada pada yg memerlukan.. hehe =p

Masuk duit, tekan2, dah siap Air Milo. 70 sen.


Yg ni plak mesin makanan. Mesin ni aku plg byk derma nih!! (nampak sgt aku selalu kebulur)


Ni mesin faveret aku!! mcm2 ada.. Nasi Lemak, Bihun Goreng, Mee Goreng, Hot Dog, Karipap, Roti Bakar.. next week mungkin masuk KFC plak..(Kelantan Fried Chicken).. haha~


3 Vending Machine ni antara yang paling banyak aku dermakan pendapatan aku. Tapi, yang paling penting utk guna mesin ni, korang kena prepare duit Syiling dulu r.. Duit kertas kadang xditerima.. worst condition kena telan terus duit tu(aku pernah terkena).. Pulangkan Wang Kami!!!

Tapi satu hari nnt, aku harap akan ada Vending Machine yang akan jual ;

TAKOYAKI!!! haha~

Joking! tapi kalau betul ada, confirm aku dah masuk lokap dah.. sbb ape? disabitkan kesalahan "Memecahkan Vending Machine & mencuri makanan"..

Tapi sebenarnya sama je, beli kat Vending Machine or dkt Cafe, cuma benda ni memudahkan sbb senang nak akses, murah & kadang2 nampak bergaya & cool(yeke?).

Ape2 pun.. Bacalah bismillah sebelum makan..(err.. ada kaitan ke dgn post ni?)

Monday, May 10, 2010

Student Life V.S Working Life

8.00 Pagi Slot Masuk.. 5.45 Ptg Slot Keluar.. (mungkin perlu extend jika bos tgh buat2 busy)
Isnin sehingga Jumaat.. (mungkin Sabtu & Ahad juga jika dipaksa dan terpaksa)
Diulangi setiap minggu dan kadang diselangi dgn cuti2 Perayaan.. (mungkin cuti perayaan pun kena kerja)

Inilah "Tipikal" working life selepas aku tamatkan dengan titik noktah pada Student Life. Bila dah kerja ni,teringat balik zaman2 study dulu..

1- Student Life ;
Tak perlu bangun awal2 pagi.. Even ada kelas pagi pun, kena bangun sekejap je utk capai telefon, then mesej dekat member.. suruh "Sign"kan attendance & roger kalau tiba2 ada kuiz mengezut.
Working Life ;Berani korang nak datang lambat?! Silap2 boleh kena "Tiket Displin" or worst condition kena potong gaji terus.. Hujung bulan cucuk duit dkt ATM, "Separuh Gajiku Pergi".. sbb dtg lambat.. hehe..

2- Student Life ;
Even ada kelas, tapi ada banyak "gap" antara subjek2 lain. So waktu2 "gap" ni sempat r jugak menenangkan fikiran. Bole r pegi cek Friendster & MySpace(zaman aku dulu facebook tak lahir lagi), bole pergi kacau2 gadis dkt kafe makan, bole pergi singgah karaoke Jamban. mcm2 lagilah..
Working Life ;
Nak cek facebook? friendster? Nak surfing guna Yahoo! utk tujuan kerja pun kena mintak izin dengan bos. Kalau tertangkap guna internet tanpa kebenaran, email(internal) kena blocked terus. Kejam x? (So aku harap korang paham kalo aku lambat reply komen korg =p)

3- Student Life ;
Xperlu nak over2 menyerlah dalam kelas, nak tunjuk pandai, nak jadi "desicion maker", nak mencapub, (kecuali korg nk impress awek's2). Korang just perlu study smart, pandai korek soalan2 last year, pandai goreng(xperlu pakai kuali ya) dalam dewan exam, pandai tiru2 org sebelah(jangan amalkan).. Insyaallah korang Graduate jugak in the end.
Working Life
;
Kalau korang amalkan aktiviti student life tu.. alamatnya.. sampai pencen nnt pun korang xnaik pangkat lagi.. Xnaik pangkat ok lagi, buatnya xnaik gaji?! Apa mahu bicara?? Working life memang memerlukan politik(bukan jadi ahli politik), kena pandai approach komuniti, kena mencapub, kena buat2 pandai(even xtau), kena pandai bodek bos(ini yg paling penting sbnanya, tp aku xamalkan), kena pandai buat2 sibuk(kalo x,korang dapat byk lagi kerja).. huhu~

Dimanakah anda? hehe~


Makin kebawah, makin banyaklah "Tahi" yang terpalit. Busuk wooo~~

Tapi, Working Life tetap ada satu speciality berbanding Student Life.. Hujung bulan, cucuk duit dkt ATM.. Masyuuukk~~(sebelum bayar hutang piutang r).. Student Life ada PTPTPu or JPA or biasiswa jek.. kalau tak pandai saving.. silap2 hujung bulan nak makan megi pun atas belas ehsan kawan2 jek(aku pernah lalui).. hehe~

Sebenarnya.. bergantung pada individu.. Yang penting pandai bawak diri.. Bak kata pepatah..

Masuk kandang Kambing Mengembek... Masuk kandang Harimau... lari r!! xtakut ke??!

Sunday, May 9, 2010

Accidental Accident

Last week around 3-4 May, dikala semua staff2 Perusahaan Otomobil Kedua sedang gumbira~~ bercuti.. dan hanya tinggal aku staff yg "setia" bekerja(padahal kena paksa) satu kemalangan MAUT telah berlaku di kawasan jalan lalu-lalang penduduk Ulu Selangor(Ya!! Ulu Selangor yg baru lepas PRK tu..)

Aku berada di tempat kejadian masa tu. Kalau korang2 rajin, bole cari berita ni dekat Metro, mukasurat 2-3 kalau xsalah aku.. kt bawah ni aku attach gambar yg aku snap sendiri pakai handphone aku ;-

Jalan Jem teruk masa ni!! Sbb ada satu lorong shj. btw thank to En. Polis yg menjalankan tugas.. (Jangan tembak saya!!)

Ini gambar dai jarak dekat. Mengikut sumber2 yg boleh dpercayai. Pemandu Satria tersebut meninggal dunia.Innalillah..


Untuk pengetahuan korang semua, selama 3 tahun aku bermastautin di Ulu Selangor ni(even MyKAd aku taktukar alamat lg..), jalan ni memang selalu.. dilulangi.. selalu sangat ada Eksiden.Kadang2 sampai 1x seminggu. Aku pun xtahu kenapa, tapi daripada pengamatan aku dan kata2 org sekeliling, aku cuba compile sebab2 eksiden dkt kawasan ni;

1- Jalan ni sempit & hanya ada 1 lorong pergi, 1 lorong balik. Plus, xde lorong untuk pembonceng motosikal & Rempit's.

2- Waktu malam, jalan ni sangat2 gelap, takde lampu & dikelilingi dgn hutan rimba.. err.. ayat yg lebih tepat adalah Belukar.. (tp semenjak dua menjak lepas PRK ni, aku tgk lampu dah mula dipacakkan.. Tq En Kamal!!(sila ketepikan isu politik disini)

3- Orang kata jalan ni berhantu.. Aku xtahu kesahihan fakta ni, tapi aku pernah dgr cerita yg ada satu family kena "sampuk" sbb "benda" tu ikut diorg sampai rumah.. sbbnya?? diorg bukak tingkap & bising kt tmpat tu.. Serammm woooo~~

4- Kawasan Ulu Selangor mmg terkenal dgn pemilik2 kenderaan TURBO seperti.. Wira&Waja yg so called Lancer Evolution, Myvi yg so called Passo/Boon, Kancil yang so called Mira, Perdana yg so called Eterna dan lain2.. So... kereta dah TURBO, takkan nk drive 70km/h kot? paling kurang 170km/h beb!!

5- Walaupun populasi penduduk Ulu Selangor tak padat..Tapi jalan2 di Ulu Selangor memang SANGAT PADAT!!!

Sebenarnya, aku pun dah 2 kali eksiden dekat sini.. hehe? sebabnya??

1st eksiden - Aku langgar belakang.(Girl Driver)
Sebab: Aku tgh masukkan CD lagu masa tu, tiba2 kereta depan berhenti mengejut, xsempat Brake & aku dah cium dia punya bumper.. Kebabom!! Org blkg pun cium bumper aku. Siot.. SANDWICH!! Tapi memang salah aku pun.. huhu~


2nd eksiden - Aku langgar belakang. lagi &(Girl Driver lagi)
Masa ni tgh hujan, jalan licin & dekat kawasan berbukit sikit. Kes yang sama.. berhenti mengejut, and aku xsempat brake.. HONDA ACCORD beb!! habis NCB insuran aku.. Dua tahun berturut 0% lagi.. huhu~

Keadaan keretaku yg tengah Nazak!!

Hmm.. jadi kepada pemandu2 diluar sana.. Aku seru supaya korang drive dengan Proper. Sbb even org lain drive carefuly, tapi kalau ada satu "malaun" yg drive macam "cilanat", orang lain pun turut terima efeknya. Seteruk2 dari kerosakan kenderaan sehinggalah ke kesesakan lulu lintas.

Bak kata pepatah " Seekor lembu bawak lumpur, semua pun terpalit jua" (betul ke nih?? bantai r..)

So, last word from me.. Ingatlah orang yang yang tersayang (termasuk sayang secara secret admirer).. hehe~

Wednesday, May 5, 2010

Gol & Gincu

Esok akan berlangsung perlawanan pertama CMK F.C utk bulan May 2010 menentang PSSB. Pencapaian CMK F.C setakat ini agak boleh dibanggakan. Antaranya ialah ;

1) Berjaya mengekalkan Rekod tanpa Menang utk bulan April 2010
2) Mengekalkan rekod permainan yang tidak pernah bersih dari "Kad Kuning" mahupun "Kad Merah", (refree sentiasa cemburu dgn kehebatan pasukan kami)
3) Pasukan paling konsisten membuat Perlawanan Persahabatan. (Walaupun xselalu menang)

Mesti korang2 diluar sana gerun dgn rekod pasukan kami kan? Teringin nak buat Friendly Match? Boleh tinggalkan no telefon anda disini, saya akan cuba mempertimbangkanya(poyo btul dah nih..) hehe..

Btw, inilah aktiviti WAJIB bagi aku utk setiap minggu di Perusahaan Otomobil Kedua ni. Even xselalu menang, tapi ini antara salah satu terapi bagi aku nk hilangkan STRESS di tempat kerja. STRESS memang dapat dihilangkan, tapi kadang2 dapat souvenir(btul ke eja) bila balik rumah contohnya lebam, terseliuh, tegang urat(urat jek!), sakit otot, sakit Jiwa dll. Tapi standard r tu, baru r JANTAN!! kalau xnak injured, balik main SAHIBBA or SAIDINA r.. hehe~

Tapi bila dah sakit2, performance dkt office keesokan harinya memag drop habis r.. Silap2 boleh M.C trus. Tapi setakat ni, aku xpernah tahap M.C lagi, pura2 nk tipu M.C pernah r(kantoi plak disini)..
Btw, dekat bwah ni aku attach team players, tapi ini bukan latest players. Sebab ramai yang dah transfer, almaklumlah kelab terkemuka.. So.. Memang ramai yang kena beli r.. Tinggal aku je yg xlaku2 lagi.. =p


So, sesapa yang free esok. Jemput2 r turun padang ya, tiket percuma & free standing. Sesiapa yang bertuah mungkin dapat tanda tangan players CMK F.C. Harap2 r xhujan esok, kalau tak, main dkt padang sawah bendang lagi r nampaknya.

So, see you there~

Tuesday, May 4, 2010

Aku . Berat Badan . Perot

Makin hari, makin ketat pulak seluar kerja aku ni..

"Bila masa plak aku hantar seluar ni pergi "oter" bg jadi Skinny ni? Or, seluar ni mengecut lepas basuh?(padahal dah setahun lebih pakai)" - ini ayat2 nk sedapkan hati. Xdapat terima kenyataan.. Berat badan aku dah bertambah secara Extravaganza!!

Hmm.. Macam2 countermeasure aku dah buat, nk bg perot aku tough balik mcm dulu(tough ke dulu?!). Antaranya ;

1) Ambik heavy breakfast, so then xpayah pergi Lunch.
Result : Breakfast heavy, Lunch pun aku bedal jugak.. lagi HEAVY!!

2) Makan kuih je masa breakfast, Lunch macam biasa.
Result : Sementara nak tunggu Lunch, aku dah bedal Kuih sebanyak RM4 = 12 ketul aneka pilihan!!

3) Buat Sit Up & Pumping sebelum & selepas tido.
Result : Sehari je buat, hari kedua dah malas sbb perot sangkut.. hehe~

4) Teman GF makan malam, aku order air jek. Xyah order makanan.
Result : Biasalah org Perempuan makan, mesti xhabis. At last? Aku r kena habihkan!! Xbaik membazir wooo~

5) Xpayah bawak duit pergi kerja, so then xboleh nk beli makanan.
Result : Aku "Pau" duit anak buah aku. (gila Kejam!!)

6) Aktif bersukan balik macam dulu2.
Result : Main asyik kalah jek, Boring r.. Baik balik makan & tido!!

7) Berpuasa
Result : Pukul 9 pagi dah berbuka puasa!!

Last but not least / Latest Counter Measure :

9) Slimming Cream. Result : Masih dalam pemantauan.. Harap2 r menjadi..hehe~ Kalau xjadi, aku nk pegi mintak duit aku balik.. Pulangkan Wang Kami!! =p

So, kepada rakan2ku diluar sana. Aku ada satu pesanan utk kamu semua.

" Sebelum makan baca Bismillah & berhenti makan sebelum kenyang " - Jika tidak, nasib yg sama akan menimpa kamu.. haha~

Orait!!