Hafiz Ismi

Friday, May 14, 2010

I Hate Double Park

Harini adalah hari Jumaat, Penghulu kpd segala hari. Hari dimana seluruh umat Islam(lelaki mostly) berkumpul utk menunaikan Solat Jumaat di Masjid2 berdekatan.(islamik sungguh intro aku kali ni).

Aku mcm biasa, turut bersama menunaikan kewajipan sebagai umat Islam. Dulu masa time2 study, selalu ponteng Jumaat ni. Ada sekali tu, pernah kena libas dgn Felo masa tgh syiook tido meniarap atas katil. Last2, pergi Solat Jumaat dalam keadaan Sengal2 Punggung & Berbirat. haha~ Tapi tu dulu, zaman2 muda remaja. Skrg ni dah x miss.(alim r kononya)

Bila dah kerja ni, time solat pun fix. Around 12.45pm - 2.30pm(bergantung pada waktu Zohor). So, bila dah 12.45pm, semua memang bergegas ke Masjid.. Aku mmg selalunya sampai awal dkt Masjid, bukan sebab nk bentang sejadah or dgr Khutbah penuh.. tapi sbb nk menjamu selera dulu dkt luar Masjid, kalau ramai takut xde tmpt makan(niat dah terpesong nih). hehe~

So nak dijadikan cerita, time balik after settle Solat Jumaat. Disbbkan aku datang awal, so aku dapat ler Park dkt bahagian best(bawah pokok tepi jalan). So, kpd manusia2 yang datang lambat ni, terpaksalah parking blakang aku(Double Park). Bila aku sampai dkt kereta, ada bas dkt belakang kereta aku. Maknanya aku xboleh keluar selagi Driver ni xdtg.. Dalam hati aku fikir "Mesti dia datang awal punya, sbb dia double park", so aku pun tunggu..


Pandangan Sisi - Masa ni student2 dah menunggu. Driver xabis lipat sejadah lagi(agaknya).. Habis Pahala aku!


Pandangan Hadapan. Tiba aku teringat Telematch - "Bolos Saja Dinding Itu!!!"


Sambil tunggu terpaksa beli Nenas. Aku nk claim dgn Pak Cik Driver nih!!


Last2 sampai Imam pun dah lipat sejadah, Khatib dah mula prepare Khutbah next week.. driver ni xsampai2 lagi.. Masa ni kepanasan dah menyelubungi diri aku, ikut hati rasa nak bakar je bas nih!!(tapi ada polis kt jalan seberang, kena tembak plak aku nnt)..

Last2 around 2.15pm, baru Pak Cik Driver tu sampai sambil2 buat muka Blushing2 plak. Tension betul aku, ni terpaksa r aku Rushing balik office ni sbb dah lambat. Tp, luckily bos aku pun tgh bercuti di Bandung skarang ni.. Kalo tak,mesti aku dah "Pau" Pak Cik Driver Sirap Bandung secawan.. Geram mmg geram!!!, tapi walaupun muka aku ni ganas, aku xsampai hati(sbnanya takut) nak marah/sound2 org yang lebih tua. Apa yg aku boleh buat just bagi senyuman Sinis(kalau pak cik tu paham)..

Sebenarnya, apa yg aku cuba sampaikan kt sini. Kalau nak Solat Jumaat + Doa ikut Imam + Salam2 Imam + Solat Sunat + Bertayamum + Lipat sejadah dan lain2, silalah datang awal dan parking di tempat yang sesuai. Kalau2 rasa dah terlambat, and dah Double Park, lepas Solat, Doa2 sendiri then bangun ke kereta terus. Takde r org caci maki dkt luar Masjid, kesian kt diorg punya pahala habis mcm tu je.

So, kepada semua. "Tepuk dada, Tanya hati & Perasaan" ..
Daripada korang Double Park, lagi baik korang layan Double Cheese Burger. Lagi Syioook!!!


8 comments:

ceksumolek's said...

sabar jelah.. penah jugak kena mcm nih.. lori yang halang kete sumi.. aduyaii~ puas kite hon.. tapi xde org pun..

Ms Write Addict said...

uuu..me bukan setakat habis nenas..kadang2 boleh buat mural kat body kereta..( kereta me or yang menghalang..hahhhaa)

papabear said...

baik punya parking haha

Hafiz Ismi said...

Sumi : Yeke? hadoi.. lagi kesian tu.. sempat beli nenas x? =p

Mr Morrison : Mural? ni bakat terpendam. bole buat part time lukis mural r lps nih.. hihi~

Papabear : Sakit hati woooo~~~

s h a f i q h a s h i m _____ said...

kalau pakcik bus ni datang awal, mahu nya 4 kotak pakik dia rembat sorang :P

Hafiz Ismi said...

shafiq : hmm.. btul jugak tu.. last2 aku yg double park dia. hehe~

kyra de lola said...

hehehe. sabar jelaa ye.
lpas ni suggest kat masjid pny jawatankuasa.
suruh bt parking lot tuk bas plak ye.
br kete awk blh freely parking without any disturbance. :))

Hafiz Ismi said...

Plumpy Girl : Ok, next week saya akan submit surat cadangan kepada ahli jawatankuasa Masjid utk pembinaan parking Bas, Lori, kapal Terbang dan ape2 kenderaan gedaba. hihi~