Monday, May 31, 2010
Pool Survey V.S Comment 8:10 PM
Dah naik bersawang blog ni sbb x ber"update".. Busy sikit weekend lepas(padahal org lain yang sambut Hari Wesak). =p
Actually aku nk buat posting pasal Konsert yg aku pergi last week, tapi kabel handphone tertinggal dkt office plak. Gambar2 ada dalam phone. Nnt xberseri plak blog ni without pictures..
Last weekend aku pergi konsert Define( Search, Hujan & Meet Uncle Hussain). Secara keseluruhannya aku memang berpuas hati dengan konsert tu. Selain dari dapat makan & minum unlimited masa konsert, band2 pun perform in a superb level. Amoi2 promoter pun antara penyeri konsert tu(nak tgk konsert ke, nk tgk amoi?!).. xnk cerita byk kt sini,esok aku buat entry baru utk konsert ni!! hehe~
Bila lama dah xupdate blog ni, aku terjeling survey pool yang ditaja oleh Nuffnang ni. Based on survey ni, bloggers xprefer aku post pasal Filem/Drama preview. hmm.. padahal aku dah buat 3-4 post dah pasal filem/drama preview nih.
hmmm... aku cuba berpandangan positif.. Maybe aku xpandai mengolah "Sinopsis" cerita kot.. tapi, utk post filem/drama preview ni yg dapat byk feedback.. Mcm xberkadar terus pulak..
hmmm.. cuba berfikiran positif sekali lagi.. Maybe, bloggers sampai hati nak komen kot.. so, semua disuarakan pakai Pool Survey ni.. Xpun, bloggers malas nk jawab pool survey aku yg ntah hape2 nih.. hehe~
Xpelah.. kalau mcm tu. After this aku xbuat post pasal Filem/Drama Preview dah lps nih(merajuk!!).. wuu~~~ =p
So, aku nk minta jasa baik all bloggers yang saya hormati, kalau anda free.. diulangi.. kalau anda free.. tolong bagi feedback, komen, cadangan, kutukan, kritikan, cemuhan, duit(kalau yg sudi) utk saya baiki blog ni. Terima Kasih diucapkan kepada yg sudi membantu(mcm ayat mangsa bencana plak!)..
P/S: Kepala still terngiang2 dgn konsert, xkosentret update blog. =p
Thursday, May 27, 2010
Creative Blogger Award!! Yeay!! 8:48 PM
Kreatif ke blog ni, mcm simple(pemalas!) sgt je aku tgk..
Btw, thanks to Syazana sbb sudi berkongsi award ni.. Actually, ni first time aku dpt award2 mcm nih, al maklumlah.. aku ni masih amatur lagi..
So, lepas ni kena buat ape eh? kena bagi award ni ke blogger2 yg lebih kreatif kan?
Fieqa
Niesa
Ery Farieha
Hanakira
MyraArshad
All For ya!!! Creative Award!!
Wednesday, May 26, 2010
Gokusen.. bukan Son Goku 8:13 PM
Tapi sebelum tu, rasanya xterlambat lagi aku nk ucapkan "Selamat Hari Guru" kepada bekas2 guru yg pernah mengajar aku selama ni, dari Tadika sehinggalah ke Universiti. Walaupun aku sedar, yang aku ni bukanlah pelajar faveret, pelajar harapan, pelajar kesayangan bucuk2 dan yg sewaktu dgnnya. Aku hanyalah pelajar Wanted, pelajar yg mencatatkan rekod libasan rotan ke punggung terbanyak, pelajar yg selalu kena jemur dkt luar kelas... Tapi.. Jasamu tetap akan dikenang.. sob.. sob..(buat2 sedih).. Xde hadiah nk bagi, anggaplah post ini sebagai hadiah..(yeay!! jimat xpyh beli hadiah!!).. hehe~
Ok. kembali ke pangkal jalan. So, J-Drama yang akan di preview kali ni ialah Gokusen! bukan Son Goku dalam Dragon Ball tu yer.. Actually, cerita ni dah ada 3 season. Starting masa aku 2nd year dulu(2006 kot).. And sekarang ni dah season ke-3 dah.. Aku dah khatam semua season, and jalan cerita setiap season lebih kurang sama. Cuma pertukaran pelakon2 Handsome bersilih ganti as student..(gurl2 mesti suka nih..) Watak Cikgu & Family Yakuza je remain setiap season.
Ok. Sinopsis cerita ni mengisahkan tentang seorang Yakuza(Yankumi namanya) yang bakal mewarisi bapaknya as ketua Yakuza. Tapi, Yankumi(watak utama) x berminat nak mewarisi takhta bapak dia, dia lagi prefer jadi Cikgu(berjiwa pendidik ler kononnya).
Masalahnya, Yankumi ni selalu kena jaga kelas2 bermasalah(mcm kelas aku masa dulu2 r). Semua student mmg tahap extreme r, ada yg kaki pukul, mat rempit, kaki perempuan, kaki berkudis(opss!!). Senang cerita semuanya stok Gangster Kampung Dusun r, mmg xdgr cakap punya. Yankumi ni memang selalu kena buli, tapi dia xguna kekerasan nk balas balik. Tapi dia guna cara tersendiri utk masuk(join) dgn student2 bermasalah ni. Apa caranya?? haa... kena tgk sendiri.. hehe~ Oh,some info.. Yankumi ni mmg kuat ler sesangat, kalau setakat gangster dk chow kit tu, dia pakai sebelah tgn jek.. hehe~
Kesimpulannya bagi aku.. cerita ni memang sgt best!! Mcm2 elemen ada.. Kelakar, Sedih, Loving2, Gaduh2. Sesuai ditonton oleh semua lapisan masyarakat, kategori Umum.
So, apa tunggu lagi?? Cepat dapatkanya di pasaran. X kisah ler Ori ataupun Cetak Rompak. Kalau download pun lebih Afdal. Mcm aku, aku beli je yg pirate, RM5 je(kalau sesape berminat, next post aku buat preview pasal company pirate nih).. Sokong Cetak Rompak!!
Ok..itu saje.. Selamat menonton~~ Hait!!
P/S: Sondtrack Season 1 & 2 best!! Terutama Kizuna from Kat-Tun.
Tuesday, May 25, 2010
Aku Tanpa Cintamu (GB) 7:20 PM
Inilah perkataan2 yang boleh menggambarkan hati & perasaan aku semalam masa GB(Geng Blogger) under Maintenance(Update). Sampai2 je dkt rumah semalam, terus online sbb dkt officeku yg durjana tu xboleh online(kedek btul..).. Open GB, terus terpapar skrin dibwh(sila rujuk gambar 1.0)-mcm tesis r plak.. =p
So, all bloggers.. Sedia utk diterjah!! =)
P/S: GB dah ok, tapi connection plak xbrape ok.. T.T
Sunday, May 23, 2010
My Boss My Hero 4:38 PM
Tapi posting ni xkan crita pasal AF lagi r, aku rasa dah ramai sgt bloggers yang buat posting pasal AF ni.. So aku mengalah r(ecehh..) hehe..Before ni aku ada buat preview utk J-Drama; Kurosagi(kalo xbaca lg, sila baca ya.. =p). So kali ni aku still nk preiew J-Drama tapi yang versi kelakar punya. My Bos My Hero, cerita ni dah lama dah, last 2 years kot.. tapi pada sesape yg still xtgk, aku memerintahkan korg utk tgk sbb mmg sgt2 Best & Kelakar.. di ulagi.. sgt2 Best & Kelakar..
Sinopsis cerita mengisahkan tentang seorang Yakuza-Sakaki Makio(watak utama cerita ni) yang bakal menggantikan bapanya utk jadi Ketua Yakuza. Tapi, even dia ni mmg kuat berlawan, byk pengaruh, byk awek, byk duit tapi dia ni Sengal & Lembab bila bab2 berfikir. Dia xboleh berfikir lebih dari 5saat(sengal kan?).. hehe..
So,bapak dia ni ambik keputusan utk hantar balik dia ni pergi sekolah(high school) dgn deal bila dia dah graduate nnt dia akan ambik alih as Ketua Yakuza r.. bila dia masuk balik as Student ni, mmg mcm2 benda klaka yg jadi r.. Korang bygkan seorg Yakuza kena buli dgn Gangster sekolah, jatuh cinta dgn budak sekolah menengah, berebut Caramel Puding, kena masuk kelas tambahan, kena buat persembahan kelas and mcm2 lagi r.
Kalau korg xgelak tgk cerita ni, korang memang xnormal (Alien!!).. haha~ joking~
P/s: Soundtrack Drama ni pun best - Sorafune by Tokio Band(bukan Tokio Hotel yer!)
Aku Seorang Blogger yg "Friendly"?! 1:15 AM
Refer dkt Pict yg aku Print Screen ni. Aku adalah blogger paling Friendly harini?! haha~ Nampak sangat aku dok mengadap & blogwalking dkt GB je hari ni.. Kantoi disitu.. hehe~
Ok lah.. Itu je sbnanya.. saje je nk canang2 satu kampung.. Hafiz Ismi blogger yg Friendly.. hehe~
p/s: Congratz to Shahir AF8. Lagu tu mmg Best r, suara pun best jugak(cover blk).
Saturday, May 22, 2010
Kurosagi - Black Swindler 12:57 AM
Sinopsis cerita ni mengisahkan seorg anak(watak utama) kepada keluarga yang telah ditipu oleh Syarikat2 Skim Cepat Kaya. Disebbkan frust menonggeng sbb kena tipu, bapa kpd anak(watak utama) ni dah bunuh semua family members except watak utama ni(tp dlm crita ni xjelas mcm mana dia boleh xterbunuh). And Lastly, bapa dia ni pun bunuh diri sekali. So, disebabkan tu lah si anak(watak utama) ni berdendam dengan semua Swindler dkt dunia ni & dia berazam utk hapuskan semua Swindler dalam dunia ni. After that, dia jumpa mcm2 jenis Swindler yg guna mcm2 method utk menipu.
So, bila aku relatekan balik drama ni dgn Reality Life, ianya memang ada je dkt sekeliling kita. Orang yang baik & jujur adalah golongan yang selalu jadi mangsa, orang yang licik & pandai cari peluang kelemahan org lain akan sentiasa berada dia atas. Kadang2, aku terfikir jugak.. Life is always Unfair... orang yang berkuasa boleh gunakan kuasa dgn cara yang salah, tapi xde siapa pun yang boleh tegur(style pemerintahan Kuku Besi & Kesultanan Melayu Melaka)..
But for me, it's simple.. Hidup ni mcm RODA. Berputar.. Kadang2 di atas... kadang2 di bawah.. we'll wait and see..
Eh.. aku rasa aku dah tersasul dari topik asal... Aku rasa aku nk promote J-Drama ni je tadi sbnanya, tp dah termasukkan emosi semasa plak.. hehe..
So, lastly.. Sesiapa yang berkelapangan(yg xde aktiviti masa weekend, yg xde awek/bf, yg ada awek/bf tapi jauh diperantauan, yg born loser,yang tengah sengkek).. bolehlah luangkan masa tgk cerita ni..
Gerenti Best!! Kalau xbest.. itu masalah korang.. haha~
P/S: Aku suka soundtrack J-Drama ni. (Daite Senorita)
Tuesday, May 18, 2010
World Cup di Malaysia?! 8:43 PM
Last Sunday, Perusahaan Otomobil Kedua telah menganjurkan "Kejohanan Bola Sepak 9 Sebelah Tertutup", bertempat di Stadium Perodua(feeling2 je ada stadium). So, atas sogokan & bayaran gaji yg lumayan drpd member2, aku join Tournament ni. Dalam hati aku fikir, "bole lah main suka2 sambil membakar lemak dan kulit muka".. hehe~
Honestly, mmg tak terfikir pun nak menang sbb majoriti team mate aku dah berusia 30 tahun ke atas(Kuda Tua), and yg sebaya dgn aku dlm 3-4 org je. So, what can i expect right?!. Aku boleh expect utk tambahkan budget utk beli Krim Pemutih Kulit, Yoko-Yoko, Handsplast, Tongkat Ali(oppss!!) dan tidak ketinggalan cuba cari M.C utk keesokan hari. =p
Ohh!! Utk pengetahuan, Team kami diberikan nama "1 CMK".. ala2 mcm "1 Malaysia".. hehe~ & setelah undian dilakukan, Team kami ditempatkan di Group B bersama2 dgn Team Pilihan(majoriti players dlm team ni adalah player Perodua). Masa ni aku dah terasa badi2 "bungkus" awal akan berulang lagi. Tapi.. Layan aje r.. Stick dgn nawaitu awal tadi - "bole lah main suka2 sambil membakar lemak dan kulit muka".. hehe~
But Guess what!! Kami jadi Juara Peringkat Kumpulan. And "Pasukan Pilihan" pun kami kalahkan!! Kyahaha!! Tiba2 aku faham perasaan Pasukan Greece masa menang Euro dulu.. Kegembiraan tu xberhenti setakat tu sahaja.. Kami mara ke Suku Akhir, Separuh Akhir & Final!!!? Adakah aku bermimpi?! And Final Game kitorg menang 1-0. We are The Champion!!! Hoorayy!!! Serius aku xpernah bermimpi, apatah lagi berangan2 nak jadi Juara.. Btul lah kata org2 tua.. Dimana ada kemahuan, disitu ada Highway!!
Tapi perjalanan team kami nk menang bukan mudah. Saat akhir perlawanan, 3 players injured(al-maklumlah Kuda Tua), so yang tinggal ni 'nak tak nak' kena main jugak walaupun muntah hijau, gusi bengkak, kulit lutut tercabut, urat saraf berpintal dan lain2. Plus Padang Perodua mmg terkenal dgn gelaran "Padang Sawah Bendang", memburukkan lagi keadaan. Cuaca pun mengingatkan aku pada suhu Afrika Selatan(mcm pernah pergi sana jek).
Satu benda yang aku suka tentang team ni. Hubungan antara players sangat2 akrab.. Mcm adik beradik dah, saling support each others, xpressure team mate,happy go lucky. And aku rasa itulah the main reason team kitorg Juara. Kalau nk kata skill & fitness.. Memang jauh sgt nk banding dgn team2 lain..
Anyway, aku sangat berbangga dgn kejayaan ni. Walaupun xseberapa.. tapi aku rasa berharga sangat bila berjuang bersama rakan2 utk dapatkan sesuatu. To all my team mate's, thanks because invite me to play with your team. It is very2 sweet(sweet ke?) memory for me.
Monday, May 17, 2010
Nak Tambah Trafik Blog Dengan Cepat? 7:18 PM
1. Igauan
2. Ad-dai'
3. kakngah
4. zIlh@n
5. LYAfrina
6. download mp3 percuma
7. bâ„“og buðak χ-nakaâ„“ ♂
8.Cara hidup baru abad 21
9.Bila Aku Menulis Blog
10.~ApekpunyaBlog~
11: My Big Family & Friends
12. ABCMILO
13. matdin (orang paling terkenal hehe...)
14. MSR @Blogger
15. Aku.Blog.Kamu
PERATURAN!!!
2. Selepas itu pindahkan Link no.2 menjadi no.1, yang No.3 jadi No.2, yang No.4 jadi No.3 dan seterusnya.
3. Setelah itu masukkan link anda di urutan bawah (No.15).
Bila posisi anda pada no.15, jumlah backlink = 1
Posisi no.14, Jumlah backlink = 5
Posisi no.13, Jumlah backlink = 25
Posisi no.12, Jumlah backlink = 125
Posisi no.11, Jumlah backlink = 625
Posisi no.10, Jumlah backlink = 3,125
Posisi no.9, Jumlah backlink = 15,625
Posisi no.8, Jumlah backlink = 78,125
Posisi no.7, Jumlah backlink = 390,625
Posisi no.6, Jumlah backlink = 1,953,125
Posisi no.5, Jumlah backlink = 9,765,625
Posisi no.4, Jumlah backlink = 48,828,125
Posisi no.3, Jumlah backlink = 244,140,625
Posisi no.2, Jumlah backlink = 1,220,703,125
Posisi no.1, Jumlah backlink = 6,103,515,625
Kita sama-sama cuba jaya okk....
Selamat mencuba!!!
Saturday, May 15, 2010
Warkah Berlagu Pilu dari Captain 7:41 PM
From: Taib Nusir B Mohamad
Sent: Friday, May 14, 2010 3:05 PM
To: Taib Nusir B Mohamad; Mohd Hafiz Bin Ismi; Mohd Fadzly Bin Sulaiman; Zamzalee B Osman; Mohd Zaini Bin Salimun; Asmadi Bin Zainal Abidin; Noor Hisyam Bin Awang; Faizal Amri B. Mohd Sani; Mohd Hafis Bin Abd Rahman; Shamsul Izwan Bin Mohd Napiah; Ahmad Salehuddin Bin Bukhari; Muhamad Nor B Abdul Rahim; Abd Aziz Tamat; Mohd Hafiszan Bin Ab Manan; Mohd Fauzi Bin Ismail; Luqman Bin Daim; Hasnizam Bin Sabudin; Mohd Zakaria Bin Mukri; Zakaria B.Mamat; Salimi Muhamad Halil; Zulkaple B Mahadi
Subject: FW: Results: CMK FC
Salam Players,
Alhamdulillah, semalam kita berjaya mengikat kedudukan 1-1 walaupun pd mulanya kita hamper mengalami kekalahan memalukan.
Berkat kerjasama dan taktikal yg mantap, kita dapat menyamakan kedudukan pada masa kecederaan, hasil jaringan cantik Amri.
Dari segi keseluruhannya, permainan pasukan kita semakin tampak kematangannya. Walaupun pasukan lawan dibarisi oleh pemain2 muda
dan laju serta berstamina, tetapi jelas pengalaman pasukan kita yg bermain week in week out stiap mggu dapat mengawal rentak permainan.
NEXT GAME vs Body Shop (20 May 2010). Diharap semua dapat hadirkan diri.
Aksi semalam:
1. Agak mengecewakan apabila striker utama, En Salimi telah tersilap membawa kasut dan skaligus bermain sambil drift sepanjang perlawanan.
2. Zamzalee bermain agak hebat apabila tackle beliau 98% mengenai kaki pemain lawan, mujur tidak dikenakan tindakan oleh linesman bertugas..
3. Poji keeper bermain dg cemerlang menangkis segala serangan dgn menangkap bola dan mengangkang.
4. Tontong, dgn boot copa kainnya aggressively manjadi benteng terakhir. Tetapi pd hujung perlawanan menjadi top striker plak..secara tiba2.
5. Jay spt biasa, cool di atas dan menangguk di air yg keruh setiap peluang yg ada.
6. Md Nor, pd mula nya bermain mantap di bawah, menerajang bola yg datang pd beliau tanpa memikirkan akibat. 2nd half dinaikkan gred kepada striker (G15), tapi tak membantu utk score..lgsg..
7. Hafiz – seperti biasa, hampir bergaduh disetiap perlawanan, bermain dgn tangkas di sayap kanan. Kelihatan agak sukar melepasi benteng air. - ( Ini komen Captain pd aku)
8. Izwan, main dgn baik walaupun muka beliau jelas keresahan sbb nak masuk ofis semula selepas perlawanan.
9. Luqman – pemain lincah ini bermain dgn gangguan air dikaki beliau,byk mengambil masa utk keluarkan bola dari becak..
10. Amri – goalscorer. Cedera di beting/keting kerana tackle keras di bahagian dada kiri pemain lawan menyebabkan pemain lawan tpaksa di rawat di klinik perodua..
11. Otak2. Linesman pd 1st half yg berat sebelah. Bermain diseparuh masa kedua pun berat sebelah jugak. Tetapi hantaran2 beliau cantik melepasi rakan sepasukan.
12. Hisyam, gagal mendapatkan kad merah semalam. Tetapi permainnan beliau semakin meningkat. Sentiasa berada di setiap posisi sehingga lupa posisi asal beliau.
13. Anas – byk kali merampas bola dr pihak lawan hanya utk pass kepada mereka semula.
14. Asmadi. Lewat sampai kerana tertidur. Tetapi main dgn baik. Di letakkan di posisi bek kiri, tetapi asik nak kekanan je..
15. Taib – bermain seperti Nadal yg menewaskan John Isner malam tadi pada pusingan ke 3 di Madrid Masters malam tadi.
Tahniah semua.
CMK past record (2010)
Date | Results | Scorer | |||
7 Jan | CMK (W) | 2 | 1 | Assembly | Md Nor, Taib |
21 Jan | CMK (W) | 4 | 2 | ME/OMS | Saleh (3), Zamzalee |
29 Jan | CMK (L) | 2 | 3 | QA/QC | Luqman, Sapak |
4 Feb | CMK (W) | 4 | 2 | PVD | Jay, Md Nor, Hafiz, Zamzalee |
11 Feb | CMK (D) | 1 | 1 | Logistic | Zamzalee |
26 Feb | CMK (W) | 3 | 0 | FFC | Pijan, Taib (2) |
11 Mar | CMK (D) | 4 | 4 | Body | Jay, Zamzalee (2), Wan |
18 Mar | CMK (W) | 2 | 0 | PE | Aziz, Hafiz |
25 Mar | CMK (D) | 2 | 2 | PPC | Salimi, Taib |
1 Apr | CMK (L) | 0 | 1 | PPC | - |
16 Apr | CMK (L) | 1 | 2 | QA/QC | Jay |
27 Apr | CMK (L) | 1 | 5 | RND | Zamzalee |
6 May | CMK (W) | 2 | 0 | Sales | Pijan, Md Nor |
13 May | CMK (D) | 1 | 1 | CMK 2 | Amri |
Statistics
Perlawanan : 14
Menang : 6
Seri : 4
Kalah : 4
Jaringan : 29
Bolos : 24
Mata : 22
Senarai Penjaring
6 gol – Zamzalee
4 gol – Taib
3 Gol – Saleh, Jay, Md Nor
2 Gol – Hafiz, Pijan
1 Gol – Luqman, Sapak, Wan, Aziz, Salimi, AmriFriday, May 14, 2010
I Hate Double Park 11:33 PM
Aku mcm biasa, turut bersama menunaikan kewajipan sebagai umat Islam. Dulu masa time2 study, selalu ponteng Jumaat ni. Ada sekali tu, pernah kena libas dgn Felo masa tgh syiook tido meniarap atas katil. Last2, pergi Solat Jumaat dalam keadaan Sengal2 Punggung & Berbirat. haha~ Tapi tu dulu, zaman2 muda remaja. Skrg ni dah x miss.(alim r kononya)
Bila dah kerja ni, time solat pun fix. Around 12.45pm - 2.30pm(bergantung pada waktu Zohor). So, bila dah 12.45pm, semua memang bergegas ke Masjid.. Aku mmg selalunya sampai awal dkt Masjid, bukan sebab nk bentang sejadah or dgr Khutbah penuh.. tapi sbb nk menjamu selera dulu dkt luar Masjid, kalau ramai takut xde tmpt makan(niat dah terpesong nih). hehe~
So nak dijadikan cerita, time balik after settle Solat Jumaat. Disbbkan aku datang awal, so aku dapat ler Park dkt bahagian best(bawah pokok tepi jalan). So, kpd manusia2 yang datang lambat ni, terpaksalah parking blakang aku(Double Park). Bila aku sampai dkt kereta, ada bas dkt belakang kereta aku. Maknanya aku xboleh keluar selagi Driver ni xdtg.. Dalam hati aku fikir "Mesti dia datang awal punya, sbb dia double park", so aku pun tunggu..
Last2 sampai Imam pun dah lipat sejadah, Khatib dah mula prepare Khutbah next week.. driver ni xsampai2 lagi.. Masa ni kepanasan dah menyelubungi diri aku, ikut hati rasa nak bakar je bas nih!!(tapi ada polis kt jalan seberang, kena tembak plak aku nnt)..
Last2 around 2.15pm, baru Pak Cik Driver tu sampai sambil2 buat muka Blushing2 plak. Tension betul aku, ni terpaksa r aku Rushing balik office ni sbb dah lambat. Tp, luckily bos aku pun tgh bercuti di Bandung skarang ni.. Kalo tak,mesti aku dah "Pau" Pak Cik Driver Sirap Bandung secawan.. Geram mmg geram!!!, tapi walaupun muka aku ni ganas, aku xsampai hati(sbnanya takut) nak marah/sound2 org yang lebih tua. Apa yg aku boleh buat just bagi senyuman Sinis(kalau pak cik tu paham)..
Sebenarnya, apa yg aku cuba sampaikan kt sini. Kalau nak Solat Jumaat + Doa ikut Imam + Salam2 Imam + Solat Sunat + Bertayamum + Lipat sejadah dan lain2, silalah datang awal dan parking di tempat yang sesuai. Kalau2 rasa dah terlambat, and dah Double Park, lepas Solat, Doa2 sendiri then bangun ke kereta terus. Takde r org caci maki dkt luar Masjid, kesian kt diorg punya pahala habis mcm tu je.
So, kepada semua. "Tepuk dada, Tanya hati & Perasaan" ..
Daripada korang Double Park, lagi baik korang layan Double Cheese Burger. Lagi Syioook!!!
Tuesday, May 11, 2010
My 2nd Girlfriend.. Vending Machine 8:41 PM
Aku just nak share some piece of my life di Perusahaan Otomobil Kedua ni. Seperti yang korang tahu(kalau xtahu,buat2 tahu), company tempat aku bekerja ni mmg berorientasikan Jepon!! Nippon!! So, semua aspek kerja mmg diselitkan dgn term2 jepun mcm Pokayoke(bkn Pokemon), Kanban, Jundate, Hikarimono(bkn kari ayam.. mahupun kari daging) & byk lagi r.. Tapi satu benda aku mmg salute dkt Jepon nih, diorg memang sgt teratur & bersopan santun(tapi masa marah kena maki jugak!!)..
Ok, berbalik pada tajuk tadi.. Aku nk bercerita pasal Vending Machine yang mmg amat2 penting dalam kehidupan seharian aku dkt office. Kalau xde, mmg rasa hilang arah & punca r(over r plak). Tapi memang pun, dari pagi, sampai ke petang, memang banyak jugak aku menderma dalam Vending Machine nih. Kalau kumpul2 semua duit tu, cukup jugak lah nak bayar down payment Toyota Vios. =pOk, cakap banyak xguna. Aku tunjuk gambar kt korang;
Masuk duit, tekan2, dah siap Air Milo. 70 sen.
Yg ni plak mesin makanan. Mesin ni aku plg byk derma nih!! (nampak sgt aku selalu kebulur)
Ni mesin faveret aku!! mcm2 ada.. Nasi Lemak, Bihun Goreng, Mee Goreng, Hot Dog, Karipap, Roti Bakar.. next week mungkin masuk KFC plak..(Kelantan Fried Chicken).. haha~
Tapi satu hari nnt, aku harap akan ada Vending Machine yang akan jual ;
Tapi sebenarnya sama je, beli kat Vending Machine or dkt Cafe, cuma benda ni memudahkan sbb senang nak akses, murah & kadang2 nampak bergaya & cool(yeke?).
Ape2 pun.. Bacalah bismillah sebelum makan..(err.. ada kaitan ke dgn post ni?)