8.00 Pagi Slot Masuk.. 5.45 Ptg Slot Keluar.. (mungkin perlu extend jika bos tgh buat2 busy)
Isnin sehingga Jumaat.. (mungkin Sabtu & Ahad juga jika dipaksa dan terpaksa)
Diulangi setiap minggu dan kadang diselangi dgn cuti2 Perayaan.. (mungkin cuti perayaan pun kena kerja)
Inilah "Tipikal" working life selepas aku tamatkan dengan titik noktah pada Student Life. Bila dah kerja ni,teringat balik zaman2 study dulu..
1- Student Life ;
Tak perlu bangun awal2 pagi.. Even ada kelas pagi pun, kena bangun sekejap je utk capai telefon, then mesej dekat member.. suruh "Sign"kan attendance & roger kalau tiba2 ada kuiz mengezut.
Working Life ;Berani korang nak datang lambat?! Silap2 boleh kena "Tiket Displin" or worst condition kena potong gaji terus.. Hujung bulan cucuk duit dkt ATM, "Separuh Gajiku Pergi".. sbb dtg lambat.. hehe..
2- Student Life ;
Even ada kelas, tapi ada banyak "gap" antara subjek2 lain. So waktu2 "gap" ni sempat r jugak menenangkan fikiran. Bole r pegi cek Friendster & MySpace(zaman aku dulu facebook tak lahir lagi), bole pergi kacau2 gadis dkt kafe makan, bole pergi singgah karaoke Jamban. mcm2 lagilah..
Working Life ;
Nak cek facebook? friendster? Nak surfing guna Yahoo! utk tujuan kerja pun kena mintak izin dengan bos. Kalau tertangkap guna internet tanpa kebenaran, email(internal) kena blocked terus. Kejam x? (So aku harap korang paham kalo aku lambat reply komen korg =p)
3- Student Life ;
Xperlu nak over2 menyerlah dalam kelas, nak tunjuk pandai, nak jadi "desicion maker", nak mencapub, (kecuali korg nk impress awek's2). Korang just perlu study smart, pandai korek soalan2 last year, pandai goreng(xperlu pakai kuali ya) dalam dewan exam, pandai tiru2 org sebelah(jangan amalkan).. Insyaallah korang Graduate jugak in the end.
Working Life ;
Kalau korang amalkan aktiviti student life tu.. alamatnya.. sampai pencen nnt pun korang xnaik pangkat lagi.. Xnaik pangkat ok lagi, buatnya xnaik gaji?! Apa mahu bicara?? Working life memang memerlukan politik(bukan jadi ahli politik), kena pandai approach komuniti, kena mencapub, kena buat2 pandai(even xtau), kena pandai bodek bos(ini yg paling penting sbnanya, tp aku xamalkan), kena pandai buat2 sibuk(kalo x,korang dapat byk lagi kerja).. huhu~
Tapi, Working Life tetap ada satu speciality berbanding Student Life.. Hujung bulan, cucuk duit dkt ATM.. Masyuuukk~~(sebelum bayar hutang piutang r).. Student Life ada PTPTPu or JPA or biasiswa jek.. kalau tak pandai saving.. silap2 hujung bulan nak makan megi pun atas belas ehsan kawan2 jek(aku pernah lalui).. hehe~
Sebenarnya.. bergantung pada individu.. Yang penting pandai bawak diri.. Bak kata pepatah..
Masuk kandang Kambing Mengembek... Masuk kandang Harimau... lari r!! xtakut ke??!
RINDU
9 years ago
8 comments:
tanak abesh skola bole ? :'(
nt rinduuuuu !
bole~~ sambung je blaja sampai jd Dr.. Then jadi Pengajar.. hehe~
masa skolah,asek2 nak cepat abes skolah,nak cepat keja.
bila dah keja,tringat balik waktu skolah dulu.
haha.
leelee : standard r tu.. bila ada rezeki sambung blaja balik, mesti terigat nak kerja plak.. manusia2.. hehe~
Ingatkan awak tak nak lari masuk kandang harimau..
dua2 life de pro dan kontra nya..terpulang pd kita cmne nak menginterpretasikannya dan menanganinya dgn baik..=)
uhuhuhh..
tp bila jadi stdnt rasa mcm nk kja lak..ngee
Miz Kadiah : hehe.. itu nk bagi matching dgn pepatah melayu jek~~
Zihnun Fatin : Ya btul! 10 markah utk anda.. =)
Safiyyah : mula2 mmg cmtu.. lama2 nnt nk jd student balik.. hehe..
Post a Comment